Ehem..bismillahirahmanirahim..
Aku perempuan, 24, anak kampung yang belajar di pinggir kota. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah bukan apa yang aku alami..tapi apa yang aku lihat..
Aku tidak pernah menidakkan kasih sayang ibu bapa kepada anak anak..tidak sama sekali, kerana apa? Kerana aku tahu setiap keputusan, setiap perkara, setiap kehendak ibu bapa itu adalah keputusan yang paling baik dan berkat untuk anak anak. Sebagai ibu bapa mereka pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka.
Ingin aku ceritakan mengenai apa yang aku lihat, aku ada seorang sahabat, F nama dia..dia boleh dikatakan seorang yang sederhana, anak seorang guru, pandai dan baik akhlaknya..si F ni aku boleh kategorikan sebagai anak emas yang di tatang bagai minyak yang penuh dan manja. Tapi apa yang aku lihat dan perhatikan..ibu si F ni terlalu mengongkong kehidupan anak sehingga si F ni xboleh nak join persatuan sebab nak suruh belajar je, xboleh nak keluar makan dengan kawan perempuan sebab nanti balik lewat, xboleh nak balik kampung naik bas n train sorang sorang sebab bahaya.. ye aku tau semua sebab tu munasabah..tapi aku sendiri tengok si F ni..die sebenarnya stress,sebab dia xdapat buat apa yang dia nak dan dia suka sebab kena dengar cakap mak ayah die..dia pulak jenis yang xreti membantah dan ikut jek semua..sampai satu tahap..aku tau dia menangis sebab terlalu stress,semua benda yang dia nak buat xboleh,sampai die ni xreti berdikari langsung..langsung okey..nak buat itu xtau,nak buat ini xtau..padahal semua benda tu benda teknikal jek.. aku sebagai kwan dia..aku tunjuk la yang mana aku tau..kadang kadang aku simpati..sebab kan ibu dia kongkong dia macam tu,sampai dia xdapat nak buat keputusan sendiri..semua benda kena tanya orang, semua benda kena tanya mak walaupun benda tu boleh buat sendiri..
ermm..apa yang aku nak tekan kan dekat sini, sebagai ibu bapa tolong la jangan terlalu kongkong anak sampai dia xreti berdikari..setiap anak ada hak sendiri untuk buat keputusan, utk tentukan jalan hidup sendiri..bukan bermaksud semua sendiri sampai abaikan ibu bapa..tak,dengan kawalan ibu bapa lah.. bukan sebab apa..jiwa remaja ni jiwa memberontak..jangan sampai anak anak memberontak dengan tindakan ibu bapa..nanti yang disalahkan bukan diri sendiri yang mengongkong..tapi kawan kawan sebab katanya pengaruh rakan sebaya..
bukan apa..banyak dah yang aku tengok, bila dikongkong,,diorang lagi memberontak..itu yang jadinya kes lari rumah, menipu, depan ibu baik..blkg ibu lari ikut jantan.. sayang boleh sayang, jangan sampai sayang tu boleh binasakan hidup seorang anak, jangan sampai sayang tu boleh sekat kebebasan anak..
Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga sederhana yang mak ayah aku xpernah halang apa yang aku nak buat, x pernah halang aku nak corak kehidupan hidup aku..dan kini aku juga berjaya, aku dapat buat semua yang aku nak.. semoga apa yang aku kongsikan dapat membuka sedikit mata mata ibu bapa di luar sana untuk memberi sedikit ruang untuk anak anak memilih jalan hidup yang dia nak..sebab indahnya kehidupan adalah bila kita dapat membahagiakan keluarga kita sendiri.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca coretan yang tidak seberapa ni.
Anak emas mak
– anak emas mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit