Saya Silap Buat Keputusan

Assalammualaikum semua. Terima kasih admin kerana siarkan confession saya. Maaf Jika confession ini melukakan hati sesiapa.

Saya namakan diri saya In. Saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya cinta sejak belajar. Kami bercinta hampir 7 tahun dan mengakhiri zaman bujang kami tepat dalam perancangan kami 25 tahun.

Kuasa Allah, di takdirkan saya kehilangan dia semasa menjadi isterinya 2 bulan. Dia terlibat dalam kemalangan, dan saya sempat lihat dia pergi di depan mata saya di hospital bahagian kecemasan. Pergi begitu sahaja, siapa tidak terkesan. Saya seperti hilang separuh diri.

Sebelum terlupa, walaupun sudah berkahwin, kami masih tidak duduk bersama, ini kerana dia bekerja di negeri lain, dan saya masih bekerja berdekatan rumah ibubapa saya.

Perancangannya, saya akan berhenti kerja, dan mengikuti dia, tapi siapa sangka, perancangan Allah. Selepas menjadi balu, saya masih duduk di rumah mertua untuk temankan mertua saya.

Yelah, jika saya yang baru menikahinya pon terkesan, inikan ibubapa mertua saya yang membesarkan anaknya dari kecil hingga ke besar, mestilah lagi luluh.

Selepas habis eddah, saya bekerja semula, dan masih berulang alik di rumah mertua saya. Oh ya, rumah mertua dan rumah ibubapa saya di negeri yang sama dan tidak jauh mana pon.

Di rumah mertua, saya mengikuti sahaja mertua saya, apa sahaja yang beliau buat dan pergi. Tipulah saya kata, kalau saya kuat untuk melupakannya, tapi apakan daya, saya perlu kuat.

Saya mula mengubah rutin saya yang dahulu, saya mula bercuti bersama kawan-kawan bagi menghilangkan rasa kesunyian dan kerinduan ini.

Saya pernah pergi ke Negara yang penerbangannya mencecah 13 jam. Tapi pergilah sejauh manapon, saya tidak mampu menutup kekecewaan, kesedihan, kerinduan, kesakitan ini.

Saya mula menyendiri. Tak bercampur dengan keluarga sendiri. Saya dah tak balik ke rumah mertua lagi, kerana saya rasa saya nak menyendiri.

Saya mula mengurung diri dalam bilik, saya pasang tv di bilik, tengok movie. Saya akan buka lagu sedih kuat-kuat, dan menangis semahunya sambil menutup muka dengan bantal.

Abang saya selalu mengadu dengan ibubapa saya mengatakan saya mengigau setiap malam menjerit-jerit. Hampir 2 tahun, Keluarga saya mula tidak menyukai apa yang saya buat.

Seperti melancong. Mereka takut jika orang sekeliling akan beranggapan yang saya menjadi balu dengan duit arwah suami dan menghabiskannya dengan bercuti sahaja. Sedangkan keluarga mertua sentiasa memberi semangat dengan apa jua saya lakukan.

Di sebabkan itu, saya lebih banyak berbincang dengan keluarga mertua berbanding keluarga sendiri. Saya mula depressed. Saya rasa saya sentiasa serba tidak kena di mata keluarga dan saudara mara. Saya mendiamkan diri, menjauhkan diri.

Saya mula berkawan dan ingin mencari pengganti supaya saya boleh meneruskan hidup saya sendiri dan supaya ada orang yang boleh selamatkan saya dari tekanan yang saya hadapi.

Setiap pagi, bila buka mata je, saya rasa sangat penat untuk hidup. Saya mula rasa diri tidak guna. Saya mula rasa saya ni tidak patut dapat apa pon.

Saya sangat penat hari demi hari sampai satu saat, segalanya saya lakukan sendiri, seperti menonton wayang, shopping, makan di cafe dan restoren, cari barang harian sendiri. Sebab saya rasa saya ada di dunia ni sorang-sorang.

Saya mula rapat dengan customer tempat saya kerja. Hari demi hari rapat, dan saya buat keputusan untuk berhenti bila dia suruh sebab saya selalu kena ganggu dengan bos saya sendiri.

Bila dah sayang, baru saya tahu dia duda anak ramai. Penceraian berlaku atas sebab kesalahan di pihak wanita.

Saya cuba dan paksa diri menerima, kerana saya berfikir saya tidak mampu untuk mendapatkan mana-mana lelaki bujang yang baik dan boleh menerima status diri ini. Saya pon bukannya cantik mana pon.

Saya cuba ‘declare’ dekat family, separuh adik beradik ada yang menerima, separuhnya tidak. Mak ayah sangatlah berat untuk memberi jawapan, lalu minta memberi masa 2 minggu untuk berfikir.

Selepas 2 minggu, mak ayah setuju, dan terus tetapkan pihak lelaki ingin merisik dan meminang, selepas sebulan, kami terus kahwin.

Keputusan ni saya buat sebab nak lari dari masalah yang saya hadapi, iaitu depressed, sentiasa rasa orang sekeliling terutama keluarga sentiasa tidak support saya dan mencari kesalahan saya.

Selepas kahwin saya di sahkan mengandung. Ingatkan selamat dari menghadapi dugaan. 2 minggu je saya di beri ketenangan dan rasa bahagia. Selepas itu, mulalah saya rasa lebih teruk.

Dengan suami, tak bersedia dengan berita kandungan, dengan anak tiri duduk sekali dengan saya, dan anak tiri tidak bekerjasama, dengan mabuk mengandung yang tidak membolehkan saya masak dan bau di rumah.

Segalanya menjadi teruk dan sangat teruk. Sehinggalah saya melahirkan anak, saya tetap rasa tak sebulu bersama suami dan anak tiri.

Anak tiri ada yang ok, ada yang tidak. Yang tidaknya, bila langsung tidak bantu untuk mengemas rumah (mereka yang buat sepah),

Hidup betul-betul seperti raja, tidur, bangun nak makan, main game, tengok tv, yang pergi sekolah, sekolah, yang kerja, kerja, 1 benda pon tidak membantu walaupun nampak saya struggle dengan anak kecik.

Semua tu buatkan menjadi punca saya selalu marah pada suami kerana rasa penat. Hari demi hari saya mula menyesal dengan keputusan yang saya buat.

Keluarga pula yang lebih sentiasa memberi semangat walaupon tidak tahu masalah yang saya hadapi, tetapi mereka katakan, hidup berkahwin ada anak tiri bukan mudah, kerana mak tiri tetap orang luar.

Ini kerana kakak saya juga di situasi yang sama. Jadi kami boleh nampak keputusan hidup kakak.

Semakin anak membesar, saya mula depressed semula, kebahagiaan saya hanya pada anak, itupon kadang-kadang saya nangis kerana anak saya merengek dan meragam sebab saya tidak dapat memberi tumpuan dekat dia, dengan kerja rumah yang tidak selesai lagi.

Saya sejenis yang tidak boleh jika rumah tidak kemas dan bersih. Saya seorang yang mudah serabut. Sebab tu saya jadi sangat penat hari demi hari.

Depressed saya kembali semula, setiap pagi, saya mula rasa kenapa saya belum mati? Sambil air mata keluar. Tapi ianya terubat bila saya pandang sebelah, lihat muka anak saya. Dan hari demi hari, saya mula rasa saya tidak sefahaman dengan suami.

Saya mula minta di lepaskan, kerana saya yakin, saya boleh hidup berdua dengan anak saya. Saya betul-betul rasa tersiksa dengan orang sekeliling kenapa tidak boleh faham saya. Kadang-kadang saya rasa, saya ni memang sentiasa akan di duga ke?

Sehabis baik saya menjadi mak tiri, tapi anak tiri tetap begitu. Bahkan ada anak tiri yang tak bertegur dengan saya.

Ada anak tiri yang rapat dengan ibunya pernah serang saya kerana rasa saya tidak menerima mereka bila saya mintak suami tegur mereka, tentang kerja rumah, tanggungjawab dan macam-macam lagi.

Kadang saya fikir, bila dengar perkataan ‘tiri’ mereka akan labelkan mak tiri adalah paling jahat. Tapi tak pernah fikir anak tiri bagaimana. Doakanlah kehidupan yang terbaik untuk saya.

Jika perpisahan adalah jalan terbaik supaya saya tidak tertekan, dan bahagia, doakanlah saya mampu dan kuat untuk hadapinya bersama puteri saya.

Suami memang seorang yang baik, tapi kehidupan kami tidak seperti pasangan lain. Suami memang kerja keras mencari duit untuk keluarga besar. Kerana anak-anak memang duduk dengan dia semuanya, jadi tanggungjawab suami agak berat.

Syukurnya, saya ada bantuan kewangan dari perkeso arwah suami dahulu, setiap bulan. Dari situlah saya berbelanja berhemat untuk diri dan puteri saya.

Untuk gadis dan wanita di luar sana. Bagi saya, perkahwinan bersama duda yang ada anak, perlukan kekuatan dan ketabahan yang sangat tinggi. Tak semua mampu harungi.

Boleh saya katakan kebahagiaan yang boleh kita dapat adalah 20%, 30% lagi tanggungjawab, 50% redha. Jika boleh elak, elakkanlah.

Kehidupan ini tidak seperti kata-kata yang mereka ungkapkan sewaktu nak ajak kita kahwin dulu. Semoga saya kuat dan dapat mengawal depressed saya. Aamiin.

– E’in (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *