Untuk pertama kalinya ayah aku menangis minta maaf pada aku. Kes nya mungkin taklah terlalu besar pada yang tak merasai tapi aku sekeluarga betul2 terkesan dengan apa yang dah jadi pada ayah aku.
Ayah aku umur dah 69 tahun. Ayah aku bekas askar. Kalau tengok fizikal dia memang body fit tak buncit, tegap. Bab kesihatan dia bersih. Takde penyakit tiga serangkai yang selalu orang2 berumur kena.
Selalu umur2 macam ayah aku dah ulang alik ke klinik kesihatan untuk check kencing manis darah tinggi bagai tapi dia tak. Petang2 seminggu 2-3 kali memang aktiviti dia jogging. Kalau jogging, bila dah start berlari kau takkan nampak dia stop. Dah sampai rumah la baru stop berlari.
Tambahan, ayah aku ni jenis tak banyak cakap. Cakap bila perlu je. Mase kami kecil2 dulu takde pun gurau senda sangat dengan ayah. Memang moment waktu kecil dengan ayah sendu. Bila dah besar dah masing2 kahwin baru lah okay sikit boleh gurau2 gelak2 besar.
Aku adik beradik 7 orang perempuan semua mak aku yang banyak ambil peranan. Pendek cerita kami tak rapat dengan ayah.
Tapi yang satu aku ingat, ayah selalu bohong sunat ajak jalan2 naik motor cakap nak pergi kedai, padahal bawak kami adik beradik gunting rambut kat kedai aunty cina.
Bila sampai ayah cakap potong macam biasa. Makna macam biasa tu potong rambut kami pendek nampak telinga macam budak2 lelaki tu. Kami tak suka! Haha.
Okay. Tapi dalam sihat tu, ada satu penyakit yang sebenarnya dia dah lamaaa ada dari dulu kami adik beradik ni perasan. Anxiety. Tapi level yang biasa2 je lagi.
Antara nya ayah aku memang tak boleh tempat sempit, ramai2 orang dan kalau drive lalu kat terowong memang dia akan pecut. Dia lemas kata nya.
Pernah dulu kami satu family pergi ikea, korang tau kan keadaan dalam ikea tu kalau dah masuk, takde pintu lain dah, kene terusss jalan sampai jumpa jalan keluar. Lepastu bahagian siling atas kan rendah. Jadi dia start panic attack time tu jugak, berpusing2 cari jalan keluar.
Sudah nya dia tunggu kami dalam kereta je sebab masatu masing2 dah berpecah buat hal masing2. Kalau dia keluar kemana2 dengan mak aku pun, dia tunggu kat luar je lepak mamak tepi2 pasaraya sementara mak aku shopping barang. Memang dia tak pernah teman.
Masa tahun 2013, aku, kakak aku dan ayah aku pernah accident jalan raya. Masa tu kami dalam perjalanan nak pergi ke satu tempat. Alhamdulillah kami semua okay cuma cedera ringan.
Tapi kenderaan yang kami naik masatu teruk jugak. Cermin semua pecah, remuk sana sini sebab saksi cakap kenderaan kami tu berguling2.
Ditakdirkan masa kat balai ada la sorang lelaki ni bagi nombor towing kat ayah, ayah aku setuju lepastu terus la towing kenderaan ke bengkel. Kebetulan sangat bengkel tu dekat kampung kawasan kami duduk je! Lagi la ayah setuju sebab senang nak follow up katanye.
Bulan berganti bulan setiap kali ayah datang bengkel tu, kenderaan kami tersadai kat situ je. Takde sehabuk perubahan pun jadi kat kenderaan tu. Bila tanya macam2 keluar dia punya alasan.
Kakak aku pun dah siap bergaduh2 dengan owner bengkel tu. Gaduh mulut la. Bila cerita2 sesama orang kampung barulah kami tahu rupanya dah ramai kena tipu dengan owner bengkel tu. Bengkel dia pun dah melingkup beberapa tahun lepas tu.
Terduduk ayah aku time tu sebab kalau tak silap ayah aku dah bagi duit pada owner bengkel tu untuk baiki. Kenderaan tu la dia pakai untuk cari rezeki sara kami 7 beradik. Bila tak elok2 mana nak cari duit nya. Harap duit pencen.
Sejak dari tu pertama kali ayah aku makan ubat. Aku pun tak tau ubat apa nama. Tapi atas saranan doctor. Sebab lepas kejadian tu ayah aku tak boleh tidur malam, sesak nafas. Lama kelamaan bila dah boleh kawal baru lah ayah stop makan ubat tu.
Lama juga lepas kejadian tu ayah aku dah okay alhamdulillah sihat macam biasa. Anxiety dia pun mungkin boleh kawal. Sampai la 4 bulan lepas. Masa ayah mandi, telinga dia masuk air.
Biasakan kalau telinga masuk air, orang akan masukkan lagi air dalam telinga tu bagi keluar. Macam tula ayah buat. Sampai la petang tu dia dapat call dari adik dia, bila ayah tukar phone dari telinga kiri ke kanan baru dia sedar yang telinga dia tak dengar apa2.
Mula dari haritu la kesihatan ayah aku merosot. Macam2 cara dia buat untuk pulihkan telinga tu. Secara medic sampai la traditional semua dah tapau. Ayah pernah pitam kat hospital masa follow up dengan doctor kes nya doctor cakap telinga ayah tak boleh baik macam biasa.
Cara nak ikhtiar pulih tu ada je kene operation cuma chance untuk baik tu tipis. Dah operate pun belum tentu boleh dgr balik macam dulu. Duit pun dah beribu habis untuk tu. Ayah cakap bila dah jadi macam ni duit bukan segalanya dah. Kesihatan lagi penting.
Keadaan ayah aku tertekan. Dia punya stress sampai tubuh yang dulu tegap sekarang dah kendur kurus. Banyak menangis, kadang2 marah2 tak tentu pasal. Perkara remeh pun dia jadi kan topik untuk cari pasal camtu la.
Okay satu masalah bila telinga dia tak dengar ni bukan semata2 tak dengar. Telinga dia sentiasa ada bunyi berdesing. Tu yang buat dia tak selesa sampai anxiety aku rasa.
Ayah tak boleh bila dengar benda yang kuat2. Cam bunyi tv kuat, bunyi anak2 aku main suara kuat2 dan paling dia sedih, dia tak dapat pergi surau macam biasa sebab bila imam baca pakai mic, suara tu menggangu dia.
Ayah aku ni setiap solat memang dia jemaah kat surau. Bulan puasa solat tarawih tak pernah tinggal. Memang 20 rakaat punya. Tapi tahun ni tak. Dia tak mampu nak duk lama2 kat surau.
Dan kami pula anak2 ni dah mula mengeluh. Padahal baru 4 bulan ayah aku macam ni. Punca nya sebab ayah aku tak nak dengar apa yang anak2 cakap lebih pilih dengar apa yang geng2 surau dia cakap.
Bila kami suggest ustaz2 yang kami kenal nak bawak lah dia berubat traditional sebab dia yang nak try kaedah tu, dia taknak. Dia cakap kawan surau dia suh pergi kat situ sini macam2 tempat la jauh dekat semua kami dah bawakkan.
Bila jadi macam ni dia jadi macam budak2 banyak songeh. Dosa besar rasa sebab dpn2 memang kami layan je, tapi belakang ayah kami dah start cakap2. Bukan sebab malas layan tapi sebab ape yang kami nasihatkan kami suggest semua dia tak nak dengar. Ikot pun terpaksa je.
Ubat pun satu hal macam2 ubat try, mana yang dia jumpa kat fb ni semua dibeli. Aku faham sebab ikhtiar tapi kami risaukan kesihatan ayah makin teruk. Nanti dari pasal telinga melarat2 pula jadi kes lain.
Sampai ke harini ayah masih melayan perasaan. Moody, muka kusut banyak fikir. Hari2 tengok hp pasal doc cakap itu cakap ini kat yutiub, fb. Kadang2 bercanggah2 taktau mana satu yang betul.
Saudara mara jauh pun ramai yang datang ziarah bagi nasihat yang membina. Lega sekejap sebab dia terima nasihat2 macam “ada orang Allah uji lagi teruk pada kita”. Tapi sekejap je. Lepas tu dia layan perasaan sedih dia lagi.
Dulu ada masa nya nampak la juga dia bergurau2 bergelak tawa sakan dengan mak. Sekarang lama dah aku tak nampak. Dengan kami adik beradik pun bila berkumpul ramai2 ada la jugak hilai tawa. Sekarang bila berkumpul muram je dia. Borak2 sikit banyak termenung. Sedih aku.
Aku percaya dugaan ni bukan dugaan untuk ayah je. Tapi untuk aku jugak. Sebab aku selalu ada rumah dengan anak2 aku.
Aku memang ade menyewa rumah lain tapi seminggu tu khamis-ahad je aku akan balik rumah sewa aku. Lain2 hari memang aku tido rumah mak ayah aku je sebab aku keje kat sini.
Anak2 aku pulak fasa yang tengah betul2 main je keje nya. Kalau pesan “jangan bising, aki sakit telinga tak boleh jerit2” sekejap jelah faham nya tak sampai 5 minit bising balik.
Anak bongsu aku umur 1y+. Memang dari lahir banyak menangis sampai la sekarang. Bila menangis memang kuat. Lagi pulak fasa dah pandai menjerit ni. Takde keje lain jeritttt je. Sampai aku yang dengar ni pun sakit telinga apetah lagi ayah.
Bila keadaan bising2, aku jadi penat sebab nak kena kawal. Semua benda kena larang, main itu tak boleh ini tak boleh. Anak2 aku pun asyik kena marah jelah jadi nya supaya tak riuh sangat.
Sampai la malam tadi ayah aku terlepas cakap. Ayah cakap ayah dah tak tahan dengar anak2 aku bising, terutamanya yang bongsu aku. Dia cakap bagi la mak ayah rehat2 penat dengar. Esok balik la rumah sana, rumah sewa aku la kiranya. Aku diam.
Ayah sambung cakap kat aku yang jangan ambil hati apa yang ayah cakap. Aku diam lagi. Sebab aku taktau nak balas apa. Memang betul2 kelu lidah aku.
Aku sebolehnya memang tak nak ambil hati sebab aku sayang ayah, tapi sebab ikotkan perasaan sangat aku terdetik dalam hati tak nak balik dah lepas ni taknak jumpa ayah, tahun ni beraya rumah laki aku jelah camtu. Teruk betul. Aku perasan muka ayah aku masa dia cakap tu berubah.
Lepas apa yang dia cakap tu lama kami duk kat ruang tamu. Tv ada bunyi tapi suara aku dengan ayah takda. Tak lama tu ayah pun masuk bilik. Tak semena2 air mata aku jatuh teringat apa yang ayah cakap.
Dalam2 ayah aku cakap jangan ambil hati tapi aku tetap ikot perasaan sombong aku ni. Masetu dah mula fikir dah macam mana aku nak urus kan waktu & hari2 aku supaya anak2 aku tak ganggu life dorang, sambil minum air kat dapur. Sunyi.
Dalam sunyi tu aku dengar pintu bilik ayah aku terbuka. Dia intai2 nampak aku. Aku dengan sombong nye pandang je tanpa cakap apa2. Buat acuh tak acuh.
3x dia keluar masuk bilik tapi tak singgah ke dapur. Kali ketiga dia singgah, aku terus bangun dari kerusi habiskan minuman dan terus tuju ke bilik tidur aku. Aku nampak ayah aku ambil gelas nak minum air.
Dalam langkah nak ke bilik tidur aku, ayah panggil aku dengan suara serak kemudian ayah peluk aku sambil menangis minta maaf. Ayah cakap pada aku dia serba salha lepas cakap macam tu dekat aku.
Ayah cakap jangan lah tak balik terus lepas ni. Hujung2 minggu nak balik sana balik lah. Tapi datang la sini balik. Aku balas pelukan ayah aku, aku cakap aku faham keadaan ayah, padahal sebelum ni aku tak faham pun.
Aku ikotkan perasaan aku, sampai ayah aku pula yang minta maaf pada aku. Aku terlalu ikotkan emosi. Sebab sejujurnya aku dan suami aku betul2 struggle jaga anak2 yang jenis banyak meragam.
Anak kedua aku ada masalah sama macam anak bongsu aku, memang dari awal lahir sampai sekarang umur 3 tahun banyak menangis. Sekarang aku diuji lagi sorang sampai umur berapa baru kurang menangis aku pun tak tahu.
Ni lah punca kenapa aku teremosi bila ayah aku cakap macam tu. Ada masanya aku memang koyak mental aku nak hadap.
Tak pernah2 tau aku berpelukan dengan mak ayah aku selain hari raya. Kalau hari raya pun takde nya nak menangis sakan. Tapi harini sayu betul aku rasa. Harini juga la baru aku sedar yang ayah aku dah tua. Ayah aku dah start diduga dengan kesihatan.
Kejadian harini dah jentik hati aku otak aku supaya sedar yang keadaan dulu itu dulu. Dah tak sama. Masa semakin beredar. Satu hari nanti pun akan tua.
Aku banyak dosa dengan mak ayah aku. Aku harap Allah terima doa minta keampunan atas apa yang aku buat pada mak ayah aku, guris hati perasaan mak ayah aku.
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat mak ayah aku, panjangkan umur mereka, terimalah segala amal ibadat mereka, jauhikan lah mereka dari api neraka dan semoga Allah pulihkan semula pendengaran ayah.
Aku rindu suasana santai dalam rumah mak ayah aku macam dulu. Semoga Allah perkenan doa2 aku ni.
Yang penuh dosa,
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya rasa, klaw perlu bwa la ayah awk utk bedah telinga tu.. saya punya ank pon pernah mngalami masalah spt itu, dlu dia pernah msuk air dlm telinga dan x bagitau sampai 2 hari, bila dia mngadu saya tgh kerja, so dah abis kerja baru bole bwak dia ke klinik.. doktor kta, klaw lambat ckit je, telinga dia x berfungsi, doktor ‘sedut’ air dari telinga tu n bagi ubat.. w/pon mcm dah sembuh, tp dia suka ‘mnyendiri’, x suka pergi kenduri atau ke rumah org, infact sampai skrg pon dia jarang nk blk kmpong or join mne2 event yg besar, kdg2 sedara mara pon dah fhm dan x tanya pasal dia x dtg dan seumpamanya, saya pon kdg2 rse serba salah nk ‘paksa’ dia, bla saya tnya knp, dia kta x thn bunyi bising or org ramai bercakap2 gitu, dia rasa mcam ‘nk tumbuk semua org’ bila jumpa.. org lain x rasa mcm tu, sbb tu x fhm knp dia jadi begitu.. mngkin mcm tu jugak dgn ayah awak.. klau bole jauhkn dari bunyi2 yg bising atau ank2 yg kuat mnangis tu.. klau dia bole sabar, xpe lgi.. takut nt dia thn utk ‘sabar’, tp akn mkn diri dia sendiri.. cuba la tenteramkn ank2 n bgi lah ruang utk ayah tu ‘tenang’.. memang la dugaan, tp berapa bnyak je mse yg dia masih ada utk hidup ‘selesa’..? Wallahu a’lam.
ada orang yang jenis macam ni ,jenis penmendam sahaja , keje sahja , balik rumah pun untuk rehat . tak suka riuh riuh . suatu hari dia jatuh sakit sbb keje sahaja dia fikir itu lah yang di buat selama 30 tahun . dulu suka marah anak tengking anak tapi demi kebaikan anak anak but lepas sakit jadi mcm orang dungu pandang depan sahaja tak suka senyum . kalau ada majlis apa apa cepat cepat naik bilik .