Aku terpanggil untuk menaip confession ni lepas baca confession, Aku Si Buruk Rupa (https://iiumc.com/aku-si-buruk-rupa/).
Ya aku sedar ramai di antara kita semua terutama golongan wanita yang rasa rendah diri bila fizikal mereka tidak mencapai tanda aras kecantikkan manusia sejagat termasuklah aku.
Cantik ini luas ertinya tapi harini kebanyakkan memandang rupa fizikal adalah segalanya. Kalau tak, takkanlah Cameron Harris tu boleh ada pengikut sampai berjuta padahal dia adalah penjenayah yang terang lagi bersuluh.
Aku boleh dikatakan The Ugly Duckling dalam adik beradik. Abang, kakak aku berkulit putih melepak mai dekat aku mungkin melanin yang sepatutnya milik dorang semua jadi milik aku itu yang gelap sikit.
Dari kecil orang keliling asyik kata aku ni hitam jadi dalam pemikiran aku, aku ni memang hitam macam dayang senandung tu padahal standardlah kulit melayu. Selain daripada warna kulit, rupa paras aku pun agak eksotik.
Antara peristiwa yang sering terjadi disebabkan nama aku agak unik dan maksudnya ‘’yang indah’’ jadi bila ada yang tanya siapa empunya nama ni dengan penuh keterujaan dan bila aku yang mengaku mesti penanya jadi terdiam hahaha.
Aku fikir dorang tak dapat terima muka aku dengan nama aku kot.
Sepanjang aku hidup hampir nak mengjangkau 30 tahun, belum pernah yang bilang aku ni cantik kecuali diri sendiri, pujian yang aku dapat pun setakat comel.
Aku pernah dengar satu quote yang katanya perempuan yang dipuji comel ni sebenarnya tak cantik ok la ada aku kisah.
Dengar sini adik-adik, kakak-kakak, abang-abang juga dalam Al-Quran ada sebut yang Allah cipta makhluknya sebaik-baik kejadian. Macam mana pun kejadian kita dah cantik untuk diri kita tak perlu nak banding dengan orang lain.
Ya bukan senang nak nak tanam konsep cintai diri sendiri. Aku pun ambil masa yang lama juga.
Aku belajar daripada satu filem bertajuk Penelope, untuk rasa bahagia, rasa confident dan rasa diterima pertama kita perlu belajar terima kekurangan dan kelebihan diri sendiri dalam konteks ni rupa paras atau fizikal yang Allah s.w.t anugerahkan.
Bukan diri kita yang salah tapi pemikiran orang yang membandingkan rupa paras seseorang itu yang salah.
Bak kata Alicia Cary “You don’t have change a thing, world can change its heart”. Bila kita dah sayang diri sendiri kita aku buat apa saja untuk kepuasan diri.
Macam aku, aku jadi obsess nak jaga kulit, ada saja yang komen tempek skincare banyak-banyak pun tetap tak cantik dan aku seperti biasa akan balas dengan angkuh “Ada aku berhutang dengan kau ke, jelous la tu kulit aku flawless bak porcelain”.
Jadi kurang segak ni ada kelebihan dalam nak menilai seseorang. Waktu aku masih awal 20-an aku memang nampak habis warna sebenar manusia dikeliling aku sebab pada waktu aku takda apa nak ditawarkan.
Nak minta kerja sambilan pun kena halau padahal 2 minit kemudian kawan aku pergi minta kat tempat yang sama eh boleh pula.
Tu tak masuk bila bersalam dengan makcik-makcik amboi alergik nak bersentuhan dengan kulit aku gamaknya.
Tapi bila aku dah berkerjaya dah ‘kaya’ dan ‘cantik’ sekarang ni nampaklah berbezanya dunia. Itu belum lagi aku jumpa dengan lelaki yang pilih rupa sahaja.
Mungkin dulu bila dorang ghosting lepas dorang stalk medsos aku, aku akan jadi sedih dan mula nak rendah diri bagai padahal yang ghosting tu pun bukan elok sangat pun.
Tapi sekarang bila baru saja ada yang nak minta akaun Instagram memang aku akan bambu dengan 2 soalan 1.
Nak tengok aku ni cantik ke tak ke? Jika nak nilai rupa saja ok bye bye 2. Nak gain followers untuk buat paid review ke?. Maaflah sesapa yang pernah terguris dengan soalan macam ni dari aku.. ya hati yang tersakiti ni memang dah keras.
Aku nak pesan jangan terlalu fokus satu perkara sampai kita abaikan potensi diri yang lain. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing semua atas kita untuk gali potensi tu. Sentiasa bersyukur tu kuncinya.
Jangan harapkan pengiktirafan daripada manusia lain ibarat melukut ditepi gantang. Hiduplah dengan bermaruah dan sayangi diri sendiri tapi berpada juga la takut narsistik pula nanti.
Kepada yang suka memandang rendah pada rupa paras orang lain, ni mai akak nak bagitau sesuatu dunia ini perlu keseimbangan, kalau semua orang cantik jadi takdalah orang cantik jadi perlu ada yang kurang cantik untuk ada yang cantik. Sekian…
– Yang Indah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit