Assalamualaikum, terima kasih admin kalau luahan ni disiarkan, saya kenalkan diri sebagai ‘Merah’. Saya balu ada anak dua.
Berikutan ada luahan sebelum ini yang Merah kira lagi teruk kena dengan ibunya, (https://iiumc.com/kenapa-suka-susahkan-anak-perempuan/).
Saya juga ingin buat luahan untuk kelegaan diri semata-mata yang terbuku lama.
Mama saya dulu tak adalah garang sangat, cuma sejak usia meningkat ni, menjadi-jadi pulak.
Dulu masa Merah sebelum pergi sekolah nak exam percubaan spm, mama boleh cakap kata kakak awak boleh buat perangai macam tu,
Walaupun ada rupa, Merah, kamu tu tak ada rupa, kerja bagus-bagus nanti. Merah hanya mampu diam, tak nak menyerabutkan kepala.
Sekarang ni bila tumpang rumah mama bila dah suami meninggal 5 tahun lepas, rasa macam inilah ujian yang lagi besar dari kematian suami.
Sebabnya dulu bila kahwin, rasa bebas sangat sebab boleh duduk jauh dari mama. Bila jadi macam ni, kenalah hadap semua seperti belum bersuami.
Merah sayang mama, tiap kali mama kata get lost, memang meronta-ronta nak keluar dari rumah ni, bawak anak2 sebab kesalahan kecik saja pun contohnya terlewat beli ikan.
Mama duduklah dengan anak yang mama suka. Tapi bila fikir-fikir, Merah tak sampai hati tinggal mama. Merah tahu Merah bukan sempurna. Mesti ada yang terkurang.
Ada sekali tu, nampak mood mama elok, saja tanya, mama suka ke Merah duduk disini jaga mama. Terus mama cakap, tak tahulah. Merah tahu, jawapan bukan seperti yang Merah nak.
Tapi rasa ingin tahu isi hati mama. Lepas tu saya teruslah cakap, nanti mama duduklah dengan anak yang mama suka, mama diam saja.
Anak mama bukan yang terbaik, kerja pun biasa-biasa, belum rezeki kerja dengan taraf belajar. Hari-hari biasanya memang akan dengar luahan mama setiap kesalahan anak-anak yang lain.
Lepas tu mood kelaut, Merah yang kena walaupun kesalahan tu sikit sahaja. Contohnya kenapa masak tidak kena dilidah mama.
Mama kalau merajuk memang tak bercakaplah dengan Merah dan anak-anak panggil opah dia pun tidak dilayan.
Anak-anak lelaki mama yang buat salah, memang yang perempuanlah yang salah dan kena jadi galang ganti kena sampaikan pada anak-anak lelaki mama.
Tapi bila mama cakap dengan anak lelaki, lembut gigi dari lidah, bukan main lembut, kalau dengan Merah, kena tengking-tengking tu biasa dah walaupun benda kecil.
Merah tetap sayang mama, tapi bila jadi begitu, hilang semua kenangan manis dengan mama.
Ingat masa Merah sekolah rendah, tidur dalam kelambu sebab nyamuk banyak, biasa Merah tidur buas, terbuka sedikit kelambu, masuklah nyamuk,
Dicubitnya betis, ditamparnya muka masa Merah tidur sampai berdesing telinga. Bila jadi gitu memang tersedarlah, tapi Merah tak mampu cakap-cakap apa pun.
Banyak lagi yang berlaku, tambah hari-hari kena hadap sekarang, jadi macam rutin pula. Doakan Merah dapat kerja yang lagi baik, dengan harapan boleh beli rumah dan bawa mama sekali.
Semoga Merah dapat sabar dengan mama sampai bila-bila. Air mata jadi penenang sehari-hari.
Anak yang tidak seperti mama mahukan,
– Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit