Sayap Yang Tak Sempurna

Salam admin aku nak story satu cerita kalau kau publish cerita nie aku nak cakap terima kasih banyak-banyak.Memandangkan sekarang nie banyak pasal kisah manusia yang punya masalah depression.Aku pun nak bukak cerita pasal kawan aku yang dapat penyakit depression selepas dia disahkan mendapat masalah pendengaran disebabkan masalah nie dia hampir berputus asa dan dan nak berhenti berlajar.Kisah nie bukan pasal aku tapi pasal orang yang pernah wujud dalam hidup aku.Seseorang yang istimewa pernah hidup dalam hati aku tapi sekarang tidak lagi.Dia nie seorang manusia yang baik budi pekerti punya hati yang luhur dan periang.Pada awalnya dia manusia yang normal macam orang lain sehingga larh Allah tarik salah satu nikmat pendengaran yang dia miliki.Bermula dari seorang yang periang bertukar menjadi manusia yang kemurungan.Kita orang berkenalan secara tak sengaja semasa mengikuti program anjuran sesama kolej.Sewaktu kami berkawan dia masih manusia normal masuk tahun semester kedua dia disahkan mempunyai masalah pendengaran.Sepanjang aku kenal dia nie manusia yang sangat hebat tabah walaupun punya kekurangan tapi dia tak anggap benda tu sebagai penghalang.Sewaktu dia bagitau berita pasal telinga dia kami dah bercinta secara jujurnya aku terkejut dan tak sangka Allah duga dia macam tu secara tiba-tiba dan aku terus berfikir samada nak teruskan hubungan nie atau nak putuskan sebab aku taknak bercinta sebab tak ikhlas dan atas dasar simpati semata-mata disebabkan itu kami juga pernah bergaduh sebab kes cemburu buta aku yang mulakan dulu supaya nanti bila kami berpisah akan ada alasan yang boleh aku bagi tapi akhirnya bersatu semula.Dia bagi aku peluang kedua dengan harapan aku berubah.

Sepanjang kami bercinta family aku memang tahu pasal dia sebab aku pernah cerita kat family aku pasal latar belakang dia serba sedikit tapi akhirnya hubungan kami tak direstui oleh mak aku dengan alasan masalah negeri dan masalah yang dia ada.Kisahnya pun bermula selepas jer dia disahkan cacat pendengaran dia kehilangan sedikit demi sedikit kawan-kawan yang dia ada.Benar larh kata orang kawan waktu kita bergembira akan datang bergolek kawan waktu kita bersedih semua hilang ditelan lautan.

Dugaan datang satu demi satu.Kawan-kawan kolej sedikit demi sedikit menjauhkan diri daripada dia dengan alasan diorang taknak berkawan dengan manusia yang tak sempurna alasan taknak kena hina.Kawan-kawan dekat kolej jugak ada yang taknak buat projek kelas sama-sama dengan dia sebab taknak ada masalah dengan dia.Walaupun dia punya kekurangan tapi dia berjaya jugak habiskan pengajian dekat kolej dan dapat sambung dip pengajian dia dekat salah satu Poli di Malaysia.Masalah yang berlaku kat kolej jugak terjadi pada sewaktu berlajar kat Poli.Macam biasa dipulaukan dengan alasan yang sama.Sampai satu tahap dia rasa putus asa dan nak berhenti kolej.Dia yang dahulunya manusia yang periang bertukar menjadi murung suka bersendirian dan suka jarakkan diri dengan orang sekeliling.Walaupun ramai orang yang pergi dari hidup dia tapi aku masih jugak nak stay untuk dia.Masa nie aku pujuk dia paksa dia sambung dan habiskan pengajian yang tergendala sebab sayang dengan pengajian dia.Aku taknak dia ikut jejak langkah aku tak dapat sambung berlajar macam dia.Aku paksa dia pedulikan kata-kata dari mulut puaka yang dia terima dan buktikan yang dia pun boleh berjaya macam orang lain.

Disebabkan cinta kami tak direstui jugak aku pun buat mula buat keputusan cari salah dia lagi dan lagi sehingga akhirnya kami pun bergaduh sekali lagi tapi kali nie aku langsung tak berharap akan dapat peluang ketiga lagi.Kami berpisah secara baik bukan atas alasan sebab restu mak.Sehingga kini perasaan bersalah menyelubungi hati aku.Aku tak jujur dengan dia sebab aku taknak tengok dia terluka lagi.Aku lukakan hati dia dan jugak lukakan hati aku sendiri.Berbulan-bulan aku berlajar hidup tanpa dia tak cuba contact dia dengan alasan taknak hati dia terluka lagi dan aku harap dia akan cari kebahagian dia walaupun bukan dengan aku.Kepada ex aku aku mintak maaf sebab tak jujur dengan kau seandainya hubungan ini diteruskan hubungan ini mungkin atas dasar simpati bukan lagi atas dasar cinta yang hakiki.

Walau apepun yang terjadi awak tetap manusia yang saya sayang bukan untuk hari nie bukan untuk esok tapi untuk selamanya.Saya doakan awak berjaya macam insan lain walaupun awak tak sempurna buktikan pada dunia buktikan pada manusia yang pernah pandang
rendah pada awak.

Nasihat aku guys kalau korang ada masalah macam ex aku nie jangan pernah berputus asa buktikan pada dunia yang korang jugak boleh berjaya dan pada manusia yang suka pandang rendah pada manusia lain ingat larh yang diorang tak mintak pun jadi macam tu bantu larh bagi diorang dengan bagi sokongan agar diorang tak rasa keseorangan.
Sekian Terima Kasih.

– Miss F.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit