Scammer Yang Belum Berubah

Maaf. Tajuk agak kontroversi tapi saya bukan scammer.

Saya pernah menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang saya kenal. Banyak saya berhabis untuk dia, walaupun hati saya sakit, saya cuba redha dengan apa yang berlaku.

Malangnya, baru-baru ini saya telah dihubungi oleh orang lain yang juga menjadi mangsa terbaru dia.

Ingatkan dah berubah rupanya semakin teruk. Bukan sorang, ramai dan jumlahnya memang mencecah ribuan ringgit malahan 5 angka.

Sewaktu meminta pertolongan, dia akan menggunakan alasan hanya perlukan teman untuk berkongsi masalah.

Kemudian, lama-lama akan diikuti dengan air mata berjujuran beserta cerita yang sangat sedih konon dia adalah mangsa dan semua orang adalah jahat dan penyudahnya, kita bagi duit macam kena pukau.

Gaya hidup peminjam ini memang agak mewah.

Dekat fb bagitahu sentiasa mewahkan anak, suami bertanggungjawab walhal dia dan suami dia masing-masing pemalas. Sejenis duduk main phone harap duit masuk barangkali.

Dia bercerita memang tak nak kalah sampai kita yang tak sesusah dia pun rasa macam insecure, semua benda orang buat semua dia kutuk. Murah, miskin, buruk walhal hidup dia yang sebenarnya jauh panggang dari apa.

Mengenai hutang, bila waktu patut bayar balik, dia akan buat drama baru. Drama dia sekarang, pinjam duit ahlong. Ahlong ganggu sana sini tapi masih lagi tegak berdiri dekat tempat yang sama.

Kes penipuan seperti ini, kalau report polis beramai-ramai, adakah polis akan ambil tindakan?

Paling kelakar, dia punya cerita nak bayar hutang, nanti aku dapat ratus-ratus ribu aku bayar lump sum, bayar semua hutang orang.

Dah makan banyak tahun, jangan ratus ribu yang muncul, hutang orang RM50 pun tak gerak-gerak lagi.

Kalau kita saman sivil, saya rasa memang tak ada gunanya. Orangnya maaf cakap, tak berduit. Takut dapat LOD nanti, akan muncul drama baru untuk mencari mangsa baru.

Saya tahu sini bukan tempat untuk bertanyakan soalan tapi saya dah buntu.

Saya dah tak nak jadi enabler kerana membiarkan sesuatu yang terang-terang salah.

Benda sepatutnya saya buat dari dulu tapi saya mengaku itu silap saya tapi masih belum terlambat kan untuk saya dan mangsa lain bertindak.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *