Saya Sayang Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa nasihat dan teguran umum buat rakyat Malaysia yang kusayangi :

1. Sebelum masuk apa-apa bilik, ketuk pintu terlebih dahulu. Dekat hospital nak masuk bilik Dr, kat bank nak masuk bilik pegawai, kat sekolah nk masuk bilik pengetua ke. Tak kira siapa upn anda (kalau staff yang memang kerja masuk keluar bilik tak perlu la kan). Kalau pintu itu biar terbuka, kalau boleh ketuk, ketuk. Kalau tidak, memadai bagi salam, ataupun greet Good Morning dll.

2. Pergi mana-mana pejabat, tolong pakai seluar panjang. Jangan pakai short pant, please. Sangat tak proper. Jangan pakai selipar jepun juga. Pejabat kerajaan / swasta selalu ada etika pakaian sebenarnya. Kakitangan pejabat pun minimakanlah fesyen berpakaian ke pejabat. Kita pergi bekerja, cukuplah formal dan kemas. Bukannya selagi boleh meriah, bling bling sana sini. Berkerja dan berkenduri adalah perkara yang berbeza. Pakaian kasual pn ada syaratnya. Bukan semua blouse boleh dibuat sebagai pakaian kerja wahai adik-adik kakak-kakak makcik-makcik sekalian.

3. Pergi hospital, kurangkan bergaya. Kadang-kadang tiba-tiba kena buat x-ray, dah 1 hal nak tanggalkan shawl yang melilit-lilit. Belum lagi yang pakai barang kemas seperti rantai atau subang pun sama nak kena tanggalkan. Ya, pegawai kesihatan boleh tunggu pesakit tapi tak salah kita permudahkan urusan orang lain.

4. Berurusan kat mana-mana tempat sekalipun, put aside your handphone. Telefon silent atau vibrate-kan dan guna bila perlu sahaja. Kalau bagi anak-anak main handphone, tolong control volume.

5. Naik turun eskalator, tlg berada di sebelah kiri eskalator, sekiranya anda tidak bergerak. Tk kisahlah kat stesen LRT ke shopping mall ke.

6. Beri laluan kepada orang dalam lift utk keluar dulu, orang di luar tolong tekan button di luar. Please, guna lift sekiranya perlu sahaja seperti bawa wheelchair, kereta sorong bayi ataupun apabila jarak tingkat terlalu jauh contoh tingkat 1 ke tingkat 7. Sebolehnya guna tangga / eskalator. Anda permudahkan urusan orang lain, Tuhan akan permudahkan urusan anda. LRT pn sama. Beri laluan kepada orang dalam LRT untuk keluar dahulu.

7. Kalau datang 1 family ke mana-mana, kalau tempat duduk tu limited, ribalah yang boleh diriba. Ataupun yang lain-lain tunggu kat cafe ke ataupun mana-mana tempat yang bersesuaian. Bila dipanggil no. giliran, memadai seorang dua sahaja yang pergi ke kaunter. Yang lain-lain tak perlulah turut sama datang berkumpul di kaunter.

8. Tempat solat. Tolong kongsi sejadah. Sejadah boleh dikongsi dua atau tiga. Boleh juga menjimatkan ruang yang terhad. Usai solat, nak doa panjang boleh tapi tengok-tengok juga sekeliling, perlukan telekung / sejadah tak.

9. Tolong jaga kebersihan di mana-mana sahaaj. Botol air mineral jgn ditinggal merata. Buang sampah ke dalam tong sampah. Selagi tak jumpa tong sampah, simpan dahulu sampah tu. Kt toilet, tolong jaga sama-sama. Flush selepas guna. Paip air sangkutkan semula. Jangan buang sampah dalam lubang tandas. Sama-sama guna, sama-sama jaga. Sama juga kalau org nak keluar parking, tak salah pun bagi dia ruang untuk keluar dulu. Mana tahu kenderaan lain yang kat belakang kita sedang mencari parking. Memudahkan urusan orang lain Tuhan akan mudahkan urusan kita.

10. Kalau tengah bawa kenderaan dan bertembung dgn kenderaan lain yang baru nak masuk parking, beri laluan kepada kenderaan tersebut untuk parking terlebih dahulu. Kadang memang ada yang ambil masa sangat, kalau macam tu, ada ruang, jalanlah kan. Tapi terlebih dahulu, bagi ruang kepada kenderaan tersebut. Bagi signal pun dapat memudahkan orang lain, tahu!

11. Yang ini pula terpulang kepada cara individu. Bila beli apa-apa dn mahu bayar pada cashier, contohnya jumlah yang perlu dibayar ialah RM33.15 kan, tak salah pun kita hulurkan 15 sen ataupun contoh kita hulur RM50, tapi kita hulur juga not seringgit 3 helai dan 15 sen. Saja mahu memudahkan. Terpulang.

12. Bila beratur di ATM, contoh 1 machine ni rosak, takde orang beratur. Ada orang baru datang, pergi kat machine yang rosak tu, sangat membantu kalau kita bagitahu pada oramg yang baru datang tersebut bahawa machine itu rosak / kehabisan resit dll.

13. Kat tol ke kt traffic light ke, kalau ada orang nak masuk lane kita, beralahlah jika mampu. Kadang-kadang kita taktahu situasi orang lain yang menyebabkan dia terpaksa tukar lane dll. Tak salah jika lebih banyak memberi daripada banyak menerima.

14. Mind your gap. Tak kiralah kat lift ke eskalator, bank dll. Janganlah beratur dekat-dekat sangat. Rimas, tahu?

15. Tolong biasakan susun kerusi meja. Sorongkan kerusi masuk ke dalam meja. Kemas pun kemas. Ruang pun jimat ruang. Susun semula pinggan dan mangkuk kotor 1 tempat. Bantu mudahkan orang.

16. Isi apa-apa borang, isi dengan lengkap. Nama penuh dengan bin / binti. Alamat dengan poskod.

17. Apa-apa pun, sekurangkan reply, Tq / Thanks. Ok pun acceptable.

Itu sahaja. Semoga sama-sama boleh cuba. Maaf kalau ada yang tak berkenan. Thanks.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *