Saya Seorang Guru Yang Ada Mental Illness

Assalamualaikum pembaca. Saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah di semenanjung Malaysia. Saya mengalami penyakit mental sejak sekolah.

Ketika sekolah rendah saya mempunyai diari sendiri dan hampir setiap hari saya akan menulis segala kesedihan saya setiap kali ibu bapa bergaduh atau melihat ibu dipukul.

Saya pernah mencuba untuk membunuh diri pada usia 16 tahun dengan menelan semua ubat yang ada di dalam fridge kerana tekanan yang saya hadapi daripada c4bul di sekolah pada ketika itu dan juga konflik ibu bapa yang sering bergaduh di rumah.

Ibu bapa saya seperti musuh yang tinggal satu bumbung. Bila bertemu di dapur akan mengelak kalau boleh di rumah pun sering mengelak untuk berjumpa.

Saya suka memendam segala kesakitan di jiwa dan hanya mencoretkan di diari sambil menangis. Saya tidak pernah memberitahu sesiapa malah kepada ibu bapa atau adik beradik tentang cabul di sekolah.

Masih saya ingat semasa berada di tingkatan 5 di suatu pagi saya lewat ke sekolah dan ketika itu rakan rakan semua berdiri di luar kelas sebelum bermula sesi pembelajaran.

Salah seorang rakan memberitahu bahawa ayah saya mempunyai scandal dengan wanita lain di tempat kerjanya.

Seharian di sekolah dan berhari hari saya akan di ejek oleh rakan rakan sekolah. Sehinggalah saya menumbuk rakan saya sendiri kerana saya sangat geram. Selepas itu tiada yang berani untuk mengejek saya lagi .

Keputusan SPM saya cemerlang dan saya mendapat peluang menyambung ke Universiti terkemuka di Malaysia. Selang beberapa bulan saya berjaya sambung di Institusi pendidikan untuk guru.

Sepanjang usia saya menyambung pelajaran, saya memiliki ramai rakan rakan dan jadual sentiasa padat kerana outing dengan rakan rakan.

Pada ketika itu penyakit mental saya terkawal. Pada pandangan saya, penyakit mental ini adalah seperti kurap sebaik mungkin saya cuba menutupinya.

Sebenarnya penyakit mental tidaklah seteruk itu hanya kerana tanggapan orang menyebabkan pesakit akan berasa malu dan tiada keyakinan.

Sehinggalah saya menjadi seorang guru. Saya mula menyedari persekitaran memang agak toksik dengan rakan sekerja dan majikan yang menyeksakan jiwa dan otak saya. Saya sudah cuba untuk bertukar tempat kerja tapi tidak berjaya.

Saya juga di uji masalah dalam kandungan dan pada ketika itu saya perlu warded. Meskipun pada ketika itu saya merasa seakan dunia saya gelap tetapi saya rasa sangat tenang kerana tidak perlu ke tempat kerja yang menyesakkan dada.

Semasa di ward saya mengalami kesukaran tidur dan segala tekanan di tempat kerja mengimbas seperti flash back bermain main di otak saya.

Saya istighfar sebanyak mungkin. Saya ingin memaafkan orang. Saya sangat risau sekiranya penyakit itu datang kembali.

Setelah induce sebanyak 5 kali akhirnya berjaya mengeluarkan janin anak saya.

Bermula la episod kemurungan dalam hidup saya. Penyakit mental saya kembali semula malah lebih teruk.

Saya sering memukul dan cuba mencederakan suami. Saya sukar untuk tidur malam dan sering diganggu dengan halusinasi suara dan visual. Saya amat terseksa.

Sehinggalah suatu hari saya dirujuk ke psikiatri dan terpaksa bergantung ubat ubatan.

Saya amat menyayangi suami saya kerana dia sangat memahami dan sentiasa mencuba menerima saya. Mungkin itu sebahagian rezeki yang Tuhan bagi. Saya amat bersyukur.

Kini saya hanya menanti hari agar suatu hari nanti saya akan sembuh dan penyakit ini terkawal semula.

Mengenai mental illness, saya faham bukan semua orang akan faham tentang situasi yang penderita alami kerana kurangnya pendedahan mengenai kesihatan mental secara menyeluruh.

Masyarakat kita pada hari ini masih lagi berfikir bahawa mental illness adalah gila atau tidak waras.

Berdasarkan daripada research saya, pesakit mental juga terdiri daripada golongan profesional.

Diharapkan masyarakat kita sedar betapa penting nya kesedaran mental illness ini. Kerana penyakit ini tidak semestinya berpunca daripada genetik tetapi boleh berpunca daripada pengalaman hitam dan juga persekitaran yang toksik.

Sekiranya anda mengalami tekanan di tempat kerja atau konflik keluarga dan sebagainya sila cari sesiapa untuk meluahkan. Jangan pernah memendam dan menangis sendiri.

Semoga pembaca semua mendapat kebaikan dan manfaat serta kesedaran mengenai penyakit mental.

Masih belum terlambat untuk kita membaca dan membuat research mengenai penyakit mental kerana kadang kala anda tidak menyedari sama ada orang sekeliling atau anda sendiri yang merupakan penderita mental illness yang tidak pernah rujuk pada pakar psikiatri.

Kesihatan mental amat penting. Love yourself. Wasalam.

– Yasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *