Assalamulaikum semua. Sudah berapa kali saya tulis padam tulis padam… Saya Miss Love just nak berkongsi pengalaman terjebak bercinta melalui Instagram. Saya bujang tinggal bersama 2 orang lagi rakan serumah.
Kami lain- lain kementerian. Kami bertiga juga lain- lain kategori. Saya sendiri dan sorang lagi adalah kategori professional manakala sorang lagi adalah kategori sokongan. Ini bermaksud kami semua adalah penjawat awam.
Di sini cerita saya bermula, pada awal tahun ini (2022) saya telah di sapa oleh seseorang yang saya tidak kenal melaui IG. Salam perkenalan di sambut dan perbualan kami meleret ke applikasi whatsApps.
Ohhh orang itu tinggal di luar negara. Jadinya perbualan adalah menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sambil tu saya dapat juga mengasah skill Bahasa Inggeris saya yang lama sudah berkarat tu.
Di pendekkan cerita setelah lebih kurang berbalas mesej barulah saya sedar rupanya dia hanyalah scamer iaitu memamg menggunakan cinta untuk perangkap saya untuk mendaptkan duit dari saya.
Mula-mula dia akan bina kepercayaan dahulu, lepas tu barulah bercakap soal cinta dan sebagainya.
Allhamdulilah. Allah masih menjaga saya. kerana bab duit saya mungkin agak berkira sedikit untuk diberi kepada orang yang saya tak kenali.
Saya memang berkeras tidak memberinya duit. Last sekali saya blok dia disemua platform yang dia ada. Puas hati…
Dia ingat sesenang itu kah saya akan bagi dia duit walupun kami keep message everyday almost at time… Tidak sama sekali
Rupanya benda ni terjadi berulang-ulang kali dengan berlainan orang… Semua international lah yang added untuk jadi kawan di IG saya.
Kali ke 2, 3, 4 dan seterusnya tak lebih dari perasaan igin tahu apa taktik yang dia orang nak buat untuk dapatkan duit dari kenalan mereka.
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan adalah. Dia orang pandai bina kepercayaan kita terhadap mereka kemudian barulah soal cinta dimainkan. Sungguh licik permainan mereka ini.
Saya tak dapat bayangkan kalaulah mereka sedang beriteraksi dengan remaja kita bagaimana penerimaa anak gadis tersebut. Perkataan cinta setiap masa, pasti akan buat kita terleka.
Saya yang bukan anak remaja pun ada masa rasa terbuai dengan permainan mereka. Modus operandi mereka sagat jelas cuma jalan cerita sahaja berlainan. Syukur sekali lagi saya cukup matang untuk menepis sebaik mungkin.
Kesemua ayat- ayat mereka adalah lebih kurang sama sahaja. Saya terkesan dengan seorang yang saya anggap terakhir saya akan approved.
Kesabarannya hampir sebulan bermesej dengan saya tetapi tak ada menujukan ciri-ciri nak minta duit. Akhirnya semalam dia tunjukkan akuan bank dia kena blok.
Dalam hati saya dah berkata. Sabar betol ko ni hampir sebulan bermesej baru ko tunjuk tujuan sebenar ko.
Sorry bro walaupun banyak juga kebaikan yang saya nampak pada awak, saya tak akan bagi awak duit. Walaupun hati sudah mula suka pada awak.
Maafkan lah saya. Saya tau awak hanyalah scamer.
Saya rasa cukuplah perkongsian saya untuk kali ini… Jika ada permintaan dari pembaca jika ada hihihi… mungkin saya akan pertimbangakan.
Saya ada masa menulis hari ini adalah sebab saya tengah bercuti. Tunggu kawan datang dari kampung. Isnin depan nak temankan dia pergi interview.
Last sekali berhati-hati dengan kawan baru terutamanya international request… Tak kira lah d IG, FB ke…
Salam semua. Bye. Bye.
– MISS LOVE (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit