Scammer Guna Nama Kerajaan

Assalamualaikum, terima kasih kepada IIUM Confession kerana menyiarkan luahan hati saya yang tengah sedih sekarang ni.

Hari ni tanggal 09/08/2025 saya hampir di’scam’ oleh seseorang atau kumpulan yang menyamar sebagai anggota kerajaan.

Secara personal, saya tak pernah dengar lagi dari mana-mana tempat modus operandi mereka yang sangat licik dan smooth.

Ye smooth sangat.

Kisahnya bermula minggu ni jugak.

Saya seorang lelaki yang mencari duit dengan membuka kedai kain. Saya akan terima order, jual secara walk-in atau secara online. Saya akan uruskan segala pembungkusan dan delivery kepada customer.

Awal minggu ni saya tiba-tiba dihubungi oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Noor Nadia melalui whatsapp.

Dia perkenalkan dirinya sebagai wakil organisasi yang berkaitan dengan pembaikan dan pemulihan jalan raya di satu daerah besar di Semenanjung Malaysia.

Dia kata dia nak cari kain pasang bersempena bulan kemerdekaan yang bakal berlansung hujung bulan nanti.

Macam biasa, saya akan bagi contoh gambar dulu untuk dia tengok corak mana yang sesuai san kena dengan tema jabatan mereka.

Tak sampai 30 minit, dia terus pilih warna dan terus kata nak 100 pasang (4meter setiap satu).

Mata saya yang dah mengantuk tadi, terus terasa segar. Alhamdulillah! Order besar ni. Kain mahal lagi.

Bersungguh-sungguh saya layan pesanan ni melalui whatsapp.

Dia pun cakap la, ‘encik terima tak pembayaran melalui LO?’

Dia pun jelaskan yang LO ini adalah bayaran yang akan dibuat oleh pihak kerajaan kepada syarikat atau individu yang berurusan dengan mereka.

Proses pembayaran akan dibuat setelah barang diterima, dan disertakan dengan satu dokumen pengesahan untuk meluluskan bayaran. Biasanya ambil masa dalam 2-4 minggu.

Dia sertakan dokumen original daripada kerajaan, nama orang atasan, cop dan tandatangan orang atasan. Memang ori.

Dia ada minta dokumen lain macam SSM, penyata akaun bank untuk diselitkan dalam dokumen LO tu.

Semua dokumen tu memang sebijik diperlukan untuk buka tender kerajaan.

Kita pun bersungguh la isi, cop, tandatangan. Siap dalam satu hari.

Ajain kan?

Saya tak rasa suspicious sangat sebab saya tak pernah berurusan dengan pihak kerajaan.

Saya kata, wow semudah ni ke jadi tender kerajaan. Dapat order, mereka setuju, isi borang, siap. Macam tu je.

Pelik tak pelik, kita fikir rezeki masuk melimpah ruah je. Tak fikir la pasal benda lain.

Saya pun siap order daripada kilang jumlah kain yang diminta, dan terus buat delivery ke kedai untuk saya siapkan penghantaran ke alamat jabatan kerajaan yang dia bagi.

Esoknya, dia update. Dah dapat pengesahan tender kerajaan. Siap bagi LO kepada saya.

Daripada jabatan kerajaan mana, nama syarikat saya, code barang order, kuantiti, harga seunit, total harga dan cop sain orang atasan.

Semua surat rasmi, dokumen rasmi. Tak nampak cacat cela pun. Saya pun makin seronok bila tengok proses ni berjalan lancar. Siap berniat lagi nak buat makan-makan kalau berjaya lulus.

Saya cop, sain seperti yang diminta. Hantar kepada mereka. Semua melalui online whatsapp. Benda mudah, siapa yang tak suka kan?

Keesokan hari lagi (hari ketiga), saya update dekat dia yang minggu depan barang sampai. Dia pun jawab natural macam tak ada paksaan untuk buat online transaction melibatkan duit kita. Kita pun okay je lah kan.

Sampailah hari ni (sabtu), bermulalah modus operandi mereka yang sebenar.

Pagi-pagi lepas saya bangun tidur, saya solat, makan, jogging. Saya dapat 1 mesej dari Nadia ni.

Dia hantar satu dokumen tender yang telah diluluskan berjumlah RM250,000!!!

Dia kata sekarang ni encik tender kami, apa-apa barang yang mereka perlukan akan order dari saya untuk saya supply. Tender contract selama 6 bulan.

Saya rasa macam ya Allah rezeki apa yang kau bagi ni. Saya happy sangat. Dalam fikiran saya, saya akan supply semua kain atau produk yang saya ada sapai duit tu habis sebelum tamat kontrak.

Ye la, mesti la kitaa gunakan duit tu. Kalau tak rugi la. Kononnya lah rugi kalau tak guna. Celaka!

Saya terus whatsapp kat isteri saya “sayang, abang dah jadi tender kerajaan. InsyaAllah macam-macam boleh guna dengan duit ni.”

Isteri saya pun happy. Dia reply sejuk je hati saya baca. “Alhamdulillah. Rezeki abang yang kuat cari rezeki”

Surat tu sangat formal, sampai saya rasa tu bukan scammer.

Lepas tu, Nadia ni kata dia nak tambah order. Dia nak buat gift untuk majlis.

Saya pun on je la sebab duit kerajaan dah bagi. Kita gunakan je la.

Dia kata nak gift daripada vendor makanan (sebut scammer kedua). Tapi saya beli dengan vendor tu, untuk saya jual semula kepada jabatan kerajaan ni.

Masa ni saya pelik jugak. Kenapa dia tak direct contact je dengan vendor tu. Benda kau boleh je contact dia.

Dia explain, sekarang ni vendor tu bukan tender kerajaan lagi. Peruntukan kerajaan hanya kepada saya.

Jadi dia minta saya deal dengan vendor tu, untuk supply kepada saya, dan saya jual harga mark up, sebab peruntukan kerajaan dah ada RM250,000 tadi.

Dia pun bagi la nombor contact scammer kedua ni.

Saya contact la, saya cakap la yang saya ni tender kerajaan yang baru. Saya nak ambil order dari sini untuk supply kepada jabatan kerajaan ni.

Saya tunjuk gambar gift box ‘Scrums & Yuns’.

Scammer kedua ni nama Mr Tan. Dia kata ada lagi, nak bila? Dia bagi harga RM250 1 box. Cadangan jualan RM380 per box.

Saya pun contact semula Nadia ni, dan bagi bukaan harga. Saya mark up sebab harga last minute. Saya bagi harga RM550 per box. Total dia nak 80. Delivery hari ni jugak (sabtu)

Dia terus setuju. Deal. Saya pelik dah. Eh dia pulak yang setuju. Patutnya orang atasan la setuju. Tapi pelik tak pelik, barang dah ada, mata dah kelabu dengan duit.

Saya pun cakap setuju dengan Mr Tan, nak 80 box, delivery hari ni ke jabatan kerajaan tu.

Dia bagi invoice untuk pembayaran full payment, sebelum delivery.

RM250 x 80 = RM20,000. Inilah harga scammer tu.

Saya pun kena ready kan lah duit tu. Saya bersyukur sangat sebab banyak halangan untuk saya transfer duit tu.

Pertama saya tak ada duit sebanyak tu dalam account. Saya banyak buat simpanan yang tak boleh dikeluarkan pada hari yang sama macam unit trust.

Jadi duit memang saya takde. Saya cakap la kat isteri saya, “sayang ada rm10,000 tak untuk top up duit abang. Abang nak beli item ni.”

Isteri saya pun tak was-was. Dia kata ada je. Dia setuju nak bagi pinjam. Tapi saya kat luar lagi, otw balik rumah baru saya buat transfer semua.

Saya kumpulkan duit dari account bank lain, dan kalau tambah-tambah, cukup la buat bayar RM20,000 tadi.

Sampai je kat rumah, saya cerita.semua benda tadi. Isteri saya pun teruja. Seronok. Saya pun nak buat payment tu.

Kat sini saya sedar saya hampir kena tipu. Terima kasih kat isteri saya sebab ayat ni yang buka mata saya dari syaitan.

“Jadi kalai duit ni kena tipu, habis la ye?”

Saya terus terdiam. Saya fikir balik apa yang isteri saya cakap.

‘Ye betul la. Kalau aku transfer ni, tak dapat dah. Macam typical scammer la. Cuma jalan cerita dia lain. Licik sangat’ saya cakap ni dalam hati je. Isteri saya masih tak tau apa yang saya fikirkan.

Saya tengok balik invoice. Saya tengok nama syarikat yang nak buat gift tu, saya tengok nama gift Scrums and Yums. Semua tak ada dekat Malaysia.

Memang tak pernah dibualkan kat mana-mana pun event kat media sosial.

Mata saya jadi gelap, saya kecewa, sedih, geram, macam-macam perasaan saya masa ni.

Saya senyum je dekat isteri saya. Saya cakap “tak apa lah, abang transfer duit hari lain je. Hari ni cuti”

Kami pun siap-siap nak keluar lunch. Memang itu plan asalnya.

Saya terus ignore mesej dari 2 scammer tadi. Saya dapat call bertalu-talu. Saya buat bodoh je. Saya kecewa.

Saya jadi takut nak bukak whatsapp sampai saat saya menaip ni, saya tak bukak whatsapp lagi. Semua mesej keluarga, kawan, semua saya tak baca lagi. Saya kecewa dengan diri saya. Saya benci.

Saya sedar saya hampir ditipu. Kain saya dah order tu siapa nak ambil, siapa nak beli. Rm1800 saya beli kain tu, saya bukan peniaga yang besar-besar. RM1800 tu banyak sangat untuk saya buat macam-macam.

Saya reda je lah sebab kain tak boleh nak pulangkan.

Last sekali, satu saya nak cakap. Ada satu keajaiban yang Allah berikan kepada saya.

Malam jumaat sebelum saya kena scam sepenuhnya. Ada peminta sedekah datang dekat saya. Waktu tu malam, pukul 10 lebih. Dua ketuk pintu kereta saya. Dia cakap dia nak duit sikit sebab family dia perlukan RM400.

Saya bagi RM50 dekat dia. Dia cakap awak nak contact saya ke? Saya cakap, tak payah la. Saya bagi je. Lepas tu dia doakan saya. Semoga hari-hari awak baik-baik sahaja.

Menangis saya bila fikir balik moment ni. MasyaAllah. Kau lindung aku dari ditipu RM20,000.

Moment sedekah ni aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih ya Allah. Terima kasih tuan mendoakan saya.

Sekian, maaf panjang dan jalan cerita tak best. Saya tapi tanpa henti, sebab saya nak meluahkan apa yang saya rasa.

Terima kasih kerana baca. Doakan saya bangun semula.

– Saudagar Sedih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *