Saya nk confess tentang hidup saya. Saya dapati hidup saya sangat gembira apabil saya sayangi orang di sekeliling saya. Saya seorang ibu isteri dan wanita yang bekerja. Konsep hidup saya mudah, jika saya sayangi orang disekeliling saya, aura positif ada dalam diri saya. Saya memang agak berhati hati untuk menjadi rapat dengan rakan sekeliling kerana pengalaman pahit ditikam belakang, diaibkan, dijaja cerita, diumpat. Oleh yang demikian, saya hanya rapat dengan ahli keluarga, suami dan anak-anak. Kasih sayang saya pada mereka tidak berbelah bahagi. Apa sahaja yang saya mampu akan saya lakukan untuk mereka. Hubungan saya dengan rakan-rakan sepejabat atau rakan seangkatan, hanya sebatas kerja tanpa feeling attachment, no sharing problems and emotion sejak kena tikam belakang dengan rakan yang saya sangat percaya. Sejak insiden saya ditikam belakang, saya jadi paranoia untuk bersahabat. Saya tidak lagi menegur sapa dengan rakan tersebut dan hanya bercakap jika perlu soal kerja. Saya akui dia rasa bersalah dengan saya tapi saya enggan lagi mempunyai feeling attachement atau friend connection dengan rakan tersebut. Saya hanya isikan masa pejabat dengan bekerja dan sekali sekala bergurau dengan kakitangan di bawah seliaan saya.
Bagi saya, sekiranya ada musibah yang terjadi pada saya, ahli keluarga ada yang akan membantu saya. Oleh yang demikian saya melimpahkan kasih sayang yang banyak pada suami anak anak ibu adik beradik dan seluruh sanak saudara saya.
Saya akui saya mempunyai banyak musuh kerana etika kerja saya yang sangat tegas dan teliti dan saya di sayangi oleh superior saya diperingkat atasan. Rakan yang menikam belakang saya tidak senang dengan kedudukan saya di pejabat sedangkan saya tidak meminta untuk diletakkan diposisi tersebut. Pada saya dimana mana pun bekerja sama sahaja.
Kadang-kadang saya rasa ingin menukar haluan kerjaya. Akan tetapi saya sayang profession saya ketika ini kerana saya amat meminatinya. Saya pernah berkongsi cerita dengan sahabat baik saya dari unversiti dan dia memberi pandangan, dimana mana tempat bekerja sama sahaja cabarannya. Oleh demikian dia minta saya bertahan dan abaikan saya manusia manusia yang tidak senang dengan kedudukan saya. Dia lah satu satunya rakan yang saya percaya dari zaman universiti. Kami berkongsi situasi yang sama iaitu dipandang rendah dan disisih oleh rakan sekelas semasa universiti. Dengan dipandang rendah oleh rakan sekelas di universiti, saya kini sebaris dengan rakan sekelas dalam bidang saya ceburi. Saya percaya, dengan dihina, dipandang rendah, kita perlu ambil sisi positif untuk kehadapan. Pengalaman pahit inilah yang saya pegang dan menjadikan saya sangat positif dengan apa jua keadaan saya.
– lily
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit