Scammer Zaman Sekarang

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya di tipu scammer. Kejadian ini berlaku pada Januari 2022 di mana semua berlaku dengan sekelip mata dalam masa 1 hari.

Pada hari kejadian, saya ada tertarik dengan sebuah iklan yang mencari pekerja part time yang bergaji anta RM100 keatas. Pada ketika itu saya hanya ingin sekadar mencuba dan akhirnya memakan diri saya.

Kisah ini adalah untuk kita mengambil iktibar dan sentiasa beringat ketika melalukan sesuatu terutama nya berkaitan duit.

Saya mula menghubungi no yang tertera di dalam iklan itu untuk mengetahui jenis pekerjaan apa yang akan di beri. Seorang perempuan memperkenal diri dari sebuah company (Magneto company).

Company ini ditugaskan untuk membantu syarikat-syarikat kecil secara online menaikan rating mereka. Mereka ade menerangkan bahawa job ini adalah free tanpa mengenakan sebarang bayaran permulaan.

Permulaan kepada kerja ini saya dikehendaki menyertai satu group chat yang mengumpulkan pekerja2 sambilan. Ada Cina dan Melayu. Di dalam group ni ada admin yang menerangkan job2 yang akan dibuat untuk hari tersebut.

Untuk mendapatkan job tersebut saya perlu menghubungi Customer service setiap pukul 10 pagi.

Pada hari itu saya telah menghubungi Customer service untuk mendapatkan job tersebut. Customer service meminta saya untuk memberikan butiran peribadi seperti nama, nombor akaun bank, akaun media sosial dan pekerjaan.

Untuk tugasan pertama, Customer service akan guide cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Untuk tugas pertama saya perlu klik link yang diberikan dan link itu akan connect dengan laman web Z.

Setelah itu saya perlu screenshot barang yang dipaparkan daripada link tersebut dan hantar kepada Customer service untuk process seterusnya.

Seterusnya Customer service akan memberikan no akauan dan saya Perlu bank in amount dari link tersebut sebanyak RM85 dan duit tersebut akan di refund dengan commission 10% daripada amount tersebut dalam masa 10-15 minit jika tugasan itu berjaya.

Dan setelah itu saya berjaya menyelesaikan tugasan itu dan mendapat refund sebanyak Rm90.50

Disebabkan ketamakan dan kebodohan saya meneruskan job tersebut. Tugasan yang kedua saya harus screenshot set kerusi berharga RM400 dan saya mendapat refund kembali.

Untuk tugasan ketiga, ketika ini lah saya telah ditipu. Tugasan ketika ade menyatakan saya Perlu membeli barang tersebut sebanyak 3 unit bersamaan Rm2069 dan saya tersilap dengan membeli dengan harga 1 unit Rm899.

Ketika itu Customer service meminta saya untuk bank in kan untuk 3 unit dan dengan kebodohan itu lah saya telah  bank in RM2069 dengan harapan saya mendapat refund kembali duit saya RM899 dan RM2069

Tapi tidak berjaya kerana dalam tugasan tersebut saya perlu menyelesaikan tugasan kedua untuk process refund.

Tapi ketika ini saya sedar saya telah ditipu dan ingin berhenti. Akan tetapi ketika ini ade seorang part time member contact saya kerana saya telah left group dan dia bertanya kenapa.

Saya telah memberitahu nya saya tidak dapat menyelesaikan tugas tersebut dan duit saya akan burn. Dia juga menyatakan masalah yang sama dengan saya.

Pada petang itu si dia berjaya mengumpulkan dana untuk mendapatkan kembali kesemua duit dia dan dia telah berjaya.

Pada ketika ini terdetik di hati saya untuk melakukan perkara yang sama tanpa memikirkan akan kesan nya kelak.

Pada malam itu saya meneruskan tugasan itu dengan me bank in sebanyak RM6000++ kerana barang yang saya perlu beli itu berharga RM6000++ iaitu sebuah jaket musim sejuk.

Akan tetapi setelah pembayaran dibuat saya tidak dapat refund kerana sudah lewat. Pada ketika itu saya merasa sangat menyesal.

Pada awal nye pihak Customer service mengatakan saya akan mendapat refund tersebut tetapi dia telah menipu saya.

Untuk saya mendapat refund sebyak RM9000++ saya perlu melakukan tugasan tambahan dengan harga RM10k dan saya menolak.

Pada keesokan hari saya telah melakukan report polis dan sehingga hari ni pihak Customer service menghubungi saya untuk menyelesaikan tugas tersebut dan jika saya cancel saya perlu bank in 30% dari amount RM9000++ untuk mendapat refund kembali.

Pengajaran nya jangan mudah terpedaya dengan iklan2 seperti ini.

Berhati-hati dengan iklan kerja yang meminta anda membuat pembayaran menggunakan duit anda sendiri.

Sekian,

– Unlucky person (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *