Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lagi seminggu dah nak raya, jadi aku ucap awal-awal ye.. Hahaha. Selamat Hari Raya kepada semua!!!
Tatkala orang lain sedang sibuk menyediakan juadah untuk hari raya nanti, tengah sediakan baju raya, aku disini teresak-esak mengesat air mata..
Bukan sebab tak dapat balik kampung, ye jugak sebenarnya, tak dapat cuti huhuhu. Tapi aku kena scam, tak banyak sangat pon amount nya tapi aku sangat sangat kecewa la.
Alkisahnya, nak beli baju raya tapi kedai – kedai kat area rumah aku ni semua takde baju raya yang dah siap jahit. Yang ada cuma kain pasang saja. Kedai yang buka pon 2-3 buah saja.
Dah nak raya ni, takde dah tailor yang nak ambil, semua dah tutup tempahan. Maka, aku pon carilah kat online. Selama ni aku tak pernah pon beli apa – apa dekat ig ni.
Aku pon cari punya cari punya cari, pap!! Terjumpa la acc si scammer ni.. Tapi masatu aku belum tau lagi dia ni scammer.. Salah aku juga la mudah sangat percaya.. Dia jual 3 helai baju dengan harga RM100 tak termasuk postage. Postage RM10.
Ada banyak lagi la offer dia kalau beli sekian2 pasang, dia bagi sekian2 harga. Aku masa tu fikir baju pon design cantik – cantik semua ni harga pon okay la pastu
Aku yang tengok, tak fikir panjang pon chat la dengan dia menerusi no whatsapp yang dia dah letak dekat bio ig tu.
Laju reply, berdesup. Aku pon ambil la yang pakej 3 helai RM100 tu. Aku sepasang, pastu lagi 2 pasang baju kurung aku belikan untuk family aku. Family aku 3 orang saja perempuan.
Chat chat semua aku tanya la dia berapa hari sampai.. Dia kata 3 hari selepas pembayaran dibuat.. Aku pon okay saja lah.. Dah bank in, dah send receipt, dia upload dekat ig story dia lah pembayaran aku tu. Aku tak tengok nombor id yang selalu ada dekat bahagian atas receipt tu.
Aku send copy receipt aku tu dalam bentuk pdf dekat dia, bila dia upload screenshot receipt dekat ig story tu dalam bentuk pdf (yang dekat belah kanan atas dia tu ada lambang google drive) aku pon tak tengok la no id tu. Aku terus fikir oh dah update receipt aku.
Hari berganti hari, aku tunggu punya tunggu dia send no tracking ke apa kan. Dah lebih 3 hari dah ni, no tracking takde, barang aku pon tak sampai lagi. Tapi ig selalu pulak dia update. Aku pon chat la dia.. Aku tanya la barang dah pos ke. Tak berjawab.
Tapi selalu online whatsapp dia tu. Dia guna business punya whatsapp tu. Aku pon try send emoji smiley yang nampak gigi penuh tu dengan harapan dia perasan la mesej aku yang aku minta dia update baju aku tu. Dia bluetick aku.
Aku pon dah mula syak wasangka la. Eh scammer ke.. Tolonglah jangan scammer aku cakap dalam hati. Aku pon check la lagi sekali ss receipt aku yang dia upload tu, baru perasan, beneficial id ke apa nama dia yang selalu ada dekat bahagian atas receipt online tu..
Nombor id receipt aku tu tak sama dengan nombor id receipt yang dia upload dekat ig story. Tarikh tak sama, masa pon tak sama, amount bayaran saja yang sama.
Receipt yang dia upload tu receipt tarikh yang semalam punya sedangkan aku buat pembayaran hari ni. Kesimpulannya, receipt tu bukan receipt aku. Ntah sapa2 punya la dia upload.
Tak lama lepas aku mesej dia tanya pasal dia dah pos ke belum tu, Dia delete gambar profile WhatsApp dia tu. Makanya, SAH dia tu scammer. Apalah nasib, aku tak beraya 3 tahun dah tau (2019 – 2021) tahun ni nak raya dah kena scam pulak dah.
Macam mana aku boleh percaya? Aku pon tak tau la.. Aku tengok ada review customer dekat ig story dia yang dia ss (conversation dia dengan customer dekat WhatsApp), lepastu ada yang siap buat video lagi, seru orang jom la beli dekat ni harga murah blablablabla.
Aku pon jadi yakin nak beli. Sebelum bayar tu aku ragu – ragu dah sebab first time kan beli dekat ig, tapi aku pujuk hati. Aku kata kalau dia scammer takkan la ada orang recommend, siap buat video lagi. Tenang la sikit hati. Alih-alih betul sangkaan aku selama ni.
Dia pon ada upload gambar baju yang dah siap bungkus, dengan caption post out. Yelah, kau punya post out tu pergi zaman purba, balik zaman moden, patah balik zaman dinosaur pon tak sampai-sampai baju tu.
Aku sedih jugak la.. Sebab kan aku beli juga baju tu untuk 2 orang family aku juga. Aku rasa bersalah. Disebabkan aku yang bo**h sangat percaya si scammer tu, diorang takde baju raya. Kering air mata aku menangis. Aku pon taktau la.. Rasa bersalah.
Selama ni tak pernah pon nak beli baju kat platform online selain dari shoppe @ lazada. Punyalah takut kena scam, sekali kena. Dekat ig story dia yang dah lama (yeke panggil ig story, yang bulat2 dekat acc dia)
Reels ke orang panggil?? Tidak tahulah saya.. ada yang buat pembelian sampai RM1000. Aku harap sangat gambar tu dia cedok dari tempat lain, kalau betul ada orang beli dengan dia sampai RM1000… Kesiannya kena scam… Banyak tu nilai.. Allahuakhbar.
Nampaknya, tahun ni raya pon takdelah baju raya. Nasib badan. 3 tahun tak beli baju raya, ingatkan tahun ni nak la beli baju baru..
Hmmmm hampeh.. Kita pakailah mana yang ada. Ya Allah, kecewanya hati ni, sedih. Korang jangan jadi macam aku tau. Geram saja rasa nak exposed nama ig tu.
Terima kasih sudi baca. Sekali lagi, Selamat Hari Raya semua!!! Kita 0-0 ye.. Terima kasih admin..
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit