Sejak beberapa hari ibu ayah tak ceria seperti selalu. Wajah mereka seolah macam ada yang tak kena. Aku perasan. Tapi aku diamkan. Mungkin tak sihat barangkali. Iye la ayah aku sakit gout bila menyerang sakit ye sampai tak boleh berjalan.
Ibu baru balik meniaga. Penuh keringat di wajah ye. Dilapkan wajah menggunakkan kain tudung ye. Masuk ke dalam bilik ye dia duduk sebentar kemudian dia baring di lantai dalam bilik. Aku melangkah masuk ke dalam bilik ibu.
“Ibu macam mana meniaga hari ini?” Tanya ku. Ibu jawab ” Alhamdulilah. Lauk semua habis. Tinggal sikit2 je balance.” Muka menunjukkan reaksi sedikit gembira. “Syukur Alhamdulilah” jawab ku. Tapi aku lihat wajah sugul kembali sambil menatap telefon bimbit. “Kenapa ibu? Asyik tengok telefon itu? Macam tak berapa happy?” Ibu pandang aku sekilas. “Alang ada call kakak tak? Whatsapp ker apa ker?” Oh rupa ini yang buat dia tak ceria sejak balik tadi. Mana tak ye. Selalu kalau balik. Mesti main kejap dengan cucu dibelai2 anak aku baru masuk bilik. Aku pun jawab “tak ada pun ibu. Kenapa ibu?” Ibu melepaskan keluh ye. Aku tahu dia rindu anak ye no 3. “Bukan apa,ibu tunggu juga dia call or whatsapp. Tak ada pun. Tak kan tak ada kredit nak call ibu” aku tak mau keruh keadaan. “Dia busy kot ibu. Alah. Nanti akak whatsapp dia ok.” Ibu pintas kata aku “tak payah la kak. Kalau anak ingat kat orang tua tak payah ada yang mengingatkan baru nak buat.” Rajuk hati ibu.
Aku pun keluar bilik disebabkan anak aku dah merengek minta susu. Hati aku serba salah apakah perlu aku beritahu alang. Iye sejak alang berkahwin alang langsung berubah. Iye aku tahu ada sebab kenapa alang jadi macam itu. Dia terasa hati dengan ibu ayah. Tapi apa yang alang buat itu salah. Takkan ibu ayah nak pertahankan kesalahan yang dia lakukkan. Alang tak tahu dia rupakan anak paling manja dengan ibu ayah tapi sejak kejadiaan hari itu dia berubah sekelip mata hanya kerana CINTA terhadap manusia.
Ibu memanggil aku. Sediakan makanan untuk ayah. Lepas maghrib ayah nak makan. Dan aku pun memanaskkan lauk yang berbaki di kedai ibu. Goreng telur dadar untuk menambahkan lauk untuk kami berempat makan nanti.
Vrroomm..vrroomm.. Bunyi motor ayah masuk dalam perkarangan rumah. Ayah pun masuk dan menyambut aku ye dia di muka pintu. “Macam mana kebun ok?” Raut muka penat kelihatan. Sambil mengeluarkan parang serta botol air dalam bakul motor. Ayah kata “Alhamdulilah,nenas tinggal tunggu hasil je” dia sambung lagi “kak,abang cik ko ada call ker?” Ah sudah. Tadi ibu tanya alang ayah pulak tanya pasal abang cik. Aku termangu2 nak jawab manakan tak ayah memandang tepat kat arah aku. “Tak pun ayah. Hari itu ada la. Tanya pasal surat dari bank. Itu je” ayah kelihatan tenang tapi sedikit hampa. Aku sambung bertanya “Kenapa ayah? Cari abang cik?” Dia kata “tak ada apa. Saja je tanya”
Selesaikan makan malam aku pun mengemas sambil suami aku membasuh pinggan. Ayah buka mulut “kak, abang cik marah dengan ayah ker? Kenapa dia tak balik?” Aduii aku berkira nak jawab soalan ayah. Aku kata ” eh,tak la. Mungkin dia sibuk kot.” Ayah pun menangguk perlahan2. “Abang cik, ada je tak puas hati. Ayah dah bagi dia duit untuk kes di mahkamah hari itu tetap juga ayah salah. Ayah ini dah tua. Kebun lagi nak kena jaga. Masalah dengan pekerja lagi tapi anak2 tak ada seorang pun anak lelaki ayah tanya khabar. Apa yang ayah usahakan sekarang ini untuk kesenangan kamu semua” panjang kata2 ye.
Ibu sambung “alang pun gitu juga, ibu tegur tapi dia kata ibu benci dia. Ibu nasihat dia cakap ibu tak pernah faham dia. Apa lagi kamu semua nak? Bila tiada duit korang cari ibu ayah. Tapi masing2 dah senang nak call pun payah.” Aku pun kata “mungkin busy kot ibu ayah.” Ibu memandang aku. “Kakak,alang itu tak kerja busy apa ye. Ibu pulak nak mengalah call anak2. Kalau iye marah dengan ayah ibu. Cuba muhasabah diri itu. Salah ker ibu ayah tegur. Masing2 dah besar panjang. Ibu pergi rumah abang cik hari itu langsung tak pandang dan salam tangan ibu ini. Apakah hina sangat ibu ayah ini.” Ayah sambung “anak buat silap ibu ayah disalahkan ye. Ibu ayah cuba bagi terbaik untuk korang semua.” Ibu pun sambung “Ibu kalau boleh tak nak menangis sebab anak2 nanti tak bau syurga.” Teresak2 ibu menangis. Aku hanya mampu mendengar luahan mereka.
Wahai anak2 sekalian jika anda terasa apa ibu ayah lakukan pada anda. Pandang la dari sudut positif ingat la kita berjaya hari ni adalah dari doa mereka. Mungkin juga mereka ada melukakan hati kita sekarang tapi ingatlah mereka tak jemu menjaga kita daripada kita dari kecil hingga dewasa. Dan sehingga kini mereka tetap memikirkan mengenai kita. Jika mereka sudah tiada nanti. Harta yang ditinggalkan untuk kesenangan anak2 agar tak merasa susah kemudian hari. Apalah sangat dengan 1 panggilan telefon untuk tanya khabar mereka. Jangan la kita menyesal jika malaikat maut bertandang menjemput ibu ayah kita. Dan ketika itu penyesalan yang tak terhingga. Jenguk la mereka ketika masih hidup. Ingat la 1 jika mereka bersusah payah untuk kita kenapa kita tak bersusah payah demi mereka.
~Atika Omar~
– Atika Omar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit