Nama aku hannah. Suamiku bekerja di terengganu. Kami berasal dari selatan tanah air.
1. Peluang pekerjaan
Awal perkahwinan kami menetap di Dungun, peluang pekerjaan untuk siswazah baru dalam bidang sains terutama kimia, biologi, fizik, sangat terhad dan tiada. Kawasan terdekat, tiada industri lain melainkan Petronas. Ok mungkin pekerjaan lain seperti di fast food ada kekosongan tapi aku tidak terdesak untuk bekerja dan ya agak memilih.
2. Hospital besar kerajaan
Tak lama kemudian aku disahkan mengandung dan mengalami alahan yang sgt teruk sepanjang kehamilan, aku lupakan niat untuk bekerja. Sepanjang kehamilan aku pergi check-up di klinik desa nurse-nurse terengganu memang cukup peramah. Sikap peramah warga terengganu mmg wajar dipuji. Cume maafkan aku kadang-kadang tidak memahami loghat terengganu kalau bercakap terlalu laju. Hospital dungun terlalu sedih untuk aku gambarkan. Sgt kecil. Lebih kurang klinik kesihatan setingkat dan uzur. Hospital dungun baru didalam pembinaan dah berapa tahun lamanya. Mungkin dah nak siap.
3. Shopping mall /tempat jalan2
Sepanjang duduk di dungun kami berasa sgt bosan. Hendak berjalan kemana memang tiada idea. Dungun ke Mesra Mall hampir 1 jam. Satu satunya shopping mall di terengganu waktu itu. Mesra Mall juga sgt menghampakan. Aku dan suami mati kutu. Jika hendak mencari barang juga sangat susah. Kebanyakan barang memang susah nak cari. Tiada tesco, jusco, econsave. Ok aku tidak bercakp mengenai Kelantan di mana orang Terengganu juga mengakui kelantan jauh lebih baik mempunyai bandar yg lebih terancang dan dasar ekonomi yg tidak tertutup,maka wujudlah “aeon jusco” dan shopping mall lainnya. barang juga tidak terlalu susah untuk dicari. Korang mesti fikir kenapa tak jalan2 dipantai? Yaaa kami berjalan juga ke pantai, tak smpai seminit dua kami balik.
4. Harga barang pasar
Pergi ke pasar dungun masyaallah harga cekik darah. Aku tak pernah terfikir pun susah untuk hidup di pantai timur. Mungkin darah masih muda dan kami berasa lain dgn kehidupan di kawasan pantai timur. Pasar pagi kerteh pun boleh tahan .sayuran sgt mahal. Kalau tak tanya harga dulu dia punya kira congak tak pakai kalkulator tiba2 rm25 satu plastik.
5. Ketidak-stabilan politik
Ketidak-stabilan politik dikatakan menjadi punca kemundurun negeri ini. Rata2 warga terengganu juga mengatakan jika suatu projek itu dibawah pemerintahan pihak a, dan penggal seterusnya dipegang tampok pemerintahan b maka, projek akan terbengkalai, investor luar pun takut untuk melabur di sini. Maka tiadalah industri lain yg berani menapak disini. Begitu juga dgn shopping mall. Aeon jusco kecik atleast pun tak ade tau.
6. Lebuhraya
Selepas setahun kami berpindah ke paka-kerteh di mana jarak tempat kerja lebih dekat. Juga setiap minggu mudah untuk kami berjalan ke kuantan (1jam) atau ke Kuala Lumpur(3-4jam) melalui LPT. Ya lebuh raya yg ditakuti di malaysia ini. Tiada stesyen pam minyak, RnR juga pelik contoh RnR perasing yg sangat terasing lagi jauh nun masuk kedalam. Namun, mujurlah ada LPT memudahkan kami keluar dari sarang terengganu.
7. Ayam
Kami pernah pergi merata tempat hanya untuk mencari bekalan ayam seekor. Tidak tahu dimana punca ayam sgt senang kehabisan stok. Sedangkan kawasan ini mempunyai penduduk tidak padat.
8. Hasil laut entah kemana
Seafood pulak sgt sukar dijumpai dipasar2 pagi sedangkan disinilah hasil laut banyak ditangkap. Dahlah aku suka makan seafood.Makanan asas pun mahal. Ingat senang2 jumpa sana sini ketam kupang kerang ikan fresh. Hampa weh.
9. Harga makan warung tepi jalan
Harga. Igt viral makan rm32 sepinggan? Bagi aku rata2 makanan disini memang mahal berbanding shah alam. Ingat semua org gaji 10k sebulan ke? Kadang kala terfikir mcm mana nak survive macam ni.
10. Drive thru fastfood
Sekarang zaman 2017. Semua org busy nak cepat.Fastfood pula hanya ada satu je drive thru disini. Hampir semua menu sold out. Kami stress. Apa yang kami nak semua tidak ada. Pelik. Stok nak smpai susah sgt ke?
11.Pembangunan yang tidak terancang.
Sgt tidak terancang. Kami pernah diberitahu warga tempatan bahawa tiada jawatan “perancang bandar” di terengganu. Kebanyakan tanah hak milik persendirian dan mereka bina rumah. Maka bertebaran lah sistem kumbahan, sistem jalan raya, unit2 rumah bersepah2, kedai-kedai . Bayangkan rumah dibina betul2 bersebelahan dgn stesen minyak, dapur kedai berdepan dengan pintu utama rumah. Ya sgt tidak terancang. Masalah utama tentunya banjir kerana saluran longkang dan parit yg dibina tiada sistem dan akhirnya mengalir ke jalan raya.
12. Prasarana awam
Prasarana juga tiada tempat untuk beriadah, berjogging, kemanakah wang royalti petronas digunakan? Hanya untuk lampu serabut warna warni kat pokok je ke? Disini mereka terpaksa membahayakan nyawa berjoging di tepi jalan dgn kenderaan lain dan berisiko berjumpa dgn babi hutan. Suami aku fobia nak joging sbb area sini banyak babi hutan.
13. Siaran radio
Naik kereta je ade 4 siaran radio sahaja. Satu english dan 3 melayu. Aku rasa memang nasional punya kot semua lebih kurang. kau bayangkan setiap kali berita semua siaran sama timing. Suara ‘base’.Boring tahu tak. Lagu pulak lagu lama2 ulang2. Tak up to date langsung. Sampai aku tak tahu ade lagu baru yg best2. Macam duduk kat negara jajahan korea utara.
14. Tapak pelupusan sampah
Last sekali aku tak faham kenapa tempat pengumpulan/pelupusan pembuangan sampah mesti sebelah sungai? Logik akal lah pastinya air sampah akan mengalir ke sungai dan ianya sgt menjijikkan. Aku tahu dua pusat pengumpulan sampah di negeri ini bersebelahan sungai. Mcm mana dgn ekosistem yang tercemar? Banyak lagi hutan yang tidak diteroka. Maksudnya masih banyak tempat lain untuk di teroka dan dibangunkan, tidak semestinya di pinggir pantai sahaja.
Diminta pihak pengurusan negeri mengambil input dan bertindak. Para menteri, parti politik, pusat pemerintahan induk diharap tidak ketepikan pembangunan negeri terengganu sayangku ini
-hannah
– Hannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit