Hai admin!
thanks sudi approve confession saya. saya harap sangat confession saya ni bagi kesedaran pada kawan saya terutamanya, dan orang luar yang ada kawan2 yang sakit atau kebiasaan kata erti orang lain kat kami ni ‘lembek’, “manja’, ‘anak mak’ atau tanggapan paling saya tak boleh terima ialah ‘pemalas’.
[confession saya benar2 rujuk kepada mereka yang sakit tau]
ok, saya ada beberapa penyakit yang menyebabkan saya hilang kawalan sistem badan dan kerap pengsan secara tiba2 kalau terlalu aktif. pengsan dan pitam dua perkara yang berbeza dimana pengsan lebih berbahaya berbanding pitam yang biasa berlaku kalau kitaran oksigen tak baik. salah satu penyakit saya ialah anemia aplastik.
[doakan keputusan pemeriksaan susulan jantung saya baik]
saya yakin ada sahaja pelajar2 lain yang mempunyai kondisi kesihatan macam saya tak semestinya penyakit anemia je tau, kadang2 kalau ada sejarah hypertension atau asma yang teruk pun boleh buat kita hari2 nampak pucat lesuuu macam mayat hidup. Ooopss..tapi itu realiti orang pandang saya walaupun hari saya mula dengan mood baik terus jadi lemah dengar orang cakap macam tu.
hidup kami sangat lah ‘haven’ sebab ramai sangat orang ambil berat. saya faham, ada orang ambil berat sebab sayang betul kat saya dan ada yang ambil berat sebab tak nak susahkan orang lain, biasanya orang macam ni sebab dia punya tanggungjawab jaga kebajikan orang lain. Apapun, dua2 golongan ni saya hargai sangat usaha korang nak jaga saya.
bahagian taknak susahkan orang lain tu, saya nak bagitau yang golongan kami kalau boleh bila pengsan kah apa memang nak golek2 sendiri pergi mmana hospital taknak libat atau susahkan orang lain sebab lepas dah sedar sihat tu rasa nak sakit semula sebab tanggung rasa malu bersalah yang maha besar. rasa semua kot macam ni atau ada yang memang suka hati susahkan orang lain?
tapi, kami ni pun jiwa muda tak lepas dari keinginan nak buat macam2. cemburu lah amat kat orang lain yang boleh panjat terbang lompat sana sini. saya tak sempat nak bangun, kawan2 dah bagi kad merah suruh duduk jauh2 acah2 suruh rehat tapi saya tau dorang lagi suka kalau saya balik bilik..tsk..tsk..nak bagitau, kalau saya la kan saya dah penat rehat sampai nak sakit balik
[fakta, orang sakit bukan hidup dia duduk baring makan jadi patung barbie sahaja tau! mereka ni kadang2 kena ada cara hidup yang seimbang]
bila orang sekeliling buat macam tu, saya rasa nak menyendiri walau kawan2 ramai..rasa rendah diri sangat. selalu cakap dengan pokok kucing baldi pasal masalah ni. ada masa tu rasa nak pergi hutan sorang2 panjat gunung kinabalu. saya orang yang sangat extrovet dan bayangkan burung yang kena ikat sayap hidup dia macamna.
[perkara ni buat saya rasa hilang kawan dan kadang2 rasa takda orang laki nak saya sebab tak boleh buat apapa..haha]
tapi percaya lah, kami ni tahu tahap kemampuan kami dan sejauh mana kami boleh join aktiviti2. kalau saya, saya dah tak hirau apa orang nak cakap kalau saya join program atau apapa aktiviti dan saya berhenti tengah jalan (dengan kebenaran) sebab tak larat sangat. ya, pasal benda ni ada banyak mazhab orang pegang dan kebiasaannya kata baik tak payah join terus, MENYUSAHKAN!
[saya tahu hidup saya memang menyusahkan tapi sekurangnya biarlah saya tau saya ada menyumbang untuk orang lain walau sekejap]
jadi, nak kongsi sedikit tips macamna nak berurusan dengan golongan Menyusahkan macam saya ni..
1. Kalau tak sanggup hadapi apapa kamungkinan kalau saya jatuh sakit tergolek2, sila lah cakap awal2 ‘saya tak boleh terima awak dalam kumpulan ni’ atau ‘saya tak boleh bawa awak jalan sama’ atau ‘awak tak payah ikut la’
serius saya cakap, korang buat cenni lagi bagus dari korang bagi saya harapan atau acah2 kawan hujung nyawa. kalau saya tak kecil hati pun.. kalau orang lain buat la ayat nice2 sikit.
2. Kalau korang tak boleh bagi moral support, jangan halang kami yang support moral sendiri nak buat apapa aktiviti. Bukan degil tapi kami tau apa kami buat dan risiko.
agak2 kalau korang nampak kami nak start lompat terbang panjat ke, korang lari jauh2. so, kalau apapa jadi korang takada la kena soal siasat dengan doktor atau polis.
3. Ada orang macam saya duduk jauh berbatu2 dari keluarga. Jadi, awal2 saya bagitau kawan2 jangan telefon mak ayah saya kalau jadi apapa. sebab dorang boleh doa ja mak ayah saya kat sana. Saya duduk dengan adik bradik. semua ada urusan sendiri. saya taknak susahkan dorang
benda ni saya sangat ambil berat. ada orang kata biar la tu kan keluarga saya. bagi saya sebab dorang keluarga, saya lebih tahu apa lebih baik dan masalah keluarga kami.
[Tapi kalau da tak bernyawa call dorang cakap elok2 korang tak terlibat dengan apa saya buat]
4. Kadang2 bila saya kena masuk icu atau hospital ada orang ikut. Pesan saya hantar saja saya depan pintu doktor atau depan kecemasan hospital tu..atau doktor2 situ akan susahkan korang suruh buat itu ini untuk saya yang tak sedar diri dan kalau dah sedar pun saya akan rasa bersalahhhhh lah amat sebab saya menyusahkan orang lagi.
5. Saya tahu kawan saya risau ke saya dan anggap saya perlukan lebih perhatian. Tapi saya merayu beri la saya peluang.. saya dah 24 tahun tapi saya tak tahu macamna nak kerjasama berpenat lelah bersukan bersama2 kawan gelak nangis sama2 buat program.
[saya taknak sepanjang masa orang pandang saya dengan pandangan kesian percayalah perasaan tu sangat tak best]
kalau saya berpeluang ada keluarga saya tetap sokong apapa anak2 saya nak buat dan saya tak akan zalimi kebebasan golongan ni sebab mereka pun berhak rasa apa orang sihat rasa walaupun saya tau hidup berkeluarga hanya mimpi sebab cukup la saya dah susahkan keluarga saya taknak saya susahkan satu lagi keluarga.
akhir kata minta maaf kepada semua orang yang pernah saya susahkan dan merasakan diri saya menyusahkan kkdang perkara ini punca saya bersalah kepada makayah saya sana..maaf juga penulisan bebelan yang tak tersusun sebab firt time bebel guna tangan selalu mulut ja. Hakhakhak..
لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Kalau bukan didunia, syurga Allah itu pasti :)
———————
confession saya berdasarkan pengalaman kebiasaan selama 6 tahun sebagai pesakit yang baru nak duduk jaub dari family. komen murni2 sahaja tau. Thanks baca panjang2 ..wallaweyyh~
– kakak Princessss
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit