Assalamualaikum semua. Maaf jika bahasa tak berapa indah atau ayat berterabur. Aku harap isinya sampai pada pembaca. Aku cuba sedaya upaya mengarang dengan baik.
Sejak akhir-akhir ini aku melihat semakin ramai orang bercerai-berai. Dari kalangan rakan-rakan mahupun keluarga terdekat. Malahan di IIUMC ini pun ada banyak kisah ala-ala KRT. Aku bertanya pada diri sendiri..
Mengapa ini terjadi? Apa punca? Mengapa merpati dua sejoli yang janji mahu sehidup semati kemudian satu dua tahun berubah menjadi musuh paling kuat? Saling menyakiti.. Malah ada yang seperti baru sedar. Oohh, rupanya begini perangai sebenar pasangan..
Ada juga kes yang berubah selepas kahwin. Tetapi.. Betulkah pasangan anda berubah?? Atau anda yang tidak kenal betul pasangan anda… Kepada yang sudah berkahwin, tak boleh buat apa dah.. Kene hadap sahaja.
Kali ini aku ingin berkongsi tips kepada wanita yang masih bujang terutamanya.. agar perkahwinan yang anda idamkan kekal till jannah. InsyaaAllah…
1) Kesilapan ketika awal perkenalan.. Ramai orang berpacaran atau bercinta tapi tanya soalan yang sangat remeh seperti, Sudah makan ke? Besok nak makan apa? Good night, I love you you love me. Then, tamat di situ..
Jangan, jangan tanya soalan begini. Buang masa saja. Tak dapat apa2 input.. Kita nak sehidup semati dengan dia ni.. jadi tanya soalan lebih advance. Gunakan peluang awal berkenalan ini sebaiknya.
Saya nak taip panjang sangat. Tapi awak boleh google soalan yang awak patut tanya kepada bakal psangan hidup. Ada hampir 50 jenis soalan! Antara yang awak patut tanya, adalah merokok atau tak?Sebab takkan awak nak hidu asap rokok dia hari-hari. Jika sanggup, terpulang.
2) Nak kenal pasangan itu, kita tengok pergaulan dia bersama keluarga.. Cara dia melayan ibu bapanya dan bergaul dengan adik beradik. Walaupun mungkin ada orang dia layan keluarga lain, rakan lain, tapi percayalah awak akan dapat sedikit input dari situ.
3) Layanan terhadap kanak-kanak. Biasanya orang yang sukakan kanak-kanak ini berjiwa lembut dan penyayang.
4) Lenggok bahasa. Apabila berbual cuba mulakan dengan bersahaja. Biasanya, apabila seseorang selesa dengan kita, mereka secara automatik akan menunjukkan personaliti diri yang sebenar.
Ini bermakna ketika anda berkenalan anda juga perlu jadi diri sendiri! Jika anda rasa serasi di situ anda boleh teruskan. Jika tidak, angkat kaki saja.
Kita nak screen psangan kita ni. Jadi kita tak boleh berkenalan terlalu lama. Sebab itu anda perlu buat semua ini sebelum anda jatuh hati lagi! Jika anda bijak, anda boleh tahu juga jika dia seorang yang panas baran ataupun tidak!
5) Penampilan. No.. Ini bukan untuk melihat dia seorang yang kemas atau selekeh. Ramai orang silap besar bila tengok penampilan. Tapi ini untuk melihat tabiat dan kecenderungan berbelanja.
6) Pekerjaan. Tidak.. Kita bukan mata duitan. Tapi nak melihat kemampuan kewangan dia selain komitmen sedia ada dia ngam tak ngam dengan keadaan kewangan kita.. Haa. Sekarang anda percaya cakap saya.. Daripada sedikit teknik dan soalan anda sebenarnya boleh ‘screen’ bakal pasangan anda.
7) Akhir sekali, bila semua dah rasa macam ngam, tanya soalan cepumas.. Awak suka saya atau tidak? Nah, direct je. Tak perlu pusing kona sana sini. Kalau dia tak jawab atau buat-buat tak faham atau alih topik, awak dah boleh angkat kaki.. Next!
Sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi. Tapi tak tahu nak taip dalam bahasa yang indah, haha.. Jadi setakat ini dulu la ye. Nanti saya dapat idea saya sambung lagi..
Pesan saya, orang bujang jangan takut untuk berkahwin. Tapi takut jika berkahwin tanpa persediaan. Ada banyak buku ilmiah dan juga kepada pasangan berkahwin ada banyak buku anda patut baca.
Manusia selalu berlakon masa bercinta.. Tapi percayalah, semua lakonan itu boleh dirungkaikan. Cuma anda kene guna akal yang bijak sahaja.. Sebenarnya saya sedih sangat bila dengar berita pasangan bercerai berai.
Jadi saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk yang belum berkahwin untuk memilih pasangn paling serasi.. Kita bukan memilih. Tapi semua orang mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kita sendiri kena ubah diri kita menjadi lebih baik.. Paling penting, sayangai diri sendiri dahulu.
Sekian.
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit