Sayang Sama Jantina

Aku ni sekarang entahlah, tak tahu nak cakap macam mana tapi aku terkesan sangat. Manusia joy killer ni memang wujud. Terlalu suka menyibuk hal orang.

Aku seorang isteri, ibu kepada dua cahaya mata. Aku berkawan rapat dengan ‘lelaki’ tapi sebenarnya dia sama jantina dengan aku. Adakah itu salah.

Aku secara terangan tunjuk hubungan aku dengan si dia. Aku tak ada buat benda tak senonoh pun cuma aku ni sunyi dan dialah tempat aku mengadu dan menumpang kasih. Bersayang-sayangan secara terbuka.

Suami aku tak berapa kisah pasal aku, anak-anak pula tak rapat dengan aku. Masa aku sibuk nak jadi part time model, si dia bagi dorongan. Walaupun tak pernah berjaya, si dia selalu bagi aku semangat.

Si dia siap bergaduh dengan organizer yang reject aku secara terangan. Pernah hampir bertumbuk kerana mereka berterus terang cakap aku terlebih berat, peha besar, muka tak ada nilai komersial etc.

Si dia ni aku namakan dia sebagai RRI. RRI memang jejaka pujaan wanita, ramai tergilakan dia. RRI mengaku dekat aku masa awal kenal, gambar dia yang kelihatan seperti ‘sexiest man alive’ tu memang gambar rembat.

Aku tak kisah kerana dia begitu jujur mengaku dekat aku walaupun dekat luar dia adalah seorang wanita yang berbadan gempal dan pendek. Aku cuma perlukan perhatian jadi benda ‘catfish’ ni aku boleh tutup sebelah mata je.

Dengan gambar tu RRI menjadi pujaan ramai. Menjadi idola wanira terutama isteri orang yang kurang dapat perhatian suami macam aku.

RRI ni kelebihan dia, memang suka belanja orang. Dia memang sangat baik dan sweet. Memahami wanita walaupun kadang-kadang aku kesian juga dengan isteri orang yang jadi terlebih perasan bila jejaka sempurna serba serbi rapat dengan mereka.

Yelah, lumrah alam, walaupun ada tapi sangat jarang lelaki super perfect seperti RRI nak kawan rapat dengan makcik gedempol dekat fb ni melainkan dengan niat nak ‘lovescam’

Biasalah, bila benda yang ‘lain dari kebiasaan’, ramailah makhluk yang cemburu. Dengki dengan kami.

Sibuk nak viralkan perbuatan RRI, nak mengadu dekat suami aku benda aku buat dekat fb. Padahal aku tak ada buat benda salah. Takat berkawan dengan sama jantina yang berpewatakan seperti lelaki je.

Satu je nak cakap, tak boleh ke jangan kacau hidup kami. Manusia kaki dengki ni memang tak boleh tengok orang senang.

– LARA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *