Assalamualaikum.. hai semua pembaca setia IIUM Confession, aku tulis confession ni sebagai respon confession, (https://iiumc.com/kena-scam-e-commerce-shopee/).
Aku dah berkahwin dan baru2 ni aku pun mangsa scam e-commerce ni jugak, bila baca confession tt baru aku tau ramai lagi yang terkena.
Aku join melalui mesej wassap yang dorang send kat aku dan apa yang diceritakan oleh tt tu sebijik dengan yang aku kena scammer2 tu guna nama shoppee untuk kaburkan pandangan kita sebab siapa tak kenal dengan shoppee kan?
Kononnya dorang offer kita satu job ni kita kena buat task2 yang dorang bagi saja.
Aku pun try lah, aku buat task2 tu guna duit simpanan saja sebab niat aku nak beranakkan duit simpanan haha.. at last habuk pun tarak scammer jebon!!
Tapi yang syukurnya aku rugi tak sampai 1k dan aku pun hampir2 nak pinjam 2k dengan orang makaih nasib baik orang yang aku nak pinjam tu pun takda duit so aku pun tak jadilah teruskan then burn lah duit aku dapat dekat scammer2 tu.
So dari situ taulah aku yang aku kena scam hampeh..
Aku bergaduh dengan scammer tu sebelum nak left group aku maki dulu dorang dalam group dan cakap dorang ni scammer dengan niat nak warning orang yang jadi mangsa scam mcm aku dalam group tu then aku blah. Puas hati.
Malam tu aku tidur tak lena mengenangkan duit simpanan aku yang tinggal berapa puluh ringgit saja dalam acc bank nasib la duit simpanan tak banyak mana sebab banyak aku dah guna pakai untuk kepentingan,
Dan nasib baik jugak laa aku tak guna duit gaji aku dalam acc lagi satu kalau tak tadak duit la nak makan, tidur dengan air mata aku malam tu huaaaa…
Suami aku? Sampai sekarang aku tak bagitahu pasal ni takoott huhu.. tak pasal aku kena bahan dengan dia nanti cukuplah aku saja yang tau dan jadi pengajaran buat aku.
Lepas kejadian scam tu aku pikir shoppee ada buat kerja jahat di belakang lah ni patut shoppee boleh bagi macam2 voucher free shipping voucher lagi dari situlah dorang cover semua voucher2 tu yaaaa..
Ini semua bad mind aku yang buat kerjalah setelah kena scam, haha.. entah betul ke tidak. Kalau tak betul tolong betulkan ya.
Sejak dari kena scam tu aku dah jarang bukak shoppee sebab aku masih bengang dengan kejadian scam tu sebab aku sangka shoppee buat kerja scam orang di belakang hahaa… padan muka jimat duit aku tak shopping kat shoppee lagi dah.
Scammer2 tu melayu jugak sebab nama acc bank dorang melayu aku masih simpan lagi nama acc bank scammer jahanam tu mesej2 dorang aku ada lagi bukti2 semua aku simpan boleh saja klau aku nak revealkan kat sini biar semua orang tahu.
So berhati-hati lah semua kalau dapat mesej2 tanya perlukan kerja dan seumpamanya delete dan block terus nombor tu lepas kejadian tu aku dapat lagi mesej2 macam tu semua aku block dan delete serta merta.
Biasa sebelum ni aku buat tak endah je dengan mesej2 macam tu entah kenapa kali ni aku boleh termakan umpan dorang haish.. sebab mesej kali ni nampak agak formal mungkin.
Kepada scammer2 diluar sana ingatlah korang buat kerja ni dapat hasil duit haram hasil aniaya orang dengan perbuatan dajjal korang tu. Jangan lupa doa orang2 teraniaya ni tiada hijab antara mereka dengan Allah swt.
Lepas saja aku kena scam duit aku melayang tu terus aku doakan anak2 scammer ni semua jadi anak yang degil tak dengar cakap tak makan saman susah belajar susah berjaya semuanya sebab makpak dorang sumbat perut anak2 dorang dengan duit haram.
Nak kata aku kejam sebab doakan yang buruk2 untuk anak2 scammer tu kejam lagi scammer2 yang buta hati perut songlap duit orang ni menyebabkan hubungan ibu dan anak renggang macam tt dalam confession tu salah satu contohnya,
Menyebabkan orang terpaksa berhutang sehingga meletakkan orang yang teraniaya dalam situasi yang terhimpit.. kesian.. lagi kesian orang2 yang nak pergi buat haji/umrah kena scam depan batang hidung kau rasa??.
Si scammer?? Tersenyum lebar dapat duit kepukk2 masyukk. Yang kata doakan dapat hidayah tu tak payah nak toxic positivy lah kat sini sebelum nak kata kenapa yang kena scam ni boleh termakan umpan/boleh tertipu kenapa tak hati-hati??
Sama jugak dengan scammer sebelum dorang nak scam orang dorang tahu perbuatan tu salah+berdosa dan satu jenayah. Tapi tu semua dengan izin Allah nak jadi.
Contoh lain seperti orang yang merompak si perompak tahu perbuatan dia salah+berdosa tapi dia tetap buat jugak sampai ada yang hilang nyawa kena rompak samalah kes scammer pun. Tak kena batang hidung sendiri senang cakap, hati-hati jelah ya scammer di mana2.
Sekian setakat ini saja confession saya.
– Tipah tertipu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ingat satu ja dik, xdak sapa nk bg duit berkepuk kat kita dgn cepat mcm tu. Banyakkan membaca dik tipah tertipu, punca ramai yg kena scam sbb ni la malas nk baca artikel2 semasa, cara berbeza tp modus operasi depa sama ja. labur la atau simpan kat tempat yg ilegal seperti ASB n tabung haji.
sorry typo guy, *legal