Haii assalamualaikum.. Aku Cahaya. Dah berkahwin, ada anak…
Tak tahu laa nak mula macamana… aku rasa macam aku dah tak ada apa2 perasaan… hilang, hancur, lesap, ghaib entah kemana..
Aku tengah mengandung… aku bukanlah PJJ dengan suami tapi suami aku selalu outstation.. Kadang2 lama kadang2 sekejapan je (bergantung pada tugas) tapi dia akan balik hujung minggu…
Contoh dia kerja luar kawasan untuk tempoh 3 bulan tapi dia akan balik setiap minggu.. So ada laa waktu dia balik tu terkena waktu subur aku, so lekat lahhh…
Bila dah lekat aku bagitau dia.. Boleh pulak dia waswas ni anak dia ke??
sebabnya dia kata dia bukan selalu ada kat rumah… hahaha lantak dia lah.. malas nak argue..
Dia tak nak ngaku biar jela.. Hanya Allah je yang tahu… time dia ada kat rumah tak lekat pulak kan.. Hahaha.. Allah yang aturkan… redho..!
Aku penat lahh korang.. Aku penat hidup dengan dia.. Semua benda dia nak marah dia nak badmood…
Korang tahu tak dia macam bom jangka… yang kita kena jaga2 setiap masa sebab kita tak tahu bila dia nak meletup….
Aku balik kampung, nak raya aku bangun awal tolong ibu buat ketupat.. Aku kejut dia bangun, tapi sebab baru sampai kampung so dia tak bangun…
Bila aku masuk bilik lagi sekali, rupanya bom jangka dah meletup… hahaha penat sangat perasaan ni… dia marah sebab aku bangun awal tinggal dia..
Dia tanya mana towel and peralatan mandi.. aku jawab towel sini (memang dah letak dalam bilik) peralatan mandi dalam toilet dah siap letak..
Lepastu aku cakap jangan laa marah (sebab masatu muka dia percakapan dia gaya dia memang tengah marah)
Dia cakap, “ko ni memang tak guna, tak ada ayat lain ke? Kalau ko tengok muka aku ni memang asyik marah je ke?” ko boleh tak guna ayat lain?? Hmmmm penat… aku diam malas nak argue..
Lepastu aku ikut dia keluar cari barang.. Dalam kereta ingatkan dah setel rupanya dia sambung lagi… lagi dan lagiii.. Ada jugak aku melawan..
Last-last dia cakap dari aku marah2 macamni lebih baik aku tak puasa..
Maka, keluarlah rokok sebatang dan dia nyalakan dan hembus tanpa segan silu… dia bangga sangat lahh tu… aku?? Malas dah nak cakap apa-apa… aku simpan sendiri..
Aku bagi situasi lain.. Aku ni sejenis yang kalau tak berapa nak minat seseorang, aku susah nak berkomunikasi by call…
So ada suatu hari tu kitorang jalan2… lepastu dia nak pergi satu tempat ni tapi tak tahu buka ke tak.. So dia suruh laa aku call akak Z ni.. Aku ni kurang minat sikit dengan akak tu so aku tak nak call aku just whatsapp..
Akak tu reply dalam 3-4 minit macamtu laa.. So dapat je jawapan.. Bukan akak tu tak reply… bukan kitorang sesat pon…
Tapi dia punya tak puas hati sebab aku tak call akak tu, terus dia mengamuk… bawak kereta macam orang gila lepastu dalam kereta mulut dia tak berhenti cakap macam2….
Hanya sebab aku tak call… bila dah sampai rumah dia lempar semua barang2 rumah tumbuk pintu sampai pecah… huhuhu apa aku patut rasa?? Tak ada kompromi ke??
Perlu ke nak marah sampai macamtu sekali untuk kesalahan “tak call” tu??
Benda ni berlarutan tau.. Panjang ceritanya… benda yang menyakitkan terjadi hanya bertitik punca dari aku tak call orang tu…
Pernah aku tengah drive kat highway dia dok sebelah dia bebel macam2 kat aku lepastu aku menjawab dia terus tolak stereng tu…
Korang bayangkan dia tolak stereng tauuu… kecut perut.. Kalau dia nak mati, pergilaa mati sendiri.. Jangan laa bunuh aku n anak aku…
Banyak lagi benda yang menyentap isi hati aku.. Jiwa aku kosong pada dia… rasa yang hanya secebis kini tinggal debu…
Aku isteri derhaka kata mereka, aku isteri nusyuz… tapi hati aku jiwa aku makin parah.. Bukan lah aku tak pernah meminta di lepaskan..
Tetapi dia tak mahu melepaskan…
Korang rasa gila tak bilamana kita tamat waktu bekerja jam 5 petang and korang kena ada kat rumah jam 5 petang??
Dia call pukul 5.15 aku masih di pejabat terus macam2 kata2 di lemparkan pada aku… huhuhu sakit tuh di sini di dalam hati kuuuu… sakit mental lama2 macam ni…
Tu baru cerita dia… bukan dia seorang yang jadi punca aku rasa macam nak gila.. mak bapak adik beradik dia pon buat aku jadi gilaa jugak…!! kadang2 aku pikir dia NPD atau aku NPD??
atau kami berdua NPD?? bergabung meletup… BOMMMM..!!!!
Hahaha last aku nak cakap, “when he’s not around me, when he’s far away from me, im the happiest person ever….!!!” tolong pergi dari hidup aku boleh?????
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit