Sayang, Tapi Terpaksa Lepaskan Dia

Assalammualaikum semua. Aku memilih untuk berkahwin pada usia 29 tahun, perkenalan aku dengan isteri boleh di katakan 8 tahun sebelum kami berkahwin dan hubungan sekadar kawan.

Dalam 8 tahun itu isteri aku mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan suami pertamanya dan berakhir dengan penceraian kerana isteriku tidak mahu bersama dengan bekas suaminya yang seorang penagih dadah dan tak bekerja.

Selepas 8 tahun, kami selalu berhubung dan berjumpa, dalam tempoh 3 bulan kami bercinta dan 5 bulan kemudiannya kami ingin melangsungkan perkahwinan.

Aku terima dia dan anaknya seikhlas hati, aku tak tahu keputusan yang ku sangka kan indah untuk ku tapi cuma imaginasi semata.

Kami berkahwin sebulan sebelum berlaku virus corona, selepas negara kita melanda PKP, aku kehilangan kerja sementara isteriku bekerja di negara jiran singapura, tapi isteriku masuk ke sana selepas 7 bulan PKP si laksanakan.

Dalam masa 7 bulan kami dapat bersama dan bersua muka tanpa berpisah walaupan seminit pun, pada waktu itu juga kami mengalami masalah kewangan kerana duit habis untuk perkahwinan dan membayar hutang dan bil2 masa pkp,

Aku masih tidak dapat kerja masa tu dan kami ada juga meniaga kuih dan kek, di sebabkan untung niaga tidak cukup untuk kami,

Isteri aku meminta izin untuk bekerja semula singapore sebab dia masih boleh bekerja di tempat lamanya walaupun kurang bersetuju kerana dia akan tinggal di sana.

Tapi aku terpaksa juga setuju, memandangkan aku masih belum dapat sebarang pekerjaan walaupun aku tidak memilih pun pekerjaan masa itu.

Sepanjang isteriku disana kami selalu video call, tapi aku tidak pernah mengonkong dia dan percaya dengan isteriku.

3 bulan selepas isteriku masuk singapore, aku akhirnya dapat pekerjaan sebagai security guard, walaupun gaji aku rendah dari isteriku, aku tetap bersyukur sebab dapat jalankan kewajipan aku sebagai seorang suami.

Keindahan perkahwinan kami berakhir bila isteriku tersalah send whatsapp dekat aku, semasa aku habis kerja nak balik, isteriku juga habis kerja pada masa yang sama.

Dia kata dekat aku “saya sudah naik bas, kepala saya pening tapi nak pergi makan dulu dengan kawan perempuan nya”.

Aku pun reply menyuruh dia lepas balik dari makan pergi mandi kemudian tidur, belum sempat aku nak drive balik ke rumah, masuk 1 notification whatsapp dari isteriku, “honda grey silver”.

Aku pon bertanya “apa yang honda grey silvernya? Nama kedai makan ke?” Soalan bodoh juga yang aku bertanya, balas isteriku “tak lah, saya dah naik kereta grab ni”.

Aku jadi hairan bukan ke dia cakap dah naik bas tadi, aku pun call tapi tak di angkat, whatsapp pun tak di balas. Sampai la ke subuh baru dia reply, katanya “sorry saya balik terus tidur mati”, agak biadap penipuan dia itu.

Aku memaksa untuk dia beritahu hal yang sebenar walaupun dia berkali2 tak nak mengaku, akhirnya dia kata yang dia keluar dengan kawan lelaki pergi memancing.

Dia sebenarnya nak beritahu dekat lelaki tu yang dia naik kereta grab “honda silver grey” tu, tapi Allah punya kuasa terhantar dekat aku.

Adakah benar kata2 isteriku itu?

– Zain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *