Scammer Psycho Dari Neraka

Saya nak cerita macam mana saya kena scam & modus scammer SYF (singkatan nama scammer). Rasanya mangsa terlibat kalau baca ni pon 50-50 nak comment atau tak sebab benda ni sangat bagi tekanan kepada semua mangsa dan berlarutan lama sangat maybe dah give up nak story.

Awal mula dari 2018 kawan saya ajak saya invest dengan SYF ni like invest 70k to get 100k. Kawan saya ni baik je & trusted. Kawan saya pun story la yang dia selama ni senang sebab invest kat SYF ni la saya pun ok proceed kenal dan berjumpa dengan SYF & invest la from amount 70k to total 800k.

Jangan pelik macam mana konfiden bagi duit banyak she memang licik & she guna black magic too (bukan ku sorang yang kena) sebab she mix siam so faham2 la. Siap bagi agreement itu ini memang real betul kerja dia.

Btw tu memang modus SYF ni jadikan kawan ku salah sorang testimoni berjaya reward kawan saya ni macam2 untuk nmpk SYF ni trusted. Type pon sambil geram ek. Ada je mangsa dari kalangan artis & butik owner also dah tak nak story sebab jaga nama.

The worst part is, contoh saya bagi 800k tu bukan duit saya sorang tapi saya ajak kenalan saya untuk invest sekali. Begitulah jugak mangsa2 lain pun buat benda sama. Ha bayangkan berapa ratus manusia terlibat tapi yang kena tanggungjawab ofcos la yang mengajak ni.

SYF ni hebat kat ig dia memang tunjuk real life cam biasa je, masak2, tunjuk rumah, family, branded item, holiday around the world, selalu check in one & only Desaru.

Segala resort 5 star kat malaysia dia dah merasa. Umrah first class taknak kalah. Sambil buat umrah sambil collect duit haram lagi. Selfie dengan orang famous acah2 itu client. Tah2 she tunggu je artis tu jalan kat situ pastu she mintak selfie pastu pose ala ala macam dah kenal lama langsung tak akward ye.

Btw dari 800k duit saya tu, tinggal 300k SYF kena pulangkan. Oh tidak semudah itu ye tahun demi tahun saya harus bergadai segalanya sebab nak bayar duit kawan2 saya. Ada hari nak terjun dari bangunan. Sampai now ku tinggal spender je.

SYF tu langsung tak peduli hati keras banyak makan duit haram memang manusia iblis paling kejam. Whatsapp, call tak jawap. Janji nak bayar sekian hari, delay dan delay terus macam2 excuse dia kejap ke london kejap ke UK kejap bursa tutup kejap account kena block kejap anak mati suami sakit jantung kejap mak mertua kahwin lagi.

Ada mangsa nya orang orang tua yang habis duit pencen duit nak gi haji duit nak buat rumah, ramai cerai berai sebab SYF ni. Ada mangsa dah meninggal pon lagi seronok la kot scammer iblis tu untung atas angin. Punya keji SYF ni orang maki hamun je dia & family dia. Sumpah seranah anak dia. Dia tak peduli.

Report police?? Berlambak. Road tour tidur lockup satu malaysia dah minah ni. Terlepas macamtu je. Bayar ikat jamin. Dia tak nak bayar kami sebab dia memang simpan duit untuk bayar ikat jamin bayar denda naik turun court. Aset aset bukan nama dia.

A few mangsa dah kena panggil dengan amla pun entah apa cerita senyap je pegawai amla tu. Bertahun dah. Hebat. Bijak. Dia memang terinspirasi dengan movie catch me if you can. Penyangak dan kuat halusinasi si SYF.

“Kejap i nak boarding to UK, kejap husband i kat bursa london later he update payment, oh broker kita tengah arrange ya” semua tu tak wujud.

Berapa banyak number dia guna untuk menyamar screenshot conversation itu ini padahal itu diri dia sendiri just using different number. Yang kantoikan dia ni first family kerabat jugak buat report. Maybe SYF dah bayar balik kerabat tu so kes dah senyap.

Ada Dato jugak kena scam 1mil. Tiap kali isu semasa sdg berlaku dia jadikan alasan untuk melambatkan payment atau dia terpaling bz terlibat dengan semua hal.. “oh covid ni kiteorang buat charity cari funder untuk derma mesin oksigen” “alamak musim banjir ni team i tengah agihkan makanan” “sorry hari ni i bz kami ada meet anak anak yatim”

Ada je group whatsapp pasal minah ni, dia pon ada je dalam group tu baca je orang kutuk dia. Ada je beberapa posting mangsa2 cuba viralkan tapi tak banyak views. Family dia kenyang dengan duit haram jugak so backup je dia.

Mak dia cakap ampa pi bagi duit kat dia buat apa ampa la bodo. Orang dah gi rumah kampung dia. Rumah dia kat kl takleh masuk guarded. Guard pon pening tiap hari ada je orang nak gi rumah dia. Guard pon gelak je kat kawasan rumah dia tu memang ada a few orang scammer tiap hari visitor try nak msuk rumah dorang.

Mertua dia sama sajooo harap je proffessor. Begitulah kalau dah sedap makan duit haram satu keturunan bersekongkol. Scammer ni memang dia jadikan sebagai kerjaya ye.

Banyak usaha keras dia contohnya pergi gym/event orang popular atau tempat orang kaya. Dia memang stalk habis2 orang famous kaya tu gi gym dekat mana. Pastu dia masuk la gym tu. Dia berkenalan dengan orang kaya post story buat macam kenal sungguh. Sekali ada mangsa yang pergi dm orang kaya tu suruh hati hati dengan SYF..

Nak dijadikan cerita memang orang kaya tu reply la cakap SYF memang ada ajak invest!! Maka terkejut beruk. Selain tu SYF beli hermes kat owner butik kat IG pun ada mangsa dm juga owner tu! Owner tu kata, bukan awak sorang je dm, ramai rupanya dah dm cakap pasal dia.

Ohhh cerita tidak berakhir disitu, dah nama scammer licik takkan berputus asa bahkan tahun ni je berjaya scam lagi 1juta. Hebat kan cara dia cari duit senang gila kalah mana mana agent insurance. Terbaru SYF buat account ig & tiktok as travel agent. Jual tiket flight harga murah. Sama la modusnya, ada customer yang dia buat betul betul dapat tiket.

IG/tiktok dia boleh tahan banyak likes, edit cantik. Ko kalo buat affliate mesti dah kayo tkyh asik menipu orang. Ada customer yang lesap duit dapat tiket fake. yang ni yang tengah kecoh kat group. sebijak bijak dia tetap kantoi orang korek jugak sampai jumpa walaupun dia guna acc bank orang lain.

Ada mangsa yang dah guna lawyer, ada yang SYF ni bayar ikut tuntutan, ada yang masih on going case. Ada je yang upah collecor atau gangster gi cari minah ni tapi dia bayar sikit sikit la kot bila orang dah gertak. Begitulah entah sampai bila.

Orang macamni tunggu azab dari Allah SubahanahuAllah Taala sajo. Ko rasa ko hebat ko rasa ko takkan dijatuh kan hukuman ikut undang undang ko boleh sentiasa lepas, ko rasa ko boleh delay kan masa, ko lupa Allah Maha Besar.

Kalau tengok muka memang tak sangka. Aku rasa one day kalau tertangkap sangat pun dia buat2 jadi gilerrrr so tak kena hukuman berat kena hantar tanjung rambutan je.

Lastly, tolonglah jangan sesekali bagi duit dekat sesiapa pun walaupun yang ajak melabur ke apa ke tu darah daging sendiri, ipar ke biras ke, tak payah. Selain company insurance trusted tak payah. Hati hati berurusan kat tiktok/IG. Nak beli apa apa double check everything.

Kalau respon menarik aku share lagi cerita. Kesian kat mangsa mangsa yang belum sedar dia penipu dan masih menunggu duit.

– Sherin Shihlin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *