Terbaca luahan seorang isteri hari ini, (https://iiumc.com/suami-yang-tak-didoakan/) entah kenapa rasa macam familiar sangat jalan cerita ni. Adakah dia orang yang saya kenal? Saya ada kisah mirip sangat dengan cerita puan ni, saya tak tahu kalau dia orang yang sama.
Pasangan ni asalnya kawan dari SMK dan berlarutan sampai masuk Universiti. Dorang cuma kawan sahaja sampai lah tahun akhir dorang akhirnya mengaku saling jatuh hati sebab selalu caring each other sepanjang dalam Uni tu.
Saya lebih kenal dengan yang girl ni, tak perlulah di hurai rapat yang macam mna cuma saya juga salah satu sahabat yang ada dari awal jalan mereka bercinta sehingga berumah tangga dan beranak pinak.
Girl ni parent dia family dia memang goverment punya background. Parent dia both teacher, siblings dia pun semua educated. Beza dengan boy ni, boy memang hidup susah (mcm yang dalam luahan tu la kemahiran family menjahit) dan hanya dia seorang yang berjaya ada degree.
Yang lain ada yang tak habis sekolah ada yang tak ada pengenalan diri, but boy dengan few siblings dia ada kad pengenalan ikut ayah dia. (well kalau orang sabah tidak hairan ada kewujudan hal2 begini).
So nak di jadikan cerita, dari mereka bertunang memang dah rushing, sebab this girl ada other family yang nak masuk meminang juga, keluarga dia sendiri, ada 2 buah family yang dah masuk merisik.
Tapi mom dia minta tanya that girls sebab tahu dia ada partner and memang mak dia saran cari jodoh orang luar pun, bukan dari family dorang.
That time that boy duduk semenanjung, memang ada kerjaya kerja sebab tu kena terima pinangan dia, tapi setahun lepas tu dia balik kampung sebab nak jaga mak dengan kakak dia. Plus dia ni yang urus semua pengenalan sblings dia yang tak ada pengenalan tu so dia selalu kena ada dekat mereka.
So dekat situ memang dah ada isu macam mana nak proceed to next level relation dorang. Memang that gurl dah timang2 nak teruskan atau pun tak hubungan dorang. Asal bincang pasal hala tuju relation mesti gaduh.
Next I dapat tahu that girl hijrah pergi Semenanjung pulak duduk dengan sister dia. Itu pun sebab ada masalah sikit dengan siblings dia kat rumah mom dia.
Jadikan cerita dia ikut program kerajaan and dapat kerja kat company swasta, tak ingat dah nama apa, tapi bahagian customer services macam tu. Dia memang stabil sikit sewa rumah dengan kawan2 office, dia ambil lesen memandu, sampai dia pindah sewa rumah sendiri dan beli kereta second untuk pergi balik kerja.
Then sebab risaukan cik tunang, that boy follow pergi semananjung, sebb nak jaga that girl. Setahu saya memang that boy ada cuba juga cari kerja tapi tetiba kena penyakit misteri, dekat bertahun juga hingga dah berkahwin, so dia end up ikut berniaga dengan kakak dia je.
Dari jadi assistant tolong2 angkat2 barang sampai la dia sewa tapak sendiri, berterusan macam tu, that boy tahun2 join bazaar Aidilfitri Jln Tar tu itu yang I last tahu, and that girl pun memang ada dengan dia waktu tu.
After 2 year tahu2 dorang dah nikah and masih stay KL, dah sewa rumah sendiri. Tpi memang that boy still berniaga tak kerja, that girl saja yang masih kerja. Sampai la sebelum lockdown pkp tu dia cun2 berhenti sebab dah start mengandung and ada komplikasi sikit sebab office dia tingkat 3 naik tangga, rumah sewa pun naik tangga ada tumpahan darah sedikit.
Lepas dari tu PKP dah, that boy ada buat part time hantar barang masa tu tak pasti pulak barang apa. Tapi dekat nak due bersalin dorg let go rumah sewa tu tak tahu sebab apa then pindah duduk dengan kakak girl tu. Yang saya ada dengar mom that girl risaukan anak dia tu sebab first born tak ada org nak tolong, nak balik kampung tak dapat da, so minta kakak tengok2kan.
Tak lama lepas dia bersalin that girl balik kampung sebab mak dia jatuh sakit. Rasanya dari situ dia start PJJ dengan husband dia tu, sepanjang dia duduk kampung saya tak dengar sgt cerita pasal dia, cuma saya tahu dia ada join family dia berniaga pasar malam macam tu,
Then dengar2 dia saja yang duduk kampung, suami dia duduk daerah lain dengan mak dia pulak. That time I believe they still happy couple sebab ada tgk lagi update that girl pergi rumah mertua dia jalan2 dgn baby.
Few month after that dengar that girl pindah duduk dengan mertua dia sebab kesian kan anak dia bangun pagi cari daddy dia mesti nak video call. Tapi tak lama dapat cerita dia lari rumah pulak sebab gaduh teruk dengan that boy (yang ni dia luah sendiri masa I tanya khabar dia. Itu pun sebab nampak post dia lain macam).
Cerita memang sedikit sama dengan luahan post sebelum ni, dia rasa macam di madukan dengan MIL dia, MIL dia ok je bila berdua tapi bila ada that boy, yang mak caring macam anak tak ada bini, anak sibuk utamakan mak nak berbakti sangat tak sedar bini dah makan hati. Dorang gaduh pun after few month tinggal sekali so rasanya that girl dah pendam banyak.
Yang umum saya dapat dengar caring MIL dia sampai makan minum tumpu kat anak dia saja, pakaian kotor anak dia pun sibuk nak cuci, pakaian menantu dengan cucu tak cuci pulak (alasan sebab tak tahu macam mna yang girl tu prefer) ada masa that girl tahan lapar sebab makanan minta simpankan utk anak dia, tapi sampai je rumah that boy dah makan dulu sebab gastrik tak boleh tahan lapar.
Dah la anak tu menyusu badan, tak naya bini tu menahan lapar tak cukup makan. Lagi yang I tahu Family in law dia memang jenis suka terjah bilik, tiada istilah bilik kelamin, Bilik yang that girl duduk pun klu ada family lain yang datang masa dorang tak da kat situ d bagi je orang lain duduk. Yang bab pisau2 tu memang sama persis cerita dia.
So dorang gaduh that boy cakap nak hantar that girl balik rumah mak dia. Hari tu juga that girl lari dari rumah tu bawa anak sehelai sepinggang ye, minta ambil dengan kawan dia lagi seorang.
That boy sempat tak puas hati, kata wife dia keluar rumah tak minta izin, tgk2 that girl dah balik kampung bina kehidupan sendiri. Pakaian semua beli baru tau kebetulan masa tu dia ada pengeluaran KWSP dan siblings dia sponser.
After 1 year, waktu tu I ada balik kampung, ada juga tgk that girl buka kedai, kadang ada nampak husband dia tolong kadang tak. Berbulan2 macam tu. I assume mungkin kadang husband dia datang situ kot lawat and tolong dia urus kedai. Tapi after few month lagi tgk2 dia bunting 2nd baby, and memang betul dia pantang kat rumah MIL dia.
Setahu saya that time tak ada cerita negatif and dia balik kampung semula after habis pantang and urus kedai macam biasa, tapi dengan bawa baby dia kehulu kehilir. Waktu tu memang family that girl dah mula panas sebab tgk sengsara sangat dengan bersalin operate lagi nak kerja berat2 macam tak ada suami. Lepas tu tak tahu apa jadi.
After 1 year tahu2 dorang ada kat semananjung merantau pulak, both boy and girl. Bila saya tanya katanya kedai dah let go and nak cuba nasib kat negeri orang semula.
Sampai 2 tahun tak balik, tengok update dia kat medsos macam happy2 je tapi memang status WA dia kadang pasal luahan hati la, kata2 motivasi, kadang post video kata2 hikmat dari tiktok. After telefon that girl rosak saya dah lost contact, tak tahu update sangat da, saya pun busy dengan kerja.
As I know that boy memang banyak kakak2 dari dulu memang dia selalu tolong2 kakak2 dia berniaga, tolong angkat barang setting tempat. Kakak2 dia ada je laki masing2 tapi tak tau la apa kejadian sebenar, That girl sampai istilahkan “sanggup jadi kuli2 daripada cari kerja” (based on status WA dia sebelum ni lah)
In addition, that boy selalu dapat call dAri kakak2 dia atau anak2 buah dia urusan remeh2 pun nak that boy yang uruskan atau jadi rujukan. SAmpai keluar istilah macam “macam ada dua bini” ini that boy sendiri yang cakap tau. Dia bila dapat call tu dah macam ‘call of duty’ orang kata sebab memang terus hilang pergi ke kakaknya.
TApi yang umum i know kereta2 yang selalu dorang guna pun kereta kakak that boy. Mungkin boy ni jaga relation atas kepentingan juga.
For that girl yang I tahu, dua2 anak dia susu badan, memang melekat kat dia pun, dia tak bagi susu botol sebab nak jimat katanya, Rezeki anak2 pulak susu meriah. Dia tak kerja pun sebab pesan terakhir arwah mak dgn kakak dia pesan suruh jaga anak dia elok2, tunggu anak besar baru lah kerja. InshaAllah rezeki datang tepat pada masa katanya.
As I know that girl ada je pohon kerja mana2 tpi tak tau la update apa, pasal yang kena ugut kena ambil anak tu saya tak tahu sangat mungkin antara dorang dua je kot. I tak tahulah kalau betul confession Suami yang tak di doakan tu daripada that girl atau pun bukan, yang saya tahu memang dua2 jenis setia, tak banyak cintan cintun sebelum relation, tak sosial
. Pernah juga dengar desas desus that boy chat friend dia then dia tak mengaku dah berkahwin bila d tanya. Tapi kes settle cepat sebelum melarat. Yang lain semua nampak normal mcm happy family lain.
Gurl…kalau betul itu awak, satu saja saya nak pesan tetaplah waras untuk anak2, dekatkan diri dengan Allah, sibukkan diri dengan perkara2 baik, dengan perihal sendiri, jangan sedih jgn makan hati.. dan jangan pernah berhenti untuk apply job and try apa2 yang boleh datangkan income.
Ingat suami bukan milik kita sendiri, ikut arus kehidupan tapi jangan merundum tingkatkan jati diri. Kalau betul nak cerai ikut la, you know the best utamakan diri dan anak-anak you. Last jika betul itu awak, awak akan tahu siapa saya, you have my number text me, saya akan selalu ada untuk dengar keluh kesah awak.
Sorry have to post your story like this, I tak boleh kalau orang cakap you bodoh, you mungkin hanya sedang kalut dan kusut. Bangkitlah untuk diri sendiri dan anak-anak. I know you masih harapkan kemanisan rumah tangga yang hanya beberapa ketika you selalu rasai, tapi bukan macam ni, utamakan kesihatan mental you.
For that boy, I harap you sempat sedar dan berubah sebelum terlambat. Hati perempuan ni kalau dah tawar lain, dah pernah hadap sebelum ni kan?
Takkan ada mind set boleh tundukkan juga macam sebelum ni, perempuan kalau dah nekad lain macam tau, berputih mata la jawabnya. Melainkan lah awak memang selesa hidup solo, ke sana ke sini tak ada beban, lepaskan cara elok that girl she deserve better than you.
Rasanya dia bertahan pun sebab fikirkan anak je. Bagi duit yang tak seberapa tu tak akan mampu semaikan cinta dia untk awak. Tgk gambar2 dia bertiga dengan anak2 saja rasanya dia dah tak kisah hidup sebagai janda sebab dah selalu di tinggalkan.
PJJ tu ok lagi, tapi kalau perasaan wife pun tak boleh nak jaga, video call asbab nak tgk anak saja, nak anak kenal awak saja tak ada guna. Nanti bila dah ada boy lain yang interest kat janda awak bru nak gila talak baru nak berubah tak ada guna.
Tapi rasanya keadaan tak akan berubah selagi masih dalam circle yang sama. Kalau kita tak boleh ubah orang lain (termasuk ipar2 yang balik2 call tu) kita ubah diri kita sendiri. You go gurl!
– Fiona (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pening saya baca the boy, girl itu ini. baik letak nama ja cth (Ahmad, Lina).
rasa macam dengar gossip petang2 pulak, bukan cara penulisan bagi orang faham.
klau bercerita boleh la gaya ini, kalau penulisan, tak mampu nak teruskan. sekian
betul bang.. penin baca dia ni tulis.. baik tak payah tulis, terus je private message kawan tu..
ntah berapa kali ‘after n year’, aku dah tak tau zaman mana 1 dia tngah cite ni..