Scam Cari Jodoh

Salam pada semua, terima kasih banyak untuk admin kalau – kalau cerita saya ini disiarkan .
Cerita nie bukan nak tunjuk pandai ataupun nak bermegah. Cerita ini sy niat agar sesiapa yg membaca dapat manafaat bersama . Panggil aje Ratu, bukan ratu mana-mana pun , ratu kat hati sendiri je .

cerita sikit latar belakang agar faham dengan cerita ini , dalam tahun lepas saya ada mendaftarkan diri
dalam satu ruangan cari jodoh . Maklumlah dah lama seorang nak cari sendiri tiada pula yang melekat .
suka-suka cuba nak tengok apa yang ada dalam tu. Dan saya nie jenis yg susah sangat nak ingat password so memang sungguh dah lama tak update dlm ruangan tu.. tup- tup last Friday ada bukak email dan dapat satu email dari seorg manusia lelaki nie , cakap dia jumpa email sy dlm ruangan jodoh tu so dia amat jatuh hati pada gambar saya tu dan nak berkenalan . So kita nie macam pelik jugak tapi sebb sifat – sifat rasa malu tu tinggi dlm org melayu nie kalau nak tolak kesian pulak, mcm sombong sgt pulak., at last balas balik je lah email dia , ckp nak kawan okay je ..

Dalam email tu adalah dia cakap , parent dia berasal dari Singapore but dia sekarang kat Scotland. dan memang dah lama duduk sanalah dipendekkan cerita . Kalau boleh dia nak perkenalan nie blh sampai ke jinjang pelaminlah.. dlm hati berkata- kata jugak dia nie terdesak sangat ke ..( email dlm bahasa English and very polite English ) sampai naik segan nak reply email dia .. kita bahasa english ke laut dlm …then dia mintak kita bagi number telephone, so boleh whatapps senang instead of email ( dear , darling tu standard bahasa dialah – ciri2 lelaki mcm anuar zainlah ) . So kita dgn tulus nye kasilah dan letaklah sekali country code .. tapi dia blh pulak blur 2 dgn number tu dia kata salah number ** .. so nak kasi senang kita yg add dia ..

so mulalah berwhatapps .. tanya 2 soalan 2 bodoh – bodoh yelah kita nak tahu siapa dia sebenarnya kan . dia adalah bagi tau yg parent dia semua dah pass away so dia aje yg ada sebab dia pun anak tunggal je . Siap kasi gambar , siap hantar kita gambar dia tgh drive tunjuk jam mahal dia , dan yg paling penting send british nationality passport copy . nak suruh kita percaya . oklah dah saturday so , kita teruskan lagi story kita dan masuk dlm part dia cakap dia nie sebenarnya tengah cuti and monday dia dah nak start kerja balik , dia ckp dia kerja Oil Miner with British Petroleum Company ( BP ) so akan duduk offsore at least 10-12 week **. so sekarang nie ( saturday morning ) tgh bersiap- siap untuk menyiapkan apa yg patut lah sebelum masuk laut ..

dalam pada masa tu dia ada ckp yg dia nak post something to me , nak show that dia nie sgt serius lah dlm pengenalan nie maklumlah nak terus aje kawin kan .. so kita pun notedkan lah .. xde lah tanya apa yg dia hantar .. kita fikir postcard pun ok kan .. tapi sebelum tu dia ada mintak alamat penuh rumah ,name penuh and telephone number . whatapps dia nie sgt kemas dan tanpa shortform pun macam baca novel zero mistake ** i mistakenly taip my phone number dia blh betulkan pulak .

ini part penting , sunday morning dia ada hantar whatapps post copy ( reference ) , nak bagi tau yg dia dah hantar parcel kat kita , so nanti blh check dan parcel tu akan reach Malaysia on Tuesday . dan dia hantar parcel tu kat airport poss office sebb tempat lain tutup saturday ** paling penting dlm ayat dia Miss you ?? hah dah miss me ke ?

then now part nak tunjuk gediks , sy tanyalah dia kalau dah lama2 duduk laut mesti dah tak ingat kita kat sini ..jawap dia takkan langsung dia akan lupa , lagipun dia plan nak dtg malaysia lepas balik laut nanti **
then dia bagi tau lah apa yg dia dah hantar dlm parcel tu .. ada belikan ” mak ” Chopard Gold Jewelary 18k @ pound 3450.00 dan 20,000.00 pound.. tak melompat ke ko nyah .. tak terbayangkan macamanalah bentuk benda tu.. duit pound pun x pernah pegang ko . so kata dia lagi kalau dah dapat amik duit tu masuk dalam account kita dan simpan jewelary tu . dan tunggu dia dtg nanti . ( masa nie dah cuak dah kan kita selalu baca dlm suratkhabar – nanti bila brg dah sampai kata pulak stuck kat immegration pulak – kena bayar ) so buat 2 malu , buat macam P Ramlee .. tau mau lah .. dan what I said to him that are you crazy ? you ingat I nak layan you nie sebab duit you ke ..ingat i nie murah ke baru kenal dah dpt benda macam nie ( sebenarnya masih dlm mode terkejut ) . I cakap dia crazy terus polite dia hilang ,, dia kata kita pulak rude .. kalau org malaysia or asian i rasa dia blh faham the way kita ckp ( sebenarnya nak tapi malu ) tapi ni kalu dah waka waka ( afrika ) dia terus marah lah wey ..terus dia ckp suruh stop dia dah x nak kawan dgn kita . u can diregard everyhing .

masa tu cuak jugaklah kita but tetap buat mcm ok . sebab my actual plan is to wait until tuesday , tunggu parcel dtg dan berlakon ckp parcel dah dtg , so kita play dia balik , tapi nie dah jadi kena buat plan B . I cakap oo.. ini plan you . pandai nak scam scam org pulak nie memang kerja korang ke .. sy gertak dgn dia ckp sy dah report polis ptg tadi pasal nie .. masa tu dia terus online sedangkan before online dia cuma sekejap 2 waiting for my reply.. siap tanya what is your name and do you really know your name ?? part nie seriau beb .. dia hack account bank ke apa nanti .. reply cakap nape you takut ke ?? Lepas tu terus diam .

so apa yg sy nak cakap dan pesan sila berhati – hati . patutlah ramai org kena benda ni sebab the way dia approach tu sgt gentle . ayat manis potong kaki so kalau 2 yg kesepian dan x de pengalaman memang mudah masuk perangkap . So kalau ada you all dpt benda 2 macam nie ingat lah story mak ni . dia ingat dia pandai kita pun kena pandai . sorry lah yea kalu ayat pening 2 , geram sgt rasanya nie . lega dpt share . terima kasih membaca ..

– RATU

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit