Saya Pun Bertudung Labuh

Assalamu’alaikum. Alhamdulillah akhirnya terpanggil jgak nak menulis di IIUMC.

Kasihan mereka yang bertudung labuh, yang berpurdah. Tiba-tiba rasa menjadi tempat hentaman individu. Kadang tu terfikir, kenapa bila nak cerita pasal akhlak..WAJIB cakap orang tu pakai apa. Jadi ini memang mentality rata-rata orang kita.

High expectations does kill you!

Meh saya nak cerita kawan2 tudung labuh saya. Dulu masa asasi, saya mula join usrah, mula berkawan dengan ramai yang bertudung labuh. Alhamdulillah, perangai diorang subhanallah! Saya sangat malu nak berkawan dengan diorang sebab masa tu saya orang yang baru berhijrah, baru sangat bertudung labuh.

Satu hari kawan tudung labuh saya ni, namanya Hanisah. Dia tanya saya mengenai hubungan saya dengan seorang lelaki. Menangis saya depan dia, saya memang tak couple tapi ntah macam mana gosip tu boleh sampai ke telinga hanisah. Saya sedih dan malu, sebab itu tandanya saya belum menjaga ikhtilat dengan baik. Kalau awak jumpa saya ketika saya baru berhijrah, memang akan banyak sikap buruk yg awak akan nampak. Disebabkan waktu tu saya belum faham apa itu ikhtilat, jadi saya kawan dengan semua orang sehinggakan menimbulkan gosip ‘budak tudung labuh berkawan dengan lelaki’. Alhamdulillah Allah tegur saya melalui hanisah. Bahkan cara hanisah bertanya sangatlah lembut, saya yang serba salah jadinya. Lepas tu, saya dah mula pandai jaga ikhtilat. Walaupun mungkin tak 100% tapi saya cuba.

Sebenarnya saya tak memilih untuk berkawan hanya dengan bertudung labuh, bahkan kawan baik saya pun ada tudung yang biasa2 tapi sangat baik. Jadi bagi saya tak betul kalau orang kata geng tudung labuh hanya berkawan dengan tudug labuh. Tak pernah terjadi dalam hidup saya. Tak pernah nampak lagi.

Bahkan kawan2 tudung labuh saya ni la yang ajar saya ukhuwah tu macam mana. Saling sayang menyayangi tak kira awak pakai tudung apa. Awak free hair sekalipun, kalau awak sudi kawan dengan kami, kami sangatlah berlapang dada. InsyaAllah.

Dan sekarang roommate saya seorang yang bertudung labuh, saya nampak kebaikan dia. Solat terjaga, tahajud dan dhuha kalau boleh hampir tiap hari. Ikhtilat dia? Dia tak pernah keluar tengok wayang, keluar dengan budak lelaki kecuali aktiviti kelas, chatting dengan lelaki tanpa sebab munasabah? Memang tak la. Bahkan dia rajin menyapu, rajin mengemas, rajin memasak, rajin mentelaah ilmu dan sangat2 bertolak ansur dengan saya.

Saya ni jenis mudah sakit/pening kepala. Kadang tu xde sebab boleh jadi pening. Jadi roommate saya yang bertudung labuh yang berpurdah ni lah orang pertama yang sudi urut kepala saya. Tutup lampu awal walaupun dia nak study. Jadi sebenarnya saya ni kira bertuah lah jadi roommate dia.

Kenapa saya kena mention semua ni? Sebab confession sebelum2 ni banyak sangat kata perempuan tudung labuh/purdah ni tak semengah.

Jadi bila ramai confessor tak puas hati dengan budak tudung labuh. Saya rasa perbaikilah hati kita jgak, hati masing-masing tu perlu dibaiki terlebih dulu. Saya akui terlalu banyak kelemahan saya sendiri. Tapi kalau awak jumpa orang yang bertudung labuh dan berpurdah kerana Allah, bukan sekadar ikut ikutan sebab keluarga atau kawan atau si dia. InsyaAllah awak akan jumpa yang baik2. Tak dinafikan saya sendiri pernah berhadapan dengan orang yang akhlaknya na’uzubillah. Tapi awak, takkan nila setitik habis susu sebelanga?

Mereka mereka itu sebenarnya mencuba untuk berpakaian dengan pakaian yang Allah redha. Tapi mungkin dari segi akhlak mereka tak tahu nak ubah macam mana atau clueless perangai sendiri macam mana. Kalau takde orang yang tegur, mungkin sampai bila2 akan jadi macam tu. Macam cerita saya yang baru mula berhijrah tadi, kalau kawan saya tak tegur, mampu ke saya sedar diri? Sebab tu pentingnya jadi sahabat yang menyampaikan kebaikan. Rugi jadi manusia kalau nampak buruk je tinggal, sebab dalam surah al-asr Allah da pesan supaya kita saling menasihati kan?

Saya cadangkan, confessor jangan selalu buka aib orang kalau akhirnya hanya mendatangkan impak negatif terhadap satu satu golongan. Cuba bagi cerita happy ending. Berhadapan dengan orang yang ‘macam tu’ then apa kita buat untuk bantu orang2 tu? Cuba ceritakan kejayaan kalian berjaya menarik semula orang2 yang tersasar tu, kami pun nak tahu jgak caranya macam mana.

Wallahu’alam.

P/s: saya hanyalah hamba Nya yang hina. Maaf jika cacat cela dalam penulisan saya. Semoga Allah redha.

– Durratun nasihah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit