Scammers WFH

Hi semua. Aku Anggur. A girl yang almost mencecah 30an tapi dah menganggur hampir 3 tahun.

Sebab menganggur? Family strict, tak bagi kerja biasa-biasa, nak gaji banyak, tak ada experience, tak bagi kerja jauh/merantau.

But that’s besides the point. Harini aku nak cerita scammers yang iklan WFH/remote work. First aku kena was from a company from oversea katanya.

Job aku daripada image kena jadikan text and type dalam bentuk word.

Actually, job ni kau tak perlukan orang pun. Kau boleh convert JPG to Word je. So aku buat camtu je and konon-konon check ada typo ke tak.

And then dapat bayaran dalam dollar. Beribu pulak tu. Rasa masyuk la walaupun aku tau scam. Tiba-tiba tak boleh access bank. Nak access kena bayar 150$. Aku ni dah kering memang tak ada lah duit nak bayar.

Lepastu cam HR yang uruskan tu asyik contact je tanya bila nak bayar bila nak bayar. So aku block je la.

Aku tau scam tapi bila kau menganggur lama, otak kau tepu and aku buat jela kerja tu betangan konon-konon tengah kerja.

First WFH job ni aku dapat dari ads FB. Aku join group cari kerja kosong, kerja remote, kerja WFH. So banyakla cam iklan kat situ kan.

Second time is from Tiktok. Ada job yg kata freelance admin la apela.

Disclaimer, aku tak nafikan ada je legit WFH/remote jobs macam affiliate, host live, digital marketer, designer, everything but yang aku kena scam ni tik tok tu cakap work as a freelance admin.

Dah contact WhatsApp, dia directkan aku kat mentors dia. Lepastu kena buat account fake macam platform Zara la H&M la Larson la tapi bukan dekat official website brands ni.

Lepastu kena siap join group telegram la. Dalam group tu nampak la cam legit “Wau saya dah dapat RM3000. Terima kasih admin.”

Tugas aku is buat task dan seyiap task kena ada modal. Contoh modal RM30 kau akan dapat untung RM15. Lepastu nak buat task setetusnya up dari RM30 tu and makin banyak.

Bila kau tak layan mentors ni diorang akan call kau spam chat kau beria bagai. Bila kau dah transfer duit diorang akan ambik dan block kau.

Susah nak report sebab diorang ada multiple bank accounts guna nama banyak2. Tapi aku dah kumpul untung sikit and aku kena scam duit untung aku tu je.

Aku pergi sound yang terpaling mentors tu chats semua dia buang and aku kena block.

Usually mentors ni pakai telegram premium ya. Bila aku bukak group aku sound eh ni group svammer je korang kena tipu senu bulat-bulat. Terus aku kena kick and block dari group tu.

So aku tak kesah sangat tapi macam kelakar. Tiktokers yang pronote kerja macam ni banyak. Bila tanya kenapa kena bayar oh modal untuk untung katanya.

Itu jelah setakat ni. Aku taubat dah. Tak ada cara mudah cari duit. Yang aku hairan tiktokers yang promote ni still besar account diorang. Pelik aku.

Lepasni nak dapat income, aku nak try buat template canva lah pulak. And aku boleh sikit2 berkeras (gurau) tangan so nak try berjinak-jinak kat situ.

So berhati-hatilah mencari WFH/remote jobs and kepada yang terlibat dengan scam macam ni, enjoy jelah kat dunia yang tak lama ni.

Dunia ni bulat nanti berpusing tak kena kau kena suami, anak, bini mak bapak kau. Hehe.

– Anggur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sis, apa maksud parents you taknak kerja biasa-biasa? berapa gaji yang parents you rasa banyak? zaman sekarang ni banyak company nak orang yang berpengalaman. its okay, kalau mula dari bawah pun. saya sendiri lepas degree, terus dapat kerja jawatan exec dgn gaji RM1500. tapi sebab kita nak belajar & pengalaman saya lompat kerja dan dapat gaji yang selesa sekarang ni. sis pun cakap kan “tak ada cari mudah cari duit”, please keluar dari zon selesa sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *