Assalamualaikum.. Terima kasih admin approve confession ni..(kalau approve la..) sejak dua menjak ni banyak confess tentang cinta dan kahwin..
So, kat sini aku pun nak cerita tentang cinta dan kahwin.. taknak panjang sangat confess ni sebab tak larat nak taip..so aku cuba cerita seringkas yang boleh.. aku Ain.. 31tahun.. anak sorang.. aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama2 belajar di UA di KL.. pada awalnya kami hanya kawan baik.. tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja..
Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah.. mak ayah pun berkenan dengan Ahmad.. aku dan Ahmad lalui susah payah bersama2 dari awal hingga akhir.. sampailah jodoh kami datang.. Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi.. jadi kami bebas dari loan.. majlis pun bukanlah grand sangat.. tapi cukuplah kami bahagia, keluarga gembira..
Selepas kahwin kami diuji..bisnes Ahmad turun naik..seolah-olah apa yg dia buat tak menjadi..pada awal sesuatu bisnez tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan..aku pula tak bekerja sebab Ahmad kata takpe kalau aku tak kerja selepas kahwin..Tapi Ahmad memang seorang yg sangat berusaha mencari rezki..lepas satu satu bisnez dia cuba..
Kami juga diuji dengan cahaya mata..tapi kami fikir Allah akan bagi pada masa yg terbaik..mungkin kami belum bersedia fizikal dan mental untuk ada anak..selepas beberapa kali bisnez tak berjaya hingga ke puncak, aku pernah terfikir macam ada yg buatkan rezeki kami sangkut..kami pernah juga cuba perubatan islam tapi Alhamdulillah takde apa2 yg tak kena..
Ahmad tak suka bekerja makan gaji..sebab itu dia cuba juga bermacam jenis bisnes..tapi aku berfikir sampai bila nak mcm ni..aku ajak Ahmad tukar angin..aku ajak berhijrah ke negeri lain..Ahmad ok,memang dia akan menurut segala kata aku..aku berhijrah ke negeri kelahiran ku..senang kalau2 ada sesuatu yg terjadi..
Bermulalah episod Ahmad mencari kerja..Alhamdulillah ada saudara rekomen kerja..interview kali pertama, kiv..agaknya nak jadi rezki kami, bos panggil interview kali kedua..walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan takde pengalaman..tapi kalau dah rezeki..mana pernah salah alamat kan..
Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hamil..Alhamdulillah rezeki..mungkin itulah masa terbaik buat kami..Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami..Allah maha mengetahui apa yg terbaik buat kita..
Ahmad sangat baik..dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam..jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yg akan siang dan cuci..tugas aku cuma memasak..kadang baju pun dia yg basuh bila mood malas aku datang..bilik air memang tugas Ahmad untuk cuci..Ahmad tak pernah marah aku dari awal kenal..dia akan menuruti kemahuan aku kalau dia mampu..dia sangat manjakan aku..dan aku tahu dia amat mencintai aku..
Ok..sambung part keje pulak..saja nak bagitahu serba sedikit kebaikan Ahmad..hehe..ok selepas hampir 7 bulan Ahmad bekerja, dah tiba masanya Ahmad dijemput Illahi..setakat itu perjanjiannya dengan Allah..setakat itu jodoh kami di dunia..dan memang dah ditakdirkan Ahmad tak sempat bertentang mata dengan anaknya..segalanya dah ditulis sejak Allah tiupkan nyawa Ahmad ketika dalam rahim ibunya lagi..
Jadi sekarang aku faham..kenapa Alah uji kami dengan bisnes yg tak jadi..mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami..sekuat mana kesetiaan kami..Ahmad meninggal kerana kemalangan ketika bekerja..dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso..bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meninggal..yang ada hanya simpanan..sedangkan yg aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21tahun..aku tak payah kerja pun takpe..
Basic gaji Ahmad tak banyak mana..tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa..sebab apa? Excited nak sambut baby la kan..sebenarnya Allah yg gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja..sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya..kerana pencen yg kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad..memang la tak banyak mana bagi org lain tapi bagi aku sangat2 cukup..ye la..tak bekerja dapat duit kan..rezeki la tu..nafkah dari barzakh..
Mungkin juga Ahmad kerja dari pagi hingga malam sebab Allah nak aku belajar erti rindu..masa Ahmad hanya tidur sahaja di rumah..selebihnya bekerja..Allah nak bagi aku rasa hidup tanpa Ahmad..sebab sekarang aku betul2 dah kehilangan Ahmad..kehilangan yg takkan dapat semula..
Dan hikmahnya Ahmad bekerja di negeri kelahiran ku, segala urusan ketika Ahmad kemalangan, dipermudahkan..kerana di sana ramai saudara mara ku..jadi aku tak keseorangan sementara nak tunggu keluarga kami sampai..kalaulah jadi di tempat yg asing dengan tiada kenalan, Allahu..tak dapat aku bayangkan..Allah sebaik perancang..
Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku..kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarang..sebab Ahmad terlalu manjakan aku..Ahmad sangat baik pada semua..mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal..
Jadi sesiapa yg diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah..banyakkan bersabar..ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita..yakinlah disebalik ujian itu, ada hikmah yg tersembunyi..hidup ini penuh dengan ujian..kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, sakit ujian dll..jangan tengok orang yg lebih dari kita, tapi tengoklah org yg kurang dari kita..bersyukur dengan setiap apa kita perolehi..ujian itu tanda sayangnya Allah pada hambaNya..
Ok lah..setakat ni sahaja..terima kasih yg baca sampai habis..maafkan salah silap aku kalau ada yg annoying dengan confession aku..aku cuma share serba sedikit apa yg aku lalui..peace :)
Salam sayang,
– Ain (bakal jenazah)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit