Salam semua. Aku fresh grad yang dah 2 tahun “menganggur” di mata orang tua. Padahal aku sebenarnya ada income yang aku dapat dengan mengambil upah sana sini.
Mengajar budak, kemaskan rumah, Potong rumput, tukarkan lampu, baiki paip sinki. Macam-macam.. asalkan namanya upah.
Hari2 aku cari upah sejak first month lepas grad. Non stop target atleast RM50 dapatan harian. Hasilnya bulanan ada lah jugak paling kurang 800, paling tinggi 2k pun pernah..
Alhamdulillah hanya kerja ambil upah 2-5 jam sahaja sehari. Tetap mampu bayar kereta first tahun 2018 yang diambil awal belajar dulu.. walaupun ada sedikit kenaikan sebab memorandum time PKP.
2 tahun non stop cari income dengan flexible time. Syukur ada income dan kenal ramai orang.
Jauh perjalanan luas pandangan. Ingatkan kalau takda kerja boleh teruskan dengan cara kerja ni dan mulakan business apa2.
“Malangnya”, bulan lepas aku dapat kerja pengajar fulltime dengan gaji 2.3k di negeri lain.
Ayah dan mak paling happy. Happy sangat sampai buat majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat sebagai tanda mulanya hidup sendiri bergaji.
Baru sebulan kerja ayah dah suruh ambil kereta baru.. kereta 2018 kena letgo. Katanya kereta aku baru 7 tahun masih ada nilai, kalau letgo sekarang boleh buat deposit kereta baru yang class sikit.
Tapi cara fikir aku berbeza…. Aku nak habiskan bayar kereta dalam 3 tahun lagi alhamdulillah terus bebas hutang kereta dah…
Kereta skrang pun bayar 400 + 300 (termasuk tol/ minyak/ dll) ayah suruh ambil kereta yang range bulanan 700-900 pula….
Mak pulak suruh ikut cakap ayah. Katanya kereta ada jangka hayat. Nanti dah lepas 10 tahun akan start maintenance tinggi dan sebagainya.
Dua-dua parents berkeras suruh ambil kereta cantik sikit. Dan asyik pujuk jangan risau gaji masih cukup, sebab aku kongsi bilik murah dalam 180 je (tapi takda privasi sebab kongsi)
Jujur aku tak nak. Aku sayang kereta pertama ni sebab dengan kereta ni lah tempat aku release stress jalan jauh drive malam-malam seorang diri lupakan stress dunia. 6-7 tahun pun mileage dah 180k..
Umur dah 26, mesti lah rasa nak kawin nak rumah pulak. Tapi beban permintaan orang tua yang terus menerus minta untuk buat komitmen makin panjang. Aku tak nak.
Itu sajalah luahan aku. Berat nak melepaskan cinta pertama…..
– Aizad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Planning kamu bagus, dn adalah bagus kalau kamu stick to ur idea. tp kene suarakan pd ibu bapa juga, kalau ikut ckp mereka, kamu yg akan suffer nnti. jaga hubungan kita dgn org tua, jgn mmbelakangi mereka kalau kita x setuju dgn pendapat mereka. moga allah permudahkan..
Somi aku bg keje german utk aku pakai, da habis byr pon. Aku beli sebijik kete kecut utk mudah bergerak kemana2. Keluarga kawan semua tanya ok ke downgrade kete biasa, bg aku ok je malu apa bosskurr, kete german aku bukan jual pon tambah kete kecut je sebb maintainance kete jerman aku mahei, sekali servis sama bole byr kete kecut 3 4 bulan. Boleh la tukar2. walopon semua somi aku byr aku da rasa perit bila bisness dia down aku kena cover expenses tu. Hidup bagai roda tak caya tanya che ta ngan dato vida
Maintain je kete ko tuh. Gaji lebih buat ASBF
buat apa nak risau sangat? kalau memang tak nak, tak yah lah follow cakap dorang. bukan dorang letak pisau kat leher ko paksa tukar kereta. nak gah dimata orang sampai sanggup suruh anak berhutang lagi besar. kereta lama2 bukan ada value. dari beli kereta baik beli rumah, persiapan untuk kahwin nanti. you yourself make your own decision, not anyone else. ko yang menanggung hutang nanti, bukan makpak ko. kang ko susah, makpak ko nak tanggung ke? melainkan makpak ko old money. pikir lah dalam2 ye.