Saya Yang Overthinking

Assalamualaikum semua, kenalkan diri saya B. Umur 30 an dan baru sahaja mendirikan rumah tangga 2 bulan yang lepas dengan H. Tujuan tulis nak minta pandangan dan nasihat dari semua.

Nak throwback waktu bertunang. Saya diuji dengan kisah kecurangan H. Dia berskandal di belakang saya dengan R masa join aktiviti sport yang dorang minat sama sama.

Lebih kurang 3 bulan lebih juga dia orang bercintan cintun sampai saya tangkap mereka berbalas comment mesra di IG dengan panggilan Mami Dedi. Bila macam tu, saya pun jadi detective dan jumpa la gambar mesra mereka.

Oh lupa, masa mereka berkenalan tu si H remove gambar pertunangan kita orang dari media social dia, bila saya tanya dia jawab hubungan kita orang ni dah bermasalah.

Masa tu saya tak tahu lagi dan saya tak insist sebab malas bergaduh sebab takut kena tuduh negative.

Bila saya minta tarikh nikah, dia cadangkan kita orang putus pastu sambung balik sebab dia serabut family saya tanya tarikh nikah bila. Masa tempoh bertunang tu, saya tengah stress dengan masalah di office, so saya selalu bercerita kat dia.

Rupa rupanya, dia mendengar tapi dia buat kesimpulan saya ni jenis yang negative.

Bila saya heart to heart dengan H lepas dia kantoi dengan R tu, dia cakap rasa dia dengan saya tak ada chemistry, dia nak cari orang yang boleh buat aktiviti sama sama dengan dia,

Kemudian dia cakap saya tak sayang dia, ada banyak vibe negative, tak jaga kulit, pakaian tak kena dengan taste dia, dia suka perempuan yang pakai simple bla2. Excuse biasa bila lelaki dah ada orang lain dan tengah buat mental comparison.

Fast forward, saya bagi kata dua kat dia, sama ada dia nak tetapkan tarikh nikah kami or putus tunang. Mungkin jodoh kami..

Alhamdullilah dah 2 bulan mendirikan rumah tangga. Jujurnya, saya rasa bahagia dalam perkahwinan ni. H layan saya dengan sangat baik.

Tapi entah la, mungkin syaitan menghasut ke, rasa insecure ke. Saya kecil hati dengan B sebab tak post gambar perkahwinan kami dekat media social. Dekat office pun, dia tak cakap ngan siapa siapa dia dah kahwin.

Sebabnya masa kahwin hari tu mak dia tengok saya dapat banyak hadiah dari office, lepas tu mak dia cakap itu la dia tak dapat hadiah sebab dia tak cakap dengan siapa siapa kat office dia dah kahwin.

Mungkin benda tu nampak kecil, tapi kawan dia cakap dulu dia selalu up gambar ex gf dia. And, dia pun selalu update bila dia keluar main sport or apa apa.

Before kahwin sebenarnya saya tak kisah pun. Tapi lepas kahwin saya jadi macam trigger and take it personally bila dia tak post gambar kahwin kita orang after saya tanya banyak kali (bagi hint dah, tanya direct bila dia nak post gambar kita orang pun dah).

Sampai satu tahap, benda tu macam trigger saya. Saya pun tanya dia, tak nak post gambar kahwin kita sebab takut kawan kawan ex dia tengok or takut bff R tengok ke?

Dan to soothe my feeling (according to H), H bukannya gi post gambar kahwin kita orang, dia gi remove bff skandal dia dari IG and FB dia supaya dia boleh move on.

Bila dia buat macam tu saya ni makin jadi overthinking la, maksudnya dia tak nak skandal dia tengok dia kahwin.

Tapi tu la, kalau saya pursue this issue dengan H, saya boleh agak H akan judge saya tak matang, suka menyibuk kehidupan orang.

Dia cakap bff R tu tak macam kawan kawan saya, suka menyibuk hal orang. Dia suruh saya cari kawan baru, sebab hari tu ada tercakap kawan kawan tengok drama.

Dia suruh cari kawan kawan yang fikir idea dan masa depan, bukan menyibuk hal orang.

Tapi dalam masa yang sama, benda tu trigger saya sebab saya rasa dia masih ada feeling kat skandal dia. Tapi dia pilih untuk kahwin dengan saya sebab saya bujang, lebih disukai keluarga dan kawan dia.

Dia pernah cakap, dia dengan skandal dia takde masa hadapan sebab perempuan tu ibu tunggal, dan jenis yang pakai seksi dan sosial sikit dalam pergaulan.

So kalau dia bawa balik pun, dia rasa family dia tak berkenan. Dan dia ada consult kawan kawan dia pasal dilema dia, dan semua orang suruh dia pilih saya berbanding R.

Pernah before kita orang kahwin, dia asyik cakap saya tak memahami macam R. Dia cakap R ada experience dalam hubungan, sebab tu lagi matang dalam hubungan. Pastu saya cakap, kalau R tu bagus sangat kenapa suami dia cerai dia talak 3, dia cakap suami R tu bodoh.

Kesian dengan R suami dia buat macam tu. Hmmm, tapi jarang lelaki cerai perempuan terus talak 3, kecuali kalau geram sangat.

Oh lepas kami heart to heart dulu, saya dah stop cerita masalah masalah saya, even kalau dia tanya pun saya akan stop bercerita dah. Bila jumpa dia saya cuma buat aktiviti yang fun je. H ni tak suka fikir benda benda kecil, so saya cuba elakkan tanye dia small matter.

Even wedding pun, saya plan sorang. Nak buat macam mane. Baru cakap photographer tanya nak outdoor pagi ke petang dah kena bebel cakap dia tak nak fikir benda kecil.

Lepas H curang dulu, saya nak marah dia tapi saya takut kalau saya marah dia akan makin lari dari saya. I tried my best to be the partner that he wanted me to be, but part of me felt the unfairness.

Untuk menghilangkan rasa sedih, saya layan lelaki yang mane pernah minat saya dulu. It gives me temporary happiness bila ada orang dengar masalah, belanja makan, beli hadiah, puji kita selalu, tak judge kita etc.

Bila H confirmkan tarikh wedding kami, baru saya stop melayan. But it gives me an insight into what H told me, about how unfulfilling our relationship is.

Tapi saya sayang H, so saya bertekad nak teruskan hubungan dengan dia, masa tu saya cakap dalam hati hanya Allah yang mampu memisahkan kami, saya rasa saya sanggup lalui onak dan duri demi dia.

Sebab bagi saya H lelaki yang baik dan sejujurnya, saya tak nak dia pergi ke tangan R walaupun H asyik insist yang R tu baik. Saya mungkin boleh redha kalau yang H nak tu perempuan yang jenis lain.

Berkenaan adakah H masih berhubung dengan R, itu saya tak tahu. Tapi H dah remove R dari semua sosial media dan R pun dah ada boyfriend baru. R pun selalu ups gambar berpelukan dengan bf dia.

So, saya rasa H dngn R dah putus for good.

Saya rasa saya tahu apa masalah saya. Cuma saya nak minta solution dari tuan/puan :

1. Macam mana saya nak stop overthinking and insecure lepas ada past experience kena curang macam ni?

2. Kalau boleh saya nak H lebih terlibat dengan benda benda kat rumah macam tolong belikan sabun mandi, barang dapur etc.

Setakat ni bila saya bring benda benda macam tu dia akan serabut dan minta saya jangan tanya dia benda benda kecil. Macam mane nak buat tanpa trigger dia?

3. Saya rasa macam tak di sayangi, kadang kadang rasa menyesal kahwin. Macam mana nak stop feeling macam tu? Saya rasa H pun fikir benda yang sama.

4. Ada tips hubungan kekal lama tak? I want to grow and be a better person.

Terima kasih.

 – B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini  -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *