Aku harap admin siarkan confession ini untuk pekakan (alert) pengguna smartphone/ mana-mana pengguna akaun sosial media,
Tak kiralah Instagram, Facebook, Google atau mana-mana aplikasi sekalipun yang korang download di play store atau app store, ketahuilah anda telah terdedah dengan bahaya.
Di saat anda telah memberi permission untuk mana-mana app, contoh permission to access your camera, permission to access storages, lokasi anda, semua.
Saat itu mereka telah mendapat access secara langsung ke dalam telefon anda. Mereka boleh lihat gambar-gambar di dalam telefon/ tablet/ laptop.
Jika anda memberi kebenaran untuk mereka access. Tapi tidak boleh dielak sebab kita guna FB, IG, aplikasi lain, jadi kebenaran untuk access camera, storage…. tersebut harus diberi. Kalau tak anda tak boleh upload gambar atau edit gambar/ videos.
Jadi nasihat saya disini adalah jangan simpan gambar tidak SENONOH atau bagi perempuan gambar TIDAK PAKAI TUDUNG. Tolonglah mereka pekerja (google) boleh view your photos, videos. Malah hackers juga boleh hack phone anda.
This is real! Hacker boleh hack kamera depan dan webcam anda. Bagaimana?
Bila anda memberi permission untuk mana-mana aplikasi untuk access telefon. Berdoalah minta dijauhkan benda-benda ini. Saya tak pasti sejauh mana dan cara mereka hack.
Malah lebih mengejutkan penyelidik menjumpai nombor-nombor telefon whatsapp di Google. Bagaimana?
Biasanya penjual akan buat link kan dengan nombor telefon mereka. “Sila tekan link nombor telefon di bawah”. Direct whatsapp katakan. Jadi beginilah cara nombor telefon kita boleh berada di Google. Ini juga bahaya sebenarnya.
Scammer? Scammer ada di mana-mana tidak secara langsung, di depan mata atau alam maya.
Ayah saya sendiri pernah kena scammed RM3000 di FB pada tahun 2015, ayah saya bukan setakat kena scammed malah dipukau oleh scammer tersebut.
Panjang nak cerita. Banyak mangsa scammer di kalangan orang tua sebab mereka mudah diperdaya oleh menatang scammer ini. Terutamanya kes umrah/ haji. Ya Allah sedih aku. Jahat betul mereka ini.
Ada scammer kononnya minat dekat kita. Puji kita cantiklah/ handsome. Post gambar dia. Berhati-hati mereka semua adalah scammer!
Kebanyakan scammer love-love ini dari luar negara dan yang aku jumpa setakat ini adalah dari negara Turki, Taiwan dan banyak lagi.
Mereka konon minat dekat kita dan merayu anda untuk bank-in duit dekat mereka, padahal mereka adalah si scammer.
Pengajarannya :
1. Jangan simpan gambar dan video tidak menutup aurat di dalam galeri anda. Padamkannya sekarang.
2. Di saat anda ingin muat-turun (download) aplikasi. Sila lihat developer aplikasi itu dari mana, permissions untuk access apa, arahan dan sebagainya.
3. Ingat berbagai taktik jenis scammer ni. Mereka semua ini sama nak kepada DUIT.
Mereka tidak menggunakan gambar mereka yang sebenar, kebanyakannya guna gambar orang yang tidak dikenali. Mangsa-mangsa ini terpedaya. Jadi tolong peka, sedar dan berhati-hati.
Tidak kisahlah apa jenis scam, scam haji ke umrah ke, di alam maya atau secara langsung, Bitcoin, old money, new money,used money. Kalau mereka nak duit dulu itu mereka adalah menatang scammer!
– Suho Seojun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit