Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Izinkan saya berkongsi sedikit dan semoga admin berbaik hati sudi publishkan confession ini, insyaAllah.
Untuk wanita yang saya kasihi.
Setiap wanita yang bergelar anak pasti punya rasa sayang yang tinggi kepada bapanya yang menjaga dan melindunginya. Begitu juga seorang isteri yang cinta kepada suaminya serta yang kasih kepada saudara lelaki mereka dan seorang ibu yang sayang anak² mereka.
Maka apa yang kita buat sebagai wanita untuk buktikan kasih sayang kita? Apakah cukup sekadar kita luah ‘cinta’ kita kepada mereka? Adakah kita dah berusaha untuk menjaga dan melindungi ayah, suami, adik beradik dan anak² kita?
“Eh apa yang kita (wanita) boleh buat untuk melindungi mereka? ”
Melindungi mereka daripada dihumban ke dalam Neraka Allah. Itulah tanggungjawab kita sebagai wanita. Bagaimana ? Perjuangkanlah dalam menjaga aurat dan maruah kita baik² dengan sempurna sepertimana mereka (lelaki yang kita sayang) menjaga kita sepenuh hatu dan sebagaimana Rasulullah SAW sangat memperjuangkan dan pertahankan maruah wanita.
Jagalah. Demi ayah, suami, anak dan saudara lelaki yang tercinta. Mana mungkin kita kata kita sangat cintakan mereka tapi hakikatnya kita juga yang sumbat mereka ke Neraka kelakk kerana kesalahan, perbuatan serta kedegilan kita untuk tidak menutup aurat dengan sempurna.
Dengan memberi alasan ‘taknak pakai tudung dalam keadaan terpaksa’, atau ‘hidayah belum sampai’.
Sampai bila kita nak tunggu keikhlasan itu datang kalau kita sendiri tak usaha untuk mengihklaskan hati kita ?? Sampai bila kita nak tunggu hidayah itu sampai andai ajal itu yang menjemput terlebih dahulu ? Malah syaitan bertepuk tangan dengan jawapan kita
“Ingatlah wahai wanita , sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka iaitu ayahmu, suamimu, anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka..“
Pertama: Ayahmu
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan di dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Allah
Kedua: Suamimu
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat serta gemar hiasi diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan ajnabi, apabila suami mendiamkan diri daripada menegur aurat isteri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia juga akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: Abang² dan adikmu
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang²nya atau adik²nya yang sudah tahu hukum hakam. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan kakak atau adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM serta tidak ditegur untuk menutup aurat maka tunggulah tarikan adiknya di Akhirat kelak.
Keempat: Anak Lelakimu
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu untuk menutupi aurat serta menegur akan kelakuan yang haram dalam Islam maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak sepertimana ayah, suami dan saudara lelaki.
Wahai para wanita yang ku kasihi.
Pada akhir zaman ini kita pasti akan dihujani dengan pelbagai fitnah dan maksiat depan mata. Seadainya kita tidak mampu menjaga martabat dan maruah kita, sudah pasti kita akan mudah dihasut dan terikut² akan perbuatan yang haram.
Maka berusahalah untuk mengisi dada dengan mempelajari ilmu agama, banyakkan berzikir dan istighfar, lazimi doa². Semoga kita menjadi anak dan isteri yang solehah serta ibu yang bertaqwa dan menjadi contoh buat anak²nya.
Semoga Allah mengurniakan keampunan kepada kita semua serta memberi kita taufiq hidayahNya. InsyaAllah. Salam sayang untuk bakal² wanita solehah yang dikasihi.
– Kak Meyja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit