Hai Assalamualaikum semua! Aku tak pandai nak bermadah madah sebelum start cerita. So aku akan cerita terus hal yang terjadi pada diri aku sendiri. Bismillah.. harap dengan cerita aku ni sedikit sebanyak akan legakan hati aku dan redha segalanya.
Aku seorang surirumah, isteri dan mempunyai seorang anak umur setahun. Aku berkahwin tahun 2017. Dikurniakan anak pada 2018 syukur alhamdulillah atas rezeki ni.
Cerita bermula pada awal perkenalan aku dah husband aku. Awal tahun 2014 masa tu kami masih berkawan. Sebab dia masih berpunya masa tu. Tp dia keep approach aku dalam masa sama aku tak layan sebab dia dah ada gf dan aku terus block. Sebab aku ta knak dia kacau aku lagi. Nanti aku jadi punca dorang putus.. sudah tiada lagi gangguan dia phone mahupun di social media.
Hujung tahun 2015 dia muncul balik mencari aku ditempat kerja. Alangkah terkejutnya aku bila dia datang dan aku cepat-cepat mahu melarikan diri. Tapi dia mintak untuk bersembang dengan aku sekejap. Dan minta maaf apa yang terjadi sebelum ni. Dia memberitahu aku bahawa dia sudah putus dengan gf dia yang dulu bernama SYU. Dan tiba2 teringat aku. Terus mencari aku dan baru sekarang jumpa.
Aku pun terima dia kembali menjadi kawan aku dan aku nampak kesungguhan dia untuk menjadi kawan aku dan menjadikan lebih serious. Biasalah orang perempuan. Asal jumpa laki yang baik nampak effort terus cair. Aku pun terus minta dia untuk masuk meminang aku kalau dia betul serious. Dan pada tahun 2016 kami bertunang.
Dalam fasa pertunangan aku diuji dengan orang ketiga. Iaitu ex gf dia, SYU. Dia menghubungi SYU semula tanpa pengetahuan aku. Dan aku sendiri dpt syak lepas aku check phone dia untuk pertama kali. Berbalah kami masa tu dan dia mintak maaf, bersumpah, menangis tidak akan buat lagi. Maka aku pun maafkan.. dan kami anggap ni ujian oraang bertunang.
2017 kami selamat bernikah. Syukur. Dan awal perkahwinan aku sekali lagi diuji dengan orang bernama SYU. Sekali lagi suami aku contact. Patah hati aku sedangkan kami baru beberap hari berkahwin. Inai di jari masih merah.
Oh ya SYU tahu yang kami dah berkahwin dan dia masih layan suami aku jika mereka contact. Aku tak sangka kedua duanya masih belum move on. Bila suami dah kantoi gelabah minta maaf pada aku. Dan aku anggap ini semua dugaan untuk aku. Aku mintak berubah dan dia janji akan berubah. Dan kami teruskan hidup seperti biasa. Dan aku mahu jadikan isteri yang terbaik untuknya.
Apa segala yang aku buatt cuma aku fikirkan dia sahaja. Memang aku layan suami aku tip top A+. Aku bukan tiada rupa. Malah aku digilai oleh ramai orang2 kerjanya besar. Pilot, docter, lawyer semua pernah cuba untuk pikat aku. Tapi aku hanya memilih suami aku yang kerjanya biasa sahaja. Tak ada sales tak ada lah gaji.
Pernah 2 bulan dia tak ada sales. Aku tak pernah merungut. Tak pernah minta duit nafkah dan belanja sebab aku tahu dia tak ada duit. Makan pun ala kadar. Aku tetap bersyukur dengan semua tu. Asalkan suami aku sayang setia dan jaga aku sebaiknya. Kami hidup bahagia sangat masa tu. Dah tak da masalah yang bukan2.
Hujung tahun 2017 aku disahkan mengandung 2 bulan. Kami sangat happy dengan rezeki Tuhan bagi. Selepas aku disahkan pregnant. Rezeki suami aku melimpah ruah lepas tu. Syukur sangat. Namun masa 5 bulan kandungan suami aku buat balik perangai contact SYU.
Rebah aku ke lantai bila bahagia yang datang cuma sekejap. Aku tahan air mata aku demi anak yang aku kandung. Aku kuat demi anak yang aku kandung. Aku tak nak stress. Kami bergaduh sekejap dan aku cuba memaafkan dia sekali lagi. Emosi ibu mengandung sangat lah rapuh.
Walaupun aku kuat di depan dia tapi malam2 air mata aku tetap mengalir mengenangkan apa yang terjadi. Walaupun dia menangis minta maaf aku maafkan tapi hati aku kosong. Aku masih layan dan turuti apa saja kemahuan dia. Syurga aku dengannya. Moga Allah Swt mudahkan…
Tiba sahaja saat aku melahirkan.. Allahuakbar.. Allah sangat mudahkan segala urusan aku. Terlalu mudah. Anak aku juga anak yang sangat baik dan mudah dijaga. Terima kasih ya Allah. Kami bahagia bersama selepas kehadiran cahaya mata pertama kami.
Tapi kebahagian aku hanya sekejap sahaja. Suami aku buat hal yang sama semasa anak kami 6 bulan.. sedih yang tak dapat diungkap. Aku terlampau memendam perasaan sehingga kan aku jadi depression. Sifat ingin bunuh diri datang. Rasa tak nak hidup. Sentiasa jantung laju sangat.
Terlampau memendam rasa seorang diri tanpa ada satu pun ahli keluarga tahu sebab aku taknak malukan suami aku sampai aku sendiri makan diri sendiri. I am not being me anymore. Aku jadi seorang yang suka marah2. Cepat naik angin. Hal anak buat hal pun aku cepat marah. Suami aku macam biasalah minta maaf, menangis melutut. Aku pun dah terbiasa dan maafkan.
Aku cuma pikir anak aku je aku maafkan. Lepas pada tu laki aku diuji dengan kewangan. Aku gadaikan barang2 emas aku untuk settlekan masalah dia. Kadang aku terpikir. Kenapa aku sayang sangat pada dia sampai aku sendiri tergadai.
Oleh sebab aku perasan akan perubahan diri aku dan tak nak anak aku jadi mangsa aku ceritakan semua yang terjadi pada mertua aku. Time tu aku tak kisah kalau mak mertua tak caya aku and cayakan anak dia. Tapi syukur mak mertua menyebelahi aku. Dan dia bagiwarning laki aku.
Laki aku janji depan mak dia yang dia tak buat hal lagi dah tapi aku tak tahulah nak caya ke tak sebab dah banyak kali kan.. Aku memang sayang suami aku, sayang rumahtangga ni dan aku harap dia berubah tapi aku buntu… jalan apa yang terbaik untuk aku dan anak?
– Kie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit