Assalamualaikum semua. Nama aku Lily masih bujang berumur 27 tahun. Aku sudah bekerja. Aku mempunyai ramai adik beradik dan semua sudah berkahwin. Aku anak bongsu.
Semenjak pkp ni aku dah lama tak balik ke kampung. So lepas je da dapat green light dari pm aku trus bertolak balik malam tu jugak. Happy dapat jumpa mak ayah aku. Macam biasa sebagai anak bujang aku memang keje nya kat dapur jela.
Aku memang ada anak buah yang sangat ramai dari yang kecik cenonet sampai lah yang dah sekolah menengah.
Masa aku tengah tolong mak aku kat dapur berdua je. Mak aku mula buka cerita yang mak aku memang penat dan letih sebab kerja mak aku memang kat dapur je. Letih melayan anak cucu.
Untuk pengetahuan korang mak aku ni memang sangat baik tak pernah umpat pasal anak menantu apatah lagi nak merewang membawang. Mak aku jenis diam penyabar.
Bila mak aku bersuara bercerita macam tu aku memang boleh bayang betapa mak aku dah letih dan kecewa.
So apa yang mak aku cerita adalah mengenai abang aku yang nombor 3 masa kejadian ni aku tak balik kampung sebab pkp. Aku nama kan Abang S anak dia dah ada 3 orang sorang sekolah menengah tingkatan 1 dan dua lagi sek rendah 10 dan 9 tahun.
Rumah abang S dekat sahaja dengan rumah mak aku tapi anak2 abang S memag selalu duduk kat rumakhmak aku je manjang sampai tak balik ke rumah diaorang dah macam mak aku pulak yang urus diaorang.
Ada satu pagi tu tengah nak masak sarapan ayah aku cakap dengan anak sulung abang S tu aku nama kan Kakak untuk tolong mak aku kat dapur tengok2 kan apa tugas dapur yang dia boleh tolong then tolong lah.
Kemudian si kakak ni membentak ayah aku then cakap dia tak makan lagi dah suruh buat kerja pastu dia terus balik rumah mak dia dan mengadu.
Abang S datang marah mak aku sebab suruh2 anak dia buat kerja. Abang S cakap pada mak aku ayah aku suka suruh2 anak dia buat macam2 kerja walhal kalau suruh pon kakak tu memang berat tulang nak buat.
Pada aku parents sekarang manja kan anak tak bertempat. Kalau tak diajar dari sekarang kelak anak2 tak dapat berdikari, pemalas dan tak dapat bantu ibu bapa sendiri bila sudah tua. Parents macam ni memang real trash pemusnah anak sendiri.
Sebenarnya aku dari dulu lagi memang tak suka cara abang aku didik anak. Bukan anak yang mendengar kata Abang S tapi Abang S yang macam lembu dicucuk hidung menurut kehendak anak.
Ayah aku sudah tegur cara Abang S masa kakak masih kecik lagi tapi Abang S masih sikap nya sama ikut telunjuk anak dengan alasan sayang anak.
Pernah kakak masa umur nya 5 ke 6 tahun baling spanar terkena muka ayah kakak ipar sampai berdarah sebab tak dapat apa yang dia nak.
Masa tu lah ayah aku mula tegur Abang S aku supaya jangan manjakan dan menurut semua kehendak anak. Mungkin umur 5 ke 6 tahun tu nampak masih kecil tapi sebenarnya kita sudah boleh usaha disiplinkan anak2.
Abang S gajinya tak besar tapi apa sahaja yang kakak nak akan dibeli smpai hujung bulan selalu berhutang dengan ayah ku. Abang S tiada komitmen sebab tiada kereta dan rumah untuk dibayar.
Malahan motor juga dibeli oleh ayah aku. Abang S selalu marah mak aku kata mak aku membeza kan kasih sayang pada cucu. Katanya mak aku lebih kan cucu yang lain dari anak dia.
Banyak lagi sikap kakak yang negatif disebab kan abang S manja kan dia dan yang paling aku kecewa ialah Abang S tak pernah marah kakak bila dia tak solat. Abang S tak pernah disiplin kan anak dia untuk belajar dan sebagai nya.
Aku dulu adik beradik maghrib tak boleh menonton tv. Kena belajar kami semua cemerlang dalam pelajaran berkat ketegasan ayah. Anak saudara aku sekarang tiada yang dapat result cemerlang dan tiada pula yang mempunyai adab sopan.
Sekarang sudah terlambat untuk selamatkan kakak. Dia sudah meningkat remaja dan sudah kebal dari nasihat. Apa sahaja yang cuba dibentuk sekarang sudah tidak menjadi. Anak sudah menjadi degil.
Aku sungguh tak faham adakah Abang S suka melihat anak nya hanya melepak sahaja sambil menghadap phone dan tidak pndai membuat apa2 kerja rumah tidak boleh disuruh ditatang bagaikan tuan puteri.
Sungguh aku kasihan pada kakak. Nasib mu malang mendapat ibu bapa yang kurang prihatin.
Kau dulu ibarat kain putih banyak warna positif yang dapat dilukis tapi sayang si pelukis si pencorak ibu bapa mu lalai, kurang ilmu dan tidak mahu menerima teguran dalam mendidik anak2 tiada ketegasan tiada disiplin yang dipupuk.
Hasil dari didikan abang S si kakak menjadi pemalas, kurang ajar dan pembentak. Jika aku meminta tolong dari kakak pelbagai alasan keluar dari mulut dia yang buat aku naik darah.
Mulut nya hanya tahu menjawab sahaja maklum lah dari kecik samapai besar dilayan seperti permaisuri segala benda dibuat kan dan disuap kan.
Kepada semua ibu bapa di luar sana anak amanah Allah. Aku juga berusaha menasihati anak saudara ku tapi aku juga tidak selalu di kampung tak dapat aku bantu terap kan nilai positif dalam diri mereka.
Aku bersyukur mak ayah ku dulu memg tegas dari darjah tiga aku sudah diajar pelbagai tugas urus diri. Darjah enam aku sudah pandai pelbagai tugas dapur. Sekolah menengah aku sudah pandai memasak walaupun aku anak bongsu.
Kakak sekarang lipat baju pon dia tidak pandai urus diri dia pon tidak pandai bila tidak diajar dari kecil sampai bila dia mahu bergantung pada ibu bapa. Jangan lah rosakkan anak sendiri dan sayang tidak bertempat.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit