Seandainya Takdir

Ya, aku sendiri masih terfikir. Inikah takdir? Setelah aku penjarakan Suami yang bersamaku hampir 10 tahun. Inikah Takdir? Setelah aku buat keputusan membiarkan Anak Kecil ku (4 orang) membesar tanpa Bapa disisi. Allah.. Sesak dada aku.

Aku Hanna, seorang isteri dan Ibu kepada 4 org anak yang masih kecil. Ya! Kecil sangat, di antara 1 tahun-7 tahun kesemua mereka.

Rumahtangga aku 10 tahun lebih. Tetapi sepanjang itu aku diuji dengan masalah Baran suami. Ya, suamiku “Si Kaki Pukul”.

Aku dipukul, dibantai tanpa memikirkan masa. Dihadapan orang, Dihadapan Anak, Semasa Hamil/Pantang. Tapi aku tak mampu berbuat apa kerana aku sendiri. Aku punya wang. Tapi aku tidak punya kekuatan untuk pergi. Aku juga mengalami tekanan emosi yang sangat mengganggu kesihatan diri sendiri ditambah pula dengan keadaan anak yang masih kecil. Aku lemah.

Rumahtangga aku dan suami sejujurnya tiada masalah. Dia tidal jahat. Dia tidak curang. Dia bertanggungjawab dan rajin dalam membantu aku kerja mahupun menjaga rumah dan anak anak.

Tetapi semuanya hanya berpunca kerana Sifat Ketidak -Percayaan kepada Isteri. Suami aku tidak percayakan Isterinya.

Aku seorang menantu yang dibenci mentua. Kami hidup berasingan. Mentua sering memburukan aku dan mengaibkan aku pada orang sekeliling. Tetapi hal ini tak dapat diterima Suami. Bagi dia, dia gagal mendidik aku menjadi isteri kerana itu org berkata buruk tentang aku.

Dan pukul adalah cara aku diajar. Dipijak, Dihentak, Dicekik dan Diheret rambut itu adalah makanan aku selama perkahwinan kami.

Benar kata orang, Isteri adalah acuan dari Suami. Hari berganti hingga hari ini maka terbentuklah aku menjadi seorang yang makin keras, tawar hati dan melawan (Bila dipukul, Aku tumbuk kembali)

Tapi kami masih bersama. Kalau aku minta cerai separuh mati aku dikerjakan.

Tahun 2014, Suami cuba utk berubah. Tetapi dengan cara menjauhkan diri dari keluarganya. Kami pergi kaunseling Syariah. Kami lalui kehidupan bersama anak anak tanpa pulang ke kampung selama beberapa tahun. Alhamdulillah mmg berhasil. Tetapi aku yang serba salah umpama dia memilih aku dan meninggalkan keluarganya. Aku dilema.

Tahun 2016 aku disahkan hamil anak ke-4. Aku memaksa Suami utk kami pulang ke kampungnya. Jumpa Mak Abah minta ampun maaf. Dan sejak itu, bermula lah kembali detik hitam kehidupan aku. Pulang dari kampung, Suami mula memukul kembali. Aku pun tak mampu kawal kemarahan pabila mendengar kata kata fitnah mentuaku. Api mula bertemu Api. Hinggakan Suami aku menyumpah aku susah bersalin masa itu.

Selepas lahirnya anak. Mentua dtg ke rumah dengan angkuhnya mencadangkan utk aku ikat peranakan sebab asyik beranak. Mentua juga kata anak lelaki nya semakin susah sejak berkahwin dgn aku dan makin miskin selepas aku bersalin. (Masa ini Suami aku dah setahun tidak berkerja)

Aku diamkan diri. Mereka pulang dan aku dipukul dalam pantang kerana perkara biasa. Aku dah boleh agak.

Mak Mentua kata Suami ku jadi bodoh sekarang, dengar kata Isteri, Bagai lembu ditusuk hidung. Isteri cuba menjadi ketua keluarga (Kerana aku yang bekerja) , Isteri aku kurang ajar dan tidak pandai menjaga anak dan suami.

Ok aku bosan. Tahun 2018 segalanya makin mencabar sejak Suami aku disahkan sakit. Kegagalan Organ dalaman. Mentua pula hanya menambah minyak dengan berkata bahawa sakit Suami aku disebabkan aku bomohkan dia utk mati. Allah.. Saat ini kebencian seorang Suami jelas terpancar. Suami menjadi ganas 3x ganda. Aku dipukul bantai hingga cuba dibunuh. Dia membawa aku ke pengamal perubatan utk mendapat balasan bomohku katanya.

Anak anak menjadi mangsa melihat keadaan yang makin ganas. Sumpah. Aku tak tertahan. Anak aku berusia 6tahun merayu meminta aku memanggil Polis. Mereka tak sanggup hidup bersama Bapa mereka. Dan kerana itu keputusan terakhir ini dibuat. Ya aku dah nampak. Mereka sudah mula besar dan inginkan ‘Full-Stop’ atas keganasan ini. Dan saat kisah ini ditulis. Suami aku masih di dalam reman atas 2 pertuduhan (1) Keganasan RumahTangga (2) Kes Pukul.

Sekarang keluarga mentua hari hari memaksa aku untuk menarik kes pertuduhan atas anak mereka. Hinggakan mengugut tidak akan mewalikan anak anak perempuan aku pabila mereka dewasa.

Bagi aku mudah. Dari mereka kecil kalian tidak pernah mempeduli. Dan mengapa sekarang bercerita tentang mereka besar?

Aku masih belum ada kekuatan utk menarik kes. Aku juga failkan Fasakh utk diceraikan.

Hingga hari ini aku tegaskan pada semua. Suami aku bukan orang jahat. Tetapi dia alami tekanan yang melampau. Dia perlukan rawatan dan bukan bomoh. Dia perlukan bimbingan agama (Kerana sejak dia sakit dia marah pada Allah). Dia perlukan bantuan dari yang betul betul mampu membantu. Bukan dari keluarganya yang hanya merosakkan kewarasan Anak Sendiri.

Aku menulis bukan meminta simpati. Tapi aku menulis meminta doa kalian agar Anak anak aku diberi kekuatan untuk membesar tanpa Kasihnya seorang Ayah.

Aku hanya lakukan apa yang perlu. Pulangkan dia pada Ibu (Syurganya). Kerana dia hanyalah pinjaman buat aku.

Jelaskan bukan mudah kita ni menantu nak masuk dlm keluarga mentua. Jangan kata aku xhulur ya. Beribu dah beri. Aku sendiri masih menyewa tetapi Suami dah belikan mereka 2 biji rumah. Benda makin keruh sejak ada Anak Pertama, tiap kali Suami belikan aku atau anak apa apa mereka akan pertikaikan dan jadikan isu. Hingga tahap hal anak susu pampers semua aku tanggung. Beranak ke, Berurut ke, Sekolah anak ke segalanya kau tanggung kerana letih dijadikan isu aku hidup belagak habiskan duit anak mereka. Habis berkorban dah aku rasa bab Duit ni.

Mesti semua tertanya tentan Mak dan Ayah aku kan? Aku dibesarkan dari keluarga yang agak ‘have-have’ kerana itulah aku terpaksa bertahan. Kerana keluarga aku lebih fikirkan Nama Baik keluarga. Mereka juga sudah berpisah tempat tinggal tetapi bertahan atas sekeping kertas (Sijil Nikah) Demi Nama Baik. Kerana itu aku diam jadikan ini makanan hidupku.

Ya Allah, Jika ini jalan kehidupanku, Kau permudahkanlah. Bukakanlah hikmah dan rahmat buat aku dan anak-anak..

Aaminn..

– Hanna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *