Sayang Berpada-pada

Sayang berpada-pada. Aku harini bukan nak ceritakan kisah aku tapi kehidupan seorang kawan baik aku yang sangat-sangat sayangkan orang yang dia sayang itu. Macam mana tu kan haha.

Okay kisahnya, kawan baik aku ni aku bagi nama dia Ikea lah since hidup dia memang berkaitan dengan Ikea. Dia ni sayang sangat suami dia, dia dah kenal suami dia dari umur dia 13 tahun lagi. Sekarang umur dia 30 tahun dah.

Dia bercinta dengan suami dia dari tingkatan 1 lah. Tapi laki dia ni aku taktaulah manusia ke atau haiwan. Perangai tak semenggah betul.

Okay mula-mula masa zaman university, kawan aku si Ikea ni ceritakan kat aku yang laki dia ni kantoi ada Perempuan lain siap bawak balik rumah keluarga dia lagi. So gaduhlah kejap, tapi end up dia baik balik dengan laki tu sebab sayang cinta lah.

Selang tak berapa lama lepas tu, dia ceritakan lagi yang mana laki dia dismissed ke extend sem tah dari university.

Untuk pengetahuan, diorang ni bukan belajar di 1 universiti yang sama, sorang utara sorang Selatan.

Okay kembali ke siaran tadi. Laki dia dah dismissed ke extend semester tu, laki tu bagitahu Ikea ni yang dia tak berani balik kampung untuk confront mak ayah dia sebab pengajian dia tu.

So, Ikea yang sayang sangat laki dia pun tolong la financekan laki dia dengan cara dia kerja part time lepas habis kelas, petang sampai malam. Semua duit gaji dia akan transfer ke laki dia.

Tanpa disangka, aku pun tak ingat macam mana kantoi tapi laki dia dapat sambung balik kuliah.

Tak cukup dengan tu, laki dia fully sponsored by his parents yang mana duit bulanan yang parents dia bagi tu lebih banyak dari gaji Ikea bagi tu. Lepas tu laki tu dapat lagi PTPTN dan biasiswa.

Ya mesti part ni korang kecam, mana ada student boleh pegang kedua-dua PTPTN dan juga biasiswa.

Laki tu tak stopkan PTPTN dia walaupun dia dah dapat biasiswa, jadi, dia makan duit dari 4 sumber iaitu mak ayah, PTPTN, biasiswa dan juga gaji part time si Ikea. Kerbau pendek betul ye laki tu.

Dan macam biasa ya gaduhlah kejap, tapi end up dia baik balik dengan laki tu sebab sayang cinta lah.

Sampailah masanya diorang decide untuk mendirikan rumahtangga. Ikea ceritakan kat aku, yang masa fitting baju, laki dia selalu bodyshaming dia, cakap gemuk lah, gelap lah, banyak baju tak sesuai.

Tak cukup dengan tu, mak laki tu pun menambah rencah juga mengiyakan cakap-cakap laki tu.

Ikea ni hanya mampu menahan sabar luka dalam hati je. Lepas tu diorang pun menikah, majlis grand kau.

Lepas menikah, laki tu tak nak pindah keluar dari rumah parents atas alasan nak jaga parents, sebab laki tu anak yang sulong, adik-adik semua dah keluar dari rumah tu.

Kalau dah duduk sekali, faham-faham je lah yang mentua tak akan sebulu dengan menantu Perempuan. Apa saja yang si Ikea buat, semua salah. Beli barang online pun kena perli, katanya membazir duit laki.

Ikea bukan kerja pun tapi hidup macam orang kaya. Bangun awal salah, bangun lambat lagilah salah. Kemas rumah salah, dikata jangan berani ubah apa-apa dalam rumah ni, tapi kalau tak kemas, dikata ingat mak ni bibik kau?

Yang mentuanya pulak konon macam baik sangat lah. Diwariskan perniagaan keluarga kat laki dia, so laki dia pun ajak Ikea jadi pembantu dia. Ikea seronoklah at least dah ada secured job.

Laki dia suruh dia jaga bahagian admin yang merangkumi HR, akaun dan juga general clerk. Laki dia bagi gaji dalam RM 2,500 untuk dia.

Tapi yang tak best tu, mentua tu masih lagi masuk campur dalam urusan company, katanya sebab diorang masih muda, tak mampu handle bisnes besar lagi.

Tapi sebenarnya mentua dia ni nak kikis duit Syarikat. Mentua dia selalu arahkan Ikea untuk keluarkan duit Syarikat untuk mentua beli barang kemas, tudung mahal.

Bukan mentuanya saja yang buat perangai ni, diangkut sekali adik-adik kakak mentua tu join shopping sakan.

Bila dah selalu sangat minta, Ikea ni buatlah perjanjian tapi hanya cakap saja kat mentua dia yang mana semua duit yang diambil kena dipulangkan dalam masa 3 bulan, tak ada perjanjian hitam-putih.

Bila sampai waktu seperti yang dijanjikan, Ikea mintaklah balik atas duit company yang disonglap mak mentuanya. Mak mentuanya kata okay saja tanpa dia tau yang mentuanya dah fitnah dia kat laki dia.

Mak mentua dia tuduh Ikea ni kurang ajar, tak hormat mentua, maki mentua. Apa lagi, laki dia yang sangat sayang mak dia ni balik rumah, tanpa cakap panjang lempang si Ikea ni. Ikea sangat sedih, Ikea lari ke rumah saudara dia di negeri lain.

Lepas tu laki dia block dia semua tempat dan mentuanya masa tu cucuk jarum yang mana mentua dia suruh laki dia potong semua gaji Ikea ni, mentua dia kata gaji Ikea ni mahal sangat, tak layak dapat since perjanjian awal Ikea ni hanyalah pembantu laki dia.

Mentua dia suruh buatkan Ikea ni yang berhutang dengan company sebab lari dari tanggungjawab. Mentua dia hasut laki dia kata semua duit yang mentua pinjam tu si Ikea kena bayar sebab siapa suruh Ikea ni lari, benda boleh bincang nape lari rumah?

Tak cukup dengan tu, laki dia lafazkan taklik, yang mana lagi 2 bulan, jatuh talak. Talak berapa tak dinyatakan.

Lepas tu, si ikea ni tak keruan sebab dia sayangkan laki dia dan rumahtangga. End up dia baik balik dengan laki tu sebab sayang cinta lah. Tapi dengan syarat dia tak mau dah kerja dengan company suami dia dan tolong hilangkan rekod yang dia berhutang dengan company.

Tapi, laki dia minta tolong dia cover job-job kecil perniagaan. Dia pun bantulah apa yang patut sebab sayang kan. Diorang pun hidup aman bahagia macam pasangan lain.

Apa yang dia minta, laki dia tunaikan. Ajak pergi jalan-jalan, nak tambah barang kemas, nak makan sedap, semua laki dia tunaikan. Nafkah dalam bentuk duit pun dia dapat banyak nak banding dengan aku yang laki bini makan gaji ni.

Tibalah masanya yang pada aku si ikea ni sangat tak bijak. Laki dia dah belikan rumah baru untuk mereka tinggal asing dari mentua. So si ikea ni sangatlah seronok suka akhirnya dia dapat keluar dari cengkaman mentuanya tu.

Dan masa tu juga suami dia belikan kereta baru, bertambah suka lah dia. Makin disayang la suami tu kan. Tapi, mentua pun minta juga kereta baru, yang harga bukan kaleng-kaleng ya.

Kereta yang pakai diesel pulak tu hihi. Yang kereta ikea ni jenama Malaysia je, yang mana pernah mendapat gelaran king di jalan raya.

Tak cukup dengan tu, dan-dan lah mentua nak renovate rumah, katanya dah tiba masanya untuk laki ikea tu balas budi membesarkan dia.

Korang cer bayang, mentua dia nak renovate full house, yang tiling saja makan puluh-puluh ribu. Bila ikea minta laki dia beli barang-barang rumah, nak deko-deko rumah dan-dan laki dia cakap tak ada duit. Acik dia berjambul betul.

Ikea yang sangat naif dan baik ni pun terima hakikat dan dia lah yang deko rumah dia dengan duit yang dia ada ; duit nafkah yang suami dia bagi. Sikit-sikit dia deko, beli barang itu ini.

Suami dia ni pulak jenis yang tak boleh dibincang apa, mesti membawa ke pergaduhan yang besar.

Kadang tu simple je, ikea minta duit, laki dia kata tak ada duit, ikea bengang la, ikea ungkit “yang buat rumah mak tua da pulak duit abang”. Pang! Kena lempang lagi si ikea ni.

Laki dia balik dari kerja, suka sepahkan barang perniagaan, ikea marahlah, “abang ingat ikea ni kerja nak kemas rumah saja ke? ”

Laki dia balas, “habis dah kau duduk rumah, tak ada buat apa, kemas la balik. Ingat sikit hidup kau tu aku yang tanggung, tak ada aku, tak hidup la kau, lagi nak dapat segala apa yang kau ada ni?

Jangan mimpi lah. Kau ni memang suka cabar kesabaran aku kan? Aku rasa senang aku ceraikan je lah bini menyusahkan macam kau ni.

Tak pun senang macam ni, kalau kau jumpa mak kau, atau pergi rumah dia, jatuh talak 1. ” Ikea ni sedih gila, apalah salah dia yang sikit pun laki dia tak pandang.

Tiba-tiba, mak Ikea datang rumah, Ikea terkejut dan dia terpaksa redha since laki dia dah lafazkan taklik tu and mak dia pun dah bawak balik Ikea ni kerumah sehelai sepinggang dengan tak ada duit nya since duit dah banyak habis untuk deko rumah.

Tapi, laki dia yang sangat mencabar kesabaran ni call ikea, dia cakap “kau nak pergi, pergilah, tapi semua benda kat badan kau tu hak aku, duit aku termasuk barang kemas, laptop, ipad, kereta. Semua tu kau tak boleh ambik”

Ni sekarang hari-hari Ikea ni whatsapp dan call aku menangis-nangis, tak nak tinggalkan laki dia.

Tak nak pergi pejabat agama untuk settlekan hal diorang. Aku tak paham betul la. Maaf ye kalau ayat aku ni macam tunggang langgang.

Tolong komen yang murni-murni sikit.

– Kawan Sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. kalau saya jadi awk.. sy ignore je ikea tu.. diamkan diri.. sbb kita pon dah cuba sehabis baik utk bagi nasihat dkt dia.. tapi dia still nk diri dia disakiti.. maaf la kalau nmpk kasar.. tapi kita pon dah penat nk hadap jenis org x mkn nasihat ni.. penat dgr dia derita.. sedangkan kita yg dah bnyk nasihat dia pon x jln jugak. em.. semoga yg baik2 utk kehidupan awak dan kehidupan ikea.

  2. Ko ce tny dia betul2, ko ni taknak berpisah sbb takut takde sumber kewangan ke?

    Depa ni ade anak ke tak?

    Kalau risau pasal duit, tak payahlah sbb kan duit ni takut sgt nak berpisah dgn suami tu. Aku rasa bkn sbb dia sayang sgt kt suaminye tu.

    Suh dia pi cari kerja dan bergantung pd Allah.
    Malas ku nk bg ayat murni, straight to the point je harap ko pon boleh straight to the point dgn ikea tu jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *