Hai, Assalamualaikum semua. Aku tulis ini hanya untuk meluah.
Aku sudah masuk 6 tahun dalam dunia perkahwinan ini.
Suami aku seorang yang baik, bertanggungjawab tetapi dia sangat mementingkan kesempurnaan dan “uptight” sampai aku rasa lemas dan nak termuntah.
Aku seorang yang jiwa “carefree”, jadi memang sesuai la kahwin dengan orang uptight kan? Tapi janganlah setiap momen dalam kehidupan ini nak matikan dengan perangai uptight itu.
Contohnya, kalau aku berbasikal dengan anak aku, kami gembira dan seronok.
Tetapi kalau dengan suami aku, banyak sangat pantang larangnya, kaki nak letak dekat pedal pun ada caranya. Pegang handle basikal tak boleh begitu, kena begini.
Sampai aku jadi rimas kalau nak lakukan aktiviti apa-apa dengan suami aku, dia suka matikan perasaan seronok aku.
Pokoknya, segala yang dilakukan itu mesti “by book”. Stress tahu tak ? Hidup ini bukan rigid.
Baru-baru ini, aku tengok gambar-gambar lama semasa aku sedang belajar dan belum berkahwin, muka aku berseri, ceria. Tak seperti sekarang, kusam, muka stress sahaja. Menitis air mata aku.
Bila aku cerita dekat suami aku apa yang aku rasa dan tunjuk video lama dan gambar lama aku dekat dia sambil bergenang air mata ini, dia boleh cakap aku macam ini sebab perubahan hormon dan sebab nak datang bulan.
Tak ke aku rasa nak naik angin?
Lama-lama aku rasa menyampah nak cerita apa-apa dekat suami aku. Kalau aku pakai skincare, dia kata buang masa.
Entahlah, kalau mencarut dekat suami itu tak berdosa, dah lama aku carutkan dia.
Aku perasan juga, suami aku ini kurang sikit rasa sentimental dan emotional attachment. Berbeza dengan aku yang hati mudah tersentuh.
Aku sayang suami aku tapi aku rindu juga diri aku yang lama. Diri aku yang ceria.
– Rosie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dia jd penat dgn malas tu sebab kau pendam sis. Aku tak suruh kau menjawab dgn kurang ajar.. tapi jawab mcm biasa biar point kau sampai dlm kepala laki kau tu. Contoh dia cakap buang masa pakai skincare. Kau jawab balik. Saya nak kulit muka mcm muda2 dulu. Tak suka yg sekarang kusam gelap. Cantik untuk suami jugak kan? Kau clear cut terus situ. Puas hati kan?
Anak nak naik basikal banyak sgt SOP dia. Kau biar je dia explain smpai habis lepas tu kau biar je anak explore. Dia bising kau ckp je lah anak tgh fasa nak explore biar la dia. Dah dia bnyk bunyi sgt biar je dia tengok anak tu smpai habis.
Lepas ni jgn pendam. Bagitau. Laki aku pun bnyk bunyi kalau p cuba kedai mkn baru. Lagi2 kalau tak kena dgn tekak pantai timur dia. Dok banding2 dgn tempat dia. Awal2 aku diam. Lama2 aku bunyi jgk. Boleh tak diam je. Naik meluat dok komen. Makan pun dah tak de mood. Nak gaduh pun gaduh la. Aku peduli apa dah. Semedang aku je nak jaga mood dia.