Hi. Kenalkan saya sebagai Dee.
Tengah serabut dengan ayah aku yang percaya dengan page jualan kereta lelong bank.
Aku tak pandai nak menyusun ayat. Harap pembaca faham dan bantu aku.
Ayah aku obses dengan Marketplace di FB, satu-satu saluran untuk dia cuci mata di alam maya.
Tak dinafikan 2 biji kereta ayah aku ‘berjaya’ beli dalam Marketplace. Untuk 2 biji ni aku tak ambil kisah sangat.
Tapi untuk kereta yang ketiga ni, memang aku ambil kisah sebab untuk transaksi bayaran, tiba-tiba ayah aku minta aku handle.
Ayah aku tunjuklah kereta yang dia nak beli.
Serius iklan tu dah nampak red flag.
First, harga kereta di bawah market value.
Lepas tu tengok kereta elok kemain tapi harga half dari mudah.my.
Segala perbualan dan urusan hanya melalui WhatsApp. Tiada panggilan telefon. Second red flag detected.
Aku kata nak pergi tengok kereta, kena face to face kan?
Penjual kata kereta dalam gudang, kena bayar deposit dulu, lepas tu baru boleh tengok kereta. Third red flag.
Aku nasihatkan ayah aku untuk batalkan hasrat dia nak beli kereta tu.
Tapi dia berkeras, dan untuk mengelakkan pergaduhan dengan ayah aku (degil), aku transfer jugak RM3K.
Waktu ni memang aku dah start “ikut suka la, nak kena scam ke hape”.
Lepas transfer, penjual kata Jumaat boleh mai tengok kereta.
Dalam aku tak tahu, rupanya ayah aku minta tolong saudara di selatan untuk pergi tengok kereta.
Saudara aku kata ok, dia tolong pergi tengok.
Dia contact penjual tu, penjual kata dia tak nak berhubungan dengan 3rd party person.
End up memang tak boleh tengok pun kereta tu.
Saudara aku kata, itu scammer.
Ayah aku tetap tak percaya (sabar je la).
At the same time, dia minta lagi RM2.7K untuk duit roadtax & insurance.
Time ni memang aku dah give up dengan ayah aku.
Aku kata, ini scammer. Dia akan minta kita buat bayaran demi bayaran.
Biar lah hilang RM3K tu, jangan tambah lagi.
Oh ya, mesti pembaca tertanya-tanya, apa yang buat ayah aku yakin sangat?
Penjual hantar salinan IC dan akaun bank. Memang salinan IC dan akaun bank orang yang sama.
Tapi aku beritahu dekat ayah aku, aku syak scammer ni ah long. Dia guna akaun bank peminjam dia, dan kad di tangan dia.
Tapi ayah aku still menafikan teori aku.
Disebabkan aku dah tak nak tolong bank in next transaction, dalam diam ayah aku pergi transfer jugak RM2.7K.
Yang ni aku tahu dari mak aku.
Mak aku tak percaya tentang kereta ni. Dia tak sokong tapi malas nak bertekak dengan ayah aku.
Dia memang dah tekad nak jugak kereta yang aku tahu tak wujud.
Penatlah nak explain, tak nak dengar.
Sekarang ni, penjual tu kata dekat ayah aku lepas kereta dah siap, dia akan panggil pergi ambil.
Any solution?
Aku risau sebenarnya.
Ayah mak aku bukan muda lagi, dah 60 tahun.
Ayah aku bertegas dia nak pergi jugak untuk ambil kereta nanti.
Buatnya pergi sana, orang tangkap ayah aku ke, pukul atau paksa buat pinjaman ah long…
Aku memang tak boleh nak ikut ayah aku ke sana sebab aku kerja dan kena urus anak-anak aku.
Please help me. Kot ada siapa ada pengalaman, boleh share tak.
Dee (anak yang sayang mak ayah)
– Dee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit