Salam semua. Saya Suria, nak meluahkan dan dapatkan nasihat.
Saya baru lagi dalam perkahwinan, baru dua tahun. Untuk makluman, saya berkahwin dengan duda kematian isteri dan anak empat.
Saya bertemu jodoh dengannya melalui adik dia yang merupakan rakan sebaya saya. Berkenalan sebulan, bertunang tiga bulan dan terus kahwin.
Saya tak nak bercinta lama-lama sebab saya pun dah berumur pertengahan 30-an. Saya adalah anak yatim piatu dan adik beradik lain dah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.
Saya bersyukur dikurniakan suami yang baik dan anak-anak tiri yang baik.
Namun ada beberapa perkara juga yang buat saya terasa hati dengan mereka tapi saya pendam sehinggalah saya rasa tak tahan lagi nak pendam.
Saya bekerja di jabatan kerajaan dan suami bekerja sendiri.
Baru-baru ni kena ditukarkan atas alasan dah lama berada di jabatan berkenaan.
Jarak tempat kerja dengan rumah kami dua jam dan menyebabkan saya terpaksa PJJ dengan suami dengan persetujuan dia juga demi menjimatkan tol dan minyak. Saya balik seminggu sekali.
Nak bertukar balik, kena ambil masa juga menunggu kekosongan jadinya saya redha lah kena PJJ dengan suami.
Pada awalnya, saya nak ulang alik tapi suami tak bagi atas faktor keselamatan dan kos.
Berbalik pada cerita anak-anak, suami sangat manjakan mereka dan mereka agak mewah dengan duit belanja yang diberikan.
Pada awalnya, saya tak berani nak tegur dan saya percaya suami mampu.
Namun beberapa kali dia meluahkan belanja anak-anak makin meningkat namun dia perli saya pula. Perli bagaimana?
Dia katakan saya agak boros berbelanja barang dapur, tidak seperti arwah isterinya yang katanya jimat berbelanja. Arwah isterinya jarang masak dan mereka selalu makan di luar.
Waktu dengan saya, saya sehabis mungkin cuba masak apa yang ada dan berjimat malahan kalau makan di luar, saya akan pilih makanan dan minuman yang murah sahaja berbanding anak-anaknya.
Tapi kenapa saya yang diperli dan diminta untuk contohi arwah isterinya?
Hanya kerana saya rajin masak dan suka baking? Sebelum kahwin pun, saya memang suka memasak dan baking tapi itu semua saya top up dengan duit saya.
Saya sehabis daya cuba memasak apa yang ada di peti ais dan saya cuba berjimat sehabis mungkin tapi apakan daya, selera anak-anaknya agak tinggi dan mereka cerewet memilih makan.
Saya rajin masak namun banyak kali juadah saya dipandang sepi.
Namun naluri seorang ibu, takkan membiarkan anak-anaknya kelaparan, cuba penuhi keinginan anak-anak dengan menyediakan makanan yang sedap walaupun acap kali dipandang sepi.
Saya tak kisah untuk top up barang dapur jika berkaitan dengan makanan dan minuman serta baju anak-anak juga saya banyak support walaupun murah saja.
Saya faham keinginan anak-anak remaja nak kelihatan cantik bergaya, tapi kenapa suami saya tak cuba menasihati anak-anaknya untuk belajar berjimat, menghargai barang yang ada dan makan apa yang ada?
Saya dah cadangkan padanya untuk berbincang dengan anak-anak supaya kurangkan sedikit belanja mereka, tapi sebaliknya saya yang disuruh contohi arwah isterinya yang katanya jimat berbelanja.
Saya tak pernah minta untuk bercuti di tempat mewah atau melancong ke tempat-tempat menarik seperti arwah isterinya walaupun saya tak pernah pergi sebab saya faham keadaan kewangan nya tidak sama seperti masa dengan arwah isterinya.
Tiada istilah honeymoon ya untuk saya dalam keadaan ini, tapi saya okay saja.
Malahan saya tidak meminta dia bagi duit nafkah sebaliknya semua belanja saya, saya gunakan gaji saya.
Malah, saya disuruh kurangkan balik ke rumah atas alasan nak jimatkan tol dan minyak atas alasan saya suka membazir.
Membazir celah mana tu? Dah beberapa kali begini, tapi saya pendam namun saya manusia biasa juga, saya ada rasa terkilan dan sedih.
Maaf kalau saya mengadu di sini, tapi saya tiada tempat nak meluahkan rasa.
– Suria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sis apa2 pun luah la dekat suami, luahkan semua benda yg sis pendam ape yg buat sis terasa semua tu biar suami faham. Buat sesi meluahkan perasaan and deep talk, inshaallah suami akan faham.
Sis belum ada anak sendiri kan, better sis undur diri, sebab perangai laki sis ni takkan berubah ye, sanggup ke seumur hidup dibandingkan dengan arwah isteri dia, nampak nya dia tak sayang sis sepenuhnya lagi, sbb lelaki kalau syg dia kalau boleh nak ada depan mata, nak jumpa kerap, rindu. Ni suruh kita kurangkan balik pulak ni silap ni sis. Fikir jauh2 sis, seumur hidup nak hidup macam ni terlalu lama, bayangkan dh ada baby nanti, dia bandingkan dengan arwah isteri pula masa berpantang begi tu begini masa mengandung tk ada craving mengada2, masa membesarkan anak pula begitu begini, sanggup ke sis..u deserve your own happiness..sy rasa sis akan lebih makan hati kedepan kedepan nanti..
setuju!!! risau nanti sis ni makan hati je… kesiannya. kalau mcm ni rasa mcm bujang lagi happy :(
mencabarnya kawen dengan duda, nasib baik lah Allah jauhkan aku dari duda
tak kisahlah duda ada anak atau xde anak , tetap akan kena banding2kan dengan yang lama, better cari yang bujang
That’s mean laki sis x move on dri arwah isteri dia lg. Mungkin dia kawen dgn sis sbb nak anak2 dia ade mak atau pom dia rasa sunyi. Tu je. Better angkat kaki jelah. Kpd wanita2 lain, walaupom kita umo 30 jgn la rasa desperate sgt sampai main sapu je. Kenal2 la dulu. Terutama dgn duda. Byk risk so kene btl2 bersedia dan kene kenal2 dulu.