Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi kehidupan saya selepas berkhidmat dalam bidang perguruan selama 4 bulan.
Saya seorang guru sekolah rendah yang baru ditempatkan. Saya seorang yang introvert dan pemalu.
Namun, saya cuba berusaha untuk mengatasi kelemahan diri saya ini semasa bekerja.
Sebulan pertama berada di sekolah saya dapat untuk menyesuaikan diri.
Namun lama-kelamaan, keadaan sekeliling telah memburukan lagi diri saya di sekolah tersebut. Saya diejek oleh guru-guru lain, dipalau.
Ketika ingin berbual, mereka ada yang seperti menganjing dan membuat senyum sinis.
Ada kala saya terserempak dengan cikgu ketika berjalan, mereka seolah-olah mengubah arah laluan untuk mengelak berjumpa dengan saya.
Disebabkan oleh itu, saya telah mengalami sosial anxiety yang menyebabkan keadaan saya semakin teruk.
Saya jadi sangat pendiam dan tidak bergaul di dalam bilik guru. Sukan yang digemari tidak lagi saya sertai.
Bukan itu saja, depresi, kemurungan, overthinking dan imsonia juga telah saya alami.
Sekarang ni saya hanya banyak luangkan masa dalam bilik dan termenung di atas katil. Rasa hidup ini tiada tujuan dan sehingga ada perasaan untuk meninggalkan dunia ini.
Namun saya masih lagi dapat berfikir bahawa bunuh diri itu perkara yang diharamkan dalam islam dan akan ditempatkan ke dalam neraka selama-lamanya.
Dah hampir sebulan saya tidak dapat tidur dengan baik. Hanya dapat tidur 2-4 jam sahaja.
Setiap malam saya akan tersedar pukul 3, 4 pagi dan tidak boleh tidur sehinggalah subuh.
Penglihatan saya juga telah jadi kabur, tidak boleh fokus untuk berfikir.
Saya ada pergi ke hospital kerajaan dan Doktor psikiatri telah memberi ubat.
Saya cuba untuk makan satu biji ubat, namun kesan sampingannya agak teruk membuatkan diri makin teruk. Jadi saya berhenti makan ubat tersebut.
Mengajar pun semakin teruk.
Hal ini telah membuatkan saya ingin berhenti bekerja kerana risau akan keadaan menjadi semakin teruk.
Sekarang ini saya buntu dan saya sangat berharap jika ada insan yang dapat bantu saya atasi dugaan kehidupan ini.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terus kuat ye cikgu.. semoga dipermudah segala urusan
Cikgu tak citer kenapa jadi begitu. Dipalaukan. Rasanya cikgu kena luahkan pada seseorang secara berdepan. Jangan simpan dan pendam apa yang ada difikiran.
Memang menjadi guru merupakan pekerjaan yang memerlukan kita fokus pada kerja dan tidak bertangguh. Rujuk kepada penolong kanan atau guru kaunselor. Anggap teguran yang diberikan sebagai panduan untuk jadi lebih baik.
Jika cikgu rasa stress, elok cikgu pergi keluar berjalan-jalan. Jangan terperap di rumah atau di bilik. Jika duduk sendirian lagilah suara-suara dalaman akan mengajak cikgu berfikir kearah yang bukan-bukan.
Try to enjoy semasa kerja. Pedulikan perasaan dan pemikiran yang negatif tu. Hanya kita yang boleh mengawal dan mengubah diri kita.
Mohon pada Allah. Banyakkan membaca AlQuran dan maknanya. Buat perkara-perkara yang disukai. Insya Allah jika cikgu menukar corak hidup, semuanya cikgu akan rasa akan menyokong cikgu. Percayalah, Allah akan bantu cikgu sekiranya cikgu buat perubahan. Yang penting jangan pedulikan ejekan dan kata-kata orang lain pada cikgu.
Semoga terus tabah dan selamat maju jaya.
Saya pun seorang guru yang menghadapi Masalah sama dengan awak ..blh kita sharing ubat² yg boleh redekan Masalah anxiety ni
saya pesakit yang mdd , makan ubat. dulu awal awal makan ubat memang keadaan makin teruk saya rasa. tp saya keep makan alhamdulillah sekarang dah kurang fikiran negative. dah mulaboleh bergaul semula. nasihat saya, jgn stop ubat . awal awal mmg mcm tuh . tapi kalau kesan dia mmg buruk bagitahu doc nanti dia akan tukar ubat lain . keepstrong cikgu
Saya rasa pernah mkn ubat yg buat awak rasa teruk tu tp saya lupa dah namanya sbb dah terlalu lama. Skrg Doktor bg saya ubat lain yg lebih friendly. Makan 3 biji mlm sblm tidur. Alhamdulillah…otak saya bereaksi dan saya berjaya keluar dr kegelapan dunia depresi. Cuma saya masih belum pulih sepenuhnya dan masih berjuang utk elak kembali ke keadaan dulu. Kuatkan semangat.