Sayangi Diri Sendiri

Assalamualaikum semua. Umur aku memang dah kategori patut ada calon dan berkahwin, 26 tahun. Ada beberapa perkara yang berlaku yang buatkan aku nak share pendapat. Aku mempunyai anxiety dan masih dirawat oleh doktor. Tapi alhamdulillah aku cuba control emosi dan anxiety aku dengan cara mendekatkan diri dengan Allah walaupun diberi antidepressants.

Dulu, aku mempunyai seorang teman lelaki. Kami berkawan selama 6 tahun dan akhirnya terputus ditengah jalan. Pada masa itu, aku sangat tertekan sehingga menangis setiap hari. Aku memang jauh dengan Allah. Selama tiga bulan aku rasa nak rosakkan diri sendiri, rasa tak mahu hidup lagi. Aku mengamuk membaling barang. Nadiku laju. Namun, aku tidak tunjuk perkara ni depan rakan-rakan ku. Hanya bila aku bersendirian.

Kemudian, rakan-rakan ku ( N, P, B, F) tau masalah aku dan seorang rakanku R cuba membantu dengan mengenalkan seorang lelaki kepada ku. Kami pun berhubung atas dasar kawan pada mulanya. Dalam tempoh sebulan lelaki ini telah menyatakan pelbagai perasaannya terhadap ku. Aku masih melayan dia sebagai seorang kawan. Aku percaya jika dia jodohku dia akan berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Sehingga pada satu hari, R tanya kenapa aku anggap dia sebagai kawan lagi sedangkan lelaki tersebut mengharapkan lebih dari ku.

Namun, aku masih tidak menunjukkan apa-apa perasaan kepada lelaki tersebut. Lelaki itu, suka memberi nasihat kepada ku agar jaga agama, jaga aurat dan sebagainya. Aku terima nasihatnya dengan hati terbuka dan mula dekat dengan Allah. Mungkin ini yang dikatakan Hidayah? Wallahualam. Aku semakin kurang berhubung dengan dia kecuali tentang beberapa perkara.

Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut langsung tidak menghubungi ku dan dia menyatakan bahawa dia sudah jumpa perempuan yang lagi baik dan dia tidak mahu lagi berhubung denganku. Pada ketika itu, hati ku luluh buat kali kedua. Aku mula hilang percaya kepada lelaki. Menabur kata-kata manis, janji palsu kemudian pergi meninggalkan begitu saja. Masalah anxiety aku datang, nadiku sangat laju. Tapi kali ini aku tidak lagi mengamuk seperti dahulu. Aku terus mengambil wuduk dan memohon ampun kepada Allah. Aku baca Al quran. Alhamdulillah aku tenang. Aku anggap ini ada lah ujian Allah. Aku masih tenang.

Kemudian, aku diuji dengan sikap rakan-rakan ku pula. N, P, B, F merupakan orang yang bekerja sama tempat denganku cuma N di department lain. P ialah housemate aku. Manakala N, B dan F dirumah yang lain. Sikap mereka adalah semuanya suka bergossip atau orang sekarang kata membawang. Tahap membawang adalah sangat teruk sehingga potongan rambut pihak atasan yang mereka tidak suka pun menjadi topik perbualan. Namun aku tidak suka sertai perbualan mereka jika ia ke arah mengutuk orang. Aku akan ke tempat lain. Masa tu aku tau mereka kata aku tak “chill” kerana tak boleh join perbualan sebegini.

Satu hari N mula menumpang di rumah sewaktu kerana malas hendak balik kerumahnya. Dua bulan kemudian aku tidak puas hati dengan kebersihan yang ditunjukkan oleh dia. Bilik bersepah baju dicampak merata dan sebagainya. Lalu aku tegur dengan baik. “Ni dah pakai kemas lah balik, jom nanti kita bersihkan rumah sama-sama.” Tapi dia mula tarik muka. Kemudian, N pernah mengajak kami untuk ke sebuah restoran. Tapi harganya sangat mahal dan hujung bulan biasanya duit kering. Jadi aku menolak ajakkannya dengan baik. Tapi apa yang aku dapat ialah.” Hang ni duit takdak mintak lah mak pak hang, depa keja lagi kan”. Aku masih menolak pelawaannya itu.

Balik daripada makan, P berkata kau tolak tak mahu pergi makan tadi kan N kata lepasni baik tak payah ajak kau pergi mana-mana. Malam tu jugak N amik barangnya dan keluar dari rumah ku. Seterusnya, pada satu hari kami memesan lunch delivery di office. Dia yang beria hendak buat pesanan tu tapi untuk mencukupkan minimum delivery P, BF dan saya turut membuat pesanan (sebab ada je kafe terdekat) . Jadi bila pesanan sudah sampai, dia tanya lah ada sesiapa yang boleh ambilkan. Pada masa tu saya tengah menyiapkan fail untuk dihantar kepada bos. N datang ke department aku dan lepak dengan P.

Mereka hanya duduk santai berbual di pantry. N pun berjumpa denganku dan menyuruhku untuk ambil makan di bawah. Aku dah bagitau aku ada kerja dan menyuruh dirinya atau pun P. Tapi dia jawab mereka berdua penat. Aku pun turun bawah dan ambil jela malas nak buat akak delivery tu tunggu lama. Kemudian sewaktu aku naik dan bagi makanan, tiba-tiba N suruh aku turun balik dan mengambil barangnya sekali lagi (dia buat pesanan lain). Aku menegaskan aku ingin menyiapkan kerja dan taknak turun ambil. Bukan apa pada waktu itu mereka tidak buat apa pun.

Sejak dari tu N tak puas hati dengan aku dan mula menghasut P, B dan F untuk menjauhi aku. Aku nampak P, B dan F rasa bersalah kerana mereka ada menegurku juga Namun bila tiada N di situ. Aku masih bersabar. Tapi satu hari ada office mate lelaki tegur. “kau ada masalah dengan kawan-kawan kau kan. Kalau buat salah minta maaf lah.” aku rasa tak puas hati kenapa lah cerita kecil nak dibesarkan sebegitu. Untuk menebalkan kesabaran, aku baca quran pada waktu lapang ketika bekerja. Aku di anggap poyo kerana acah-acah dan baca quran dan solat ketika waktu tersebut. Aku tahu siapa yang menyebarkan beria tersebut Namun aku tidak mahu menuduh.

2 perkara ni membuatkan aku terfikir adakah ini ujian dari Allah untuk aku berubah? Adakah ini salah satu ujian Allah? Aku buntu, aku mengalami masalah tidak percaya lelaki dan adakah pada masa yang sama kawan juga hilang dan membuatkan aku tak percaya kan rakan langsung. Masalah anxiety aku alhamdulillah dapat aku atasi. Namun bagai mana dengan persahabatan? Bagaimana isu kepercayaan dapat diselesaikan? Aku hanya ada family aku sekarang ni. Tu pun jauh. Di sini aku keseorangan. Tiada rakan rapat lagi untuk meminta bantuan kerana semua memulaukan aku. Tu je buat masa sekarang.

Tolong bagi kata-kata semangat untuk saya bangkit dan terus kan hidup walaupun berseorangan. Terima kasih.

– Cika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *