Sayang, Maafkan Aku II

Assalamualaikum semua. Sekali lagi, aku Mel. Isteri bodoh tak guna tu. Ni confession pertama aku https://www.facebook.com/729187373830747/posts/1910146075734865/ bagi yang taktahu. Aku dah baca segala komen yang saudara saudari bagi kat confession aku. Memang salah aku. Aku sangat menyesal. Aku hargai segala komen yang korang kasi, baik atau buruk. Sebab aku tahu memang salah aku. Dan aku takda siapa untuk aku kongsi cerita. Aku tak ada kawan rapat, and aku tak ada kawan yang aku cerita suka duka. Aku tak ada mak ayah. Aku anak tunggal. Aku ada family mertua sahaja. Aku buntu untuk tanya pendapat.

Semalam lepas baca satu komen ni, aku terus tak lengahkan masa call suami aku. Terima kasih buat penyumbang komen. Tak sampai berapa saat aku call, dia angkat. Ceria suara dia. Macam dulu dulu kitorang selalu call each other. Rindu aku dengar suara dia dalam phone. Aku cakap pada dia aku rindu. Sangat sangat. Dia diam, tapi aku tahu dia terkejut. Dia minta kebenaran. “Saya nak balik jb jumpa awak boleh? Saya tahu saya dah balik semalam, tapi kalau takboleh tak apa”. Aku rasa macam kena penampar. Seorang suami mintak kebenaran isteri untuk jumpa isteri dia sendiri?

Air mata aku macam dah nak berderai. Bergenang. Aku cakap kat dia boleh, bawak isteri kedua sekali. Aku nak kenal. Dia diam. Lama. Aku panggil dia lagi sekali. Dia terus cakap yang dia ada kerja nak settle. Lepas habis kerja dia call balik. Dia letak phone. Aku tersenyum, kerja apa sayang? Awak kan dah tak kerja. Haih sayang sayang. Kenapa susah sangat sayang nak terus terang.

Lepas sejam, aku ws dia, aku tanya banyak lagi ke kerjanya? Lama jugak tunggu, baru dia reply dia cakap dia dah otw datang kat aku. Dah lama aku tak rasa feeling bunga bunga macam ni. Patutnya perjalanan ke rumah kami dari rumah bujang dia tu sejam je, tapi mungkin sebab dia nak bagi nampak realistik yang dia dari KL, dalam 3 jam baru dia sampai.

Aku dah siap tunggu depan gate, rindu sangat. Aku nampak dia keluar kereta terus aku peluk dia. Dulu kalau peluk, rasa padat je otot dia. Sekarang rasa macam peluk tulang hehe takpa tetap sayang. Aku cium pipi dia. Lama tak bau dia. Aku tahu dia mesti pelik. Tapi dia tak cakap apa apa. Dia macam dulu. Always macam dulu. Aku hidangkan dia makanan fav dia. Dia seronok sangat, non stop bersembang macam dulu dulu sambil makan.

Aku rindu suasana ni. Dia nampak excited sangat bercerita itu ini. Aku lebih kepada mendengar. Saja, rindu suara dia dan gelak tawa dia. Tiba tiba dia diam. Aku tanya kenapa? Dia jawab, dia takut. Dia takut aku buat baik dengan dia. Lah dah kenapa? Dia cakap dia takut kalau aku buat baik ni, sebab aku nak mintak dia lepaskan aku. Ya Allah, lagi sekali hati aku dihiris hiris. Sampai macam tu sekali dia takut. Kesian sayang. Mel mintak maaf.

Terus aku rasa macam nak jatuh, aku tanpa fikir panjang sujud cium kaki dia. Aku menangis semahu mahunya. Aku capai tangan dia, dia kaku. Mungkin terkejut dengan tindakan aku. Dia cuba tarik aku untuk bangun, gagal. dia tarik kaki dia tak bagi aku cium. Aku tahu dia tak larat nak tarik aku, dengan tenaga dia yang sekarang. Aku dongak pandang dia, mata dia bergenang.

Muka aku dah basah dengan air mata. Aku terus terang dengan dia sungguh sungguh apa yang aku tahu dan aku mintak maaf sungguh sungguh atas apa yang aku buat dulu. Dia terdiam. Aku takut dia tak maafkan aku. Dia bangun. Nampak sangat dia tak larat tapi dia cuba tarik aku berdiri dengan dia.

Dia peluk aku. Ya, memang itu cara dia dari dulu. Kalau kami bergaduh dulu pun, instead of dia tinggikan suara atau menjawab, dia akan peluk aku. Aku yang tembak dia selalu macam bertih jagung. Dia cakap, dia mintak maaf sebab rahsiakan perkara sebesar ni daripada aku, aku isteri aku ada hak untuk tahu. Dia menangis macam dia yang buat salah. Buat aku lagi rasa bersalah. Dia sambung lagi, dia cakap aku takpernah buat salah dengan dia, dan kalau ada pun, setiap hari dia maafkan.

Ya Allah, apa yang aku buat untuk terima lelaki sebaik ni?? Aku tak layak dengan dia ya Allah. Menggigil tangan aku menaip sekarang, teringat balik apa yang jadi malam tu. Aku berdosa, sangat berdosa. Perihal boyfriend aku, memang aku dah putuskan hubungan since aku tahu suami aku tak bersalah.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku dengan seorang hamba Allah ini ya Allah. Sesungguhnya aku takkan jumpa lelaki yang sebaik dia di dunia ni. Aku berjanji dengan nyawa aku sendiri, aku akan jaga dia sampai ke jannah. Akan aku belai, aku kasih sampai ke hujung nyawa aku. Aku cintakan suami aku sangat sangat. Terima kasih ya Allah atas peluang yang kau beri ni. Terima kasih penyumbang komen positif, saya akan ingat sampai mati. Doakan suami saya kuat, dan doakan supaya suami saya dapat lawan kanser ni. He deserves more than the world. InsyaaAllah tak lama lagi dia akan pindah ke rumah kami semula.

Dan aku akan pastikan aku ada di samping dia susah senang. Cuma nak ke hospital tu aku sakit hati sikit, sebab ada nurse nurse muda gedik semacam. Siap cakap takpernah tengok pesakit kanser muka manis ceria handsome. Heh, taktahula tu sebagai terapi orang kanser nak bagi aura positif ke apa. Sorry aku memang pantang sikit orang puji fizikal suami aku. Maybe dorang taktahu kot aku isteri dia, yela sebelum ni dia datang rawatan berbulan bulan sorang macam bujang. Haha, tapi Aku percaya suami aku 100%. Dia sayang aku, dia cinta aku sampai bila bila insyaaAllah. Suami aku pun takpernah tunjuk macam dia ada kanser, happy je.

Kepada yang ada keluarga pesakit kanser, stay strong. We’re all in this together! Terima kasih, doakan kami.

– Mel

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *