Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.
Terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan cerita ini. Terima kasih juga pada confession yang lepas kerana cerita nya membuatkan saya tertarik untuk berkongsi situasi saya. Terima kasih juga pada yang komen untuk support.
Disini saya ingin memohon pandangan serta cara apa yang perlu saya lakukan untuk kebaikan Bersama. Situasi saya pula begini,
Saya mengenali sesorang di SOCMED pada hujung tahun lepas. Saya letak Namanya A. Yes, saya baru mengenalinya.
Pada Ketika itu, beliau menghubungi saya bagi memohon bantuan kerja. Ketika itu, ada sebuah company memang sedang mencari pekerja. So saya telah suggestkan beliau untuk menghubungi HR syarikat tersebut dan diterima bekerja pada awal bulan 1.
Setelah beliau dapat kerja tersebut, beliau berasa terhutang budi dengan saya. Maka beliau telah mengambil keputusan untuk bercuti pada akhir bulan 2 untuk berjumpa saya.
Pada awalnya, saya amat rasa gembira kerana dapat membantu orang dalam kesusah untuk bekerja. Tapi, kegembiraan itu tidak lama.
Semasa beliau cuti, A mengajak bercuti di suatu tempat peranginan di Malaysia. Oleh kerana saya suka backpackers, maka kami pergi bercuti sekadar bersantai selama 2 hari 1 malam saja.
Setelah bercuti, A menawarkan diri untuk menghantar aku pulang ke tempat aku dan jalan-jalan di negeri kelahiran aku. Setelah sampai di tempat aku, A membuat keputusan tidak mahu pulang ke tempat kerja nya, dan mahu tinggal dinegeri kelahiran aku.
Pada Ketika itu, A membuat keputusan untuk mencari kerja di negeri ini. Pada Ketika ini, aku menjadi blur kerana tidak tahu kat mana nak tinggal dan sebagainya.
Disebabkan aku jenis mudah kesian kat orang, aku meminta bantuan salah seorang kawan aku untuk menumpangkan tempat tinggal sementara mendapat kerja. Akan tetapi, PKP telah dijalankan. Maka A terkandas di sini. A tidak mempunyai kenderaan untuk merentas negeri.
Aku fikir semuanya baik-baik sahaja. Rupanya tidak. Tempat yang aku tumpangkan A hanya 5 minit saja dari rumah aku. Di tempat kawan aku, A juga diberi kerja sikit. Yela tak kan nak duduk free saja kan. Disini aku rasa tertekan hanya kerana aku membantu orang.
A menjadi seperti orang sakit mental. Yang hanya mengejar aku saja. Dan seluruh hidup aku dikawal oleh nya. Aku sudah berulang kali memberi tahu nya, aku membantu nya. Akan tetapi beliau tidak boleh terima hakikat itu. Hidup aku terikat dengan nya.
Walaupun A di tempat kawan aku, aku masih fikir, A masih rakan aku, aku juga malu dengan kawan aku bagi menumpangkan nya.
Makan minum A, aku masih belikan nya. Guna duit aku sendiri sejak PKP berlangsung kerana aku fikir A tiada kerja dan sumber pendapatan. Aku juga ada mebawa A keluar untuk membeli keperluan nya.
A Berjaya memanipulsi aku. Aku seorang wanita yang lemah, walaupun secara zahirnya ramai berkata aku wanita yang kuat, independent. Banyak duit aku dah habis untuk sediakan makan minum A.
Sejak PKP ni, A banyak kali memarahi aku bila aku tidak respond panggilan serta whatsapp nya. Dan A nak keluar dengan aku hari-hari.
A juga cemburu buta. A telah menghubungi rakan-rakan baik aku di Facebook serta memburuk-buruk kan aku seperti mengatakan aku sudah berubah, serta A juga menjumpai gambar aku Bersama EX aku. Dan menyebarkan pada rakan-rakan aku. Dan mengatakan aku telah berlaku curang terhadapnya.
A juga banyak kali ugut aku untuk menyiarkan gambar-gambar aku di SOCMED nya. Serta A juga nak memberitahu kepada ibu bapa aku tentang buruk perangai aku. A nak fitnah aku.
Aku jadi stress. A juga selalu memaki hamun aku. Menghina maruah aku serta keluarga aku. A juga sentiasa memikirkan aku ni nak menjatuhkan nya dengan cara aku mengadu pada rakan-rakan aku. Secara faktanya. Aku sendiri tidak pernah cerita apa masalah dia buat terhadap aku pada orang lain.
A juga akan sedaya upaya akan membuatkan orang benci pada aku, akan tetapi, beliau akan buat Nampak seperti beliau tidak bersalah.
Setelah beliau menghubungi rakan-rakan aku, dan bercerita buruk tentang aku. Beliau akan twist cerita yang rakan-rakan aku jahat dan buat aku tak suka rakan-rakan aku.
Tapi alhamdulillah, rakan-rakan aku lebih mengenali aku. Dan mereka bukan mudah untuk percaya. Setelah aku kenal A, hidup aku tak seperti dulu yang happy go lucky, independent, selalu muncul di SOCMED mahupun depan rakan-rakan.
Rakan-rakan aku juga ada juga mengambil berat dengan menanyakan khabar dan bertanya kenapa aku senyap sahaja.
A juga seringkali mengungkit kaitan aku dengan EX aku. Dan aku mengaku, EX aku 10x ganda lebih baik dari A. A sentiasa menimbulkan isu yang pada aku tak logic dek akal.
Bila aku melawan, aku ditengking maki menyuruh aku dian serta berulang kali ingin naik tangan dengan aku. Bukan sekali. Tapi banyak kali. Cuma belum sampai ditubuh aku.
Setiap kali itu juga dia akan memaki aku serta hina aku. Boleh dikatakan setiap kali aku bawa A keluar membeli barang. Talipon aku juga sudah hancur berkecai disebabkan A membalingnya tanpa sebab.
Aku jadi buntu. A mengatakan aku saying sangat phone aku kerana kenangan EX aku. Waktu tu aku separuh gila sebab banyak kali aku dilakukan begitu. Padahal itu la harta aku cari sendiri, ikat perut.
A juga pernah menarik handbrek kereta aku Ketika aku drive kerana aku tidak bagi phone aku kat nya. Aku takut.. phone baru juga aku beli guna duit sendiri.
A ada bagi duit untuk beli. Tapi duit tu diminta semula untuk beli rokok dan barang nya. Tapi bukan untuk makanan serta keperluannya. Bila dah balik, dimarahi nya aku kerana tak beli makanan nya, walaupun aku dah berulang kali mengingatnya.
Aku rasa sangat stress sangat. Berulang kali aku dah bagitaunya aku tidak boleh hidup begini. Akan tetapi, ayat dari A “AKU SAYANG KAU” . Aku melawan jika sayang tidak akan bertindak begitu.
A juga menuduh aku ada lelaki lain dan ingin bercuti dengan lelaki tersebut atas sebab aku dah tempah tiket penerbangan. Secara faktanya, aku memang ada membeli tiket penerbangan percutian aku Bersama rakan baik aku tapi ditunda kerana PKP ini.
A juga akan ugut aku untuk berjumpa keluarga aku untuk memberitahu dan fitnah aku sekiranya aku ni tidak membawa A keluar serta menjawab panggilan atau whatsapp nya.
Aku tak nak difitnah, maka, aku layankan, kerana ibu bapa aku da penyakit 3 serangkai. Itu akan membuatkan mereka terkejut tanpa sebab dan sakit.
A juga menyalahkan aku kenapa A terkandas disana. Dan menganggap aku ni lepas tangan, kadang-kadang aku fikir. Dia itu lelaki, sepatutnya lebih bertanggungjawab.
Oh ya, dan aku dapat tahu yang A ni sebenarnya sudah mempunyai isteri. Tapi aku tak tau apa masalah A dengan isterinya. Beliau tidak tinggal Bersama juga.
Aku buntu tak tahu nak buat apa. Hidup aku sangat sangat tertekan. Ini cerita benar dan ada sebahagian itu aku tak cerita.
Aku perlukan bantuan dan cara apa perlu aku buat. Sekiranya pembaca ada kenal rakan-rakan yang arif dalam hal ini, boleh komen dibawah, saya akan contact sendiri.
Sekian dari saya. Sekian terima kasih.
Maaf kerana Panjang pula ceritanya.
– Cik Candy Sweet Sour (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit