Sayang Ayah

Assalamualaikum, hai. Aku Zulaika (bukan nama sebenar). Umur dah 29 tahun, masih bujang dan tinggal dengan family. Apa yang aku nak share ni adalah tentang ayah aku.

Aku ingat lagi ada ustaz bagi tahu. Ibu bapa ni adalah pilihan dari Allah, kita tak boleh nak pilih siapa ibu kita siapa bapa kita. Mereka lah yang akan jadi ibu bapa kita di dunia dan insyaaAllah sampai kehidupan kita di syurga.

Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 dikurniakan ibu bapa yang terbaik, penyayang.

Family aku biasa je, kami bukan golongan berada. Ayah aku seorang driver company, mak suri rumah. Ayah memang kuat bekerja. Masa aku kecik2, lepas subuh je ayah dah pergi kerja.

Tengah malam baru sampai rumah. Kami memang dah biasa, sebab kami faham ayah kerja ikut timing bos.

Bawak bos Jepun, ada masa kalau bos ayah nak pergi dinner memang kena la bawak dan kena la tunggu. Kadang tu pukul 2 3 pagi baru balik. Tinggi betul tahap kesabaran ayah.

Family aku bukan berasal dari keluarga yang kuat agama. Kami solat tapi tak cukup lima waktu. Selalunya waktu subuh la yang terbabas. Lagi2 bila weekend.

Tapi ni dulu la, sekarang ni alhamdulillah Allah bagi hidayah. Kami adik beradik dah mula tutup aurat, pakai handsock, stokin bila keluar rumah.

Perubahan yang paling aku nantikan ialah ayah. Kenapa? Nanti aku cerita. Di mata aku ayah aku seorang lelaki yang teramat paling sangat sekali menghargai isterinya.

Kenapa aku cakap macam tu? Ayah seorang yang sangat jaga hati isteri. Kalau boleh ayah tak nak langsung tengok mak marah. Contoh kalau aku tanya,

“Ayah nak makan ape? Zulaika masak.”

“Tanye mak nak makan ape? Ayah ikut mak”

“Ayah baju ni sesuai untuk ayah. Zulaika beli ye?”

“Ehh tanya mak dulu. Apa mak suka tu lah yang ayah suka”

Bukan tu je, dah 33 tahun kahwin dengan mak pun ayah masih panggil mak ‘sayang’ tak kira la dekat public ke, depan sedara mara ke. Dekat rumah ape tah lagi ye.

Dari sini aku dapat tengok, Allah permudahkan semua urusan ayah. Murahkan rezeki ayah. Dari duduk rumah setinggan sampai la sekarang ni rumah 2 tingkat. Padahal ayah cuma seorang driver.

Tahun 2017, ayah guna duit KWSP untuk bawa kami menunaikan umrah. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah untuk segala nikmat.

Ayah rajin bantu kami buat kerja rumah. Tak payah suruh pon, ayah tetap nak tolong.

Pernah sekali aku tengah kemas2 bilik, tukar cadar katil. Ayah datang nak tanyakan sesuatu. Dalam hati aku dah terdetik mesti ayah offer diri nak tolong aku kemas.

Tak sampai berapa second memang tepat la jangkaan aku haha. Hati ayah memang baik. Walaupun kerja tu tak susah mane pon.

Dengan arwah atuk dan nenek belah mak aku pon ayah layan dengan baik sangat. Macam ibubapa kandung. Sampai kan aku pernah dengar arwah atuk cakap dekat ayah

“Baik betul kamu layan apak ye Mat. Anak2 apak pon tak buat macam ni”

Huhu, nak nangis aku dengar ayat arwah atuk aku ni.

Despite all these, ayah aku ade kurangnya. Ayah kuat jugak merokok, dan aku tak pernah dengar ayah mengaji Al Quran (yang ni paling sedih).

Aku tahu ayah sentiasa cuba nak berubah ke arah kebaikan. Dari solat kat rumah, now dah rajin sangat2 ke masjid/ surau.

Ayah dah stop merokok, ni azam tahun 2020 ayah. Dan Alhamdulillah, Allah tu Maha Mendengar, Maha Memakbulkan doa.

Tarikh 8hb 11 2020, ayah minta tolong aku ajarkan mengaji. Ayah kate banyak dah lupa sebab lama tak baca. Huhu Allah je yang tahu rase menggigil badan tahan nangis time tu.

Adik beradik aku dari kecik ayah hantar mengaji dekat rumah pak imam. Jadi Alhamdulillah kami ade ilmu sikit2, boleh bace Al Quran dengan lancar.

Salah aku, tak pernah ajak ayah untuk same2 belajar. Entah la, jujur kata dah banyak kali aku cuba nak cakap kat ayah, tapi macam tak keluar ape yang aku nak sampai kan.

Takut ayah segan dengan kami, ye la lelaki kan ada ego dia. Aku pulak tak pandai nak dakwah, huhu.

End up, aku akan luahkan semua dalam doa. Minta Allah buka pintu hati ayah untuk belajar ilmu agama dan ilmu Al Quran. Dan Allah dah pun makbulkan doaku. Alhamdulillah hidayah tu memang milik Allah.

Rutin kami sekarang, lepas subuh dan selepas isyak aku akan ajar ayah muqaddam/ iqra. Aku beli kan buku nota untuk ayah. Penuh dengan tulisan alif ba ta ayah. Comel je tulisan besar2 hehe.

Kadang tu time mengajar aku curi2 pandang muka ayah tengah menulis, sayu sangat2 tengok ayah berusaha nak bagi tulisan tu nampak cantik n same macam dalam iqra. Minta maaf ayah, sebelum ni Zulaika tak kongsi ilmu dengan ayah.

Zulaika jadi saksi untuk semua kebaikan ayah di dunia ni. Doakan ayah istiqomah ye.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus belajar ilmu agama dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih sudi baca, harap ada manfaat :)

Assalamualaikum.

– Zulaika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *