Seandainya Takdir II

Untuk part I, (https://iiumc.com/seandainya-takdir/).

Peluang itu sia sia. Kemaafan itu dusta dan Derita itu tiada pengakhiranya..

Selamat Hari Raya semua.
.
.

Tahun lepas aku sharekan jalan hidup aku yang aku lalui. Mesti semua akan kata aku bodoh baca confessions kali ini.

Ya aku bodoh. Aku gugurkan kes keganasan rumahtangga pada suami. Aku beri dia peluang kembali pada aku dan anak anak akhir 12,2018.

Keputusan aku dahulu penjara kan suami sgt mendapat benci di hati Mentua dan Keluarga aku. Tak pernah sekali pun mak aku datang mahupun bertegur sapa saat aku tekad berpisah.

Pelbagai fitnah dan kata buruk yang makin berleluasa dicanang sana sini. Adik adik aku sorg pun tak peduli. Semua orang berkata kejamnya aku penjarakan Suami.

Ya, aku sendiri.

Sakitnya hanya Allah yang tahu. Dan akhirnya aku gugurkan kes terhadapnya yang berdepan penjara max 2 tahun.

Aku percaya dia berubah sebagaimana dia mula solat, dia mula membaca buku agama dan dia mula bercakap dan mendampingi aku dgn lembut dan kasih sayang.

Sumpah. Itu yang aku impikan. Terasa disayangi . Hahaha cetek betul fikiran.

Tapi selepas kes ditarik. Neraka itu tidak habis disitu. Dia mula pandai tinggalkan aku dan anak anak sendiri. Macam bermadu dgn mentua.

Bila sampai barannya. Dia mula hamon hina dan lempar pelbagai tuduhan pada aku. Dia percaya apa yang Mentua ceritakan.

Sepanjang dia di penjara, Mentua ada datang ke rumah minta aku lepaskan Suami. Dan jangan benarkan Suami pulang ke rumah aku. Tapi pada Suami kata mereka aku halau mereka, aku halau Suami dan tak mahu lihat muka Suami lagi dan mereka juga kata aku desak untuk diceraikan.

Allah. Segalanya dipusing kembali pada aku. Aku mmg ada ke Peguam bertanya tentang Fasakh. Tapi aku takde mendesak Mentua begitu malah Mentua yang berkali kali rayu minta pulangkan Anak mereka.

Hari berlalu on off gaduh maki hingga aku terpaksa ditahan atas tekanan perasaan melampau. Aku kena makan ubat “Depression”. Tapi Suami atau Keluarga aku sorang pun tak peduli.

Aku redha. Untuk dapatkan kepercayaan Suami semula aku serah segala urusan perniagaan pada nya. Aku tak nak dah. Aku nak dia yakin aku percaya dia jadi Ketua Keluarga.

Aku salahkan diri aku Suami masih tertekan mungkin. Dia selalu cuba cari pasal dan terus keluar dari rumah tinggal aku dan anak anak. Aku diam Aku terima sahaja.

Allah nak tunjuk juga.

Malam raya aku ditinggalkan dengan Anak anak sendiri dirumah. Suami balik rumah Mentua.

Seperti biasa dia akan cari pasal untuk bergaduh dan dia keluar dr rumah. Cuma kali ni aku tak layan. Aku cuma cakap “U buat macam ni sbb nak balik rumah Mak kan?” I beri. Pergilah. Tak perlu terus buat i sedih.

Dia kata hidup dengan aku buang masa dia. Dengan aku yang sakit “Mental” bodoh ini. Perangai aku yang Banggang ini.

Aku diam aku cuma kata lepaskan aku jika itulah tanggapa dia pada aku.

Dia kata okay lepas raya dia akan ceraikan aku. Akhirnya. Aku redha.

Tapi yang aku tak sangka bapak aku call marah marah aku katanya Suami aku beritahu aku xdengar kata dia. Aku yang tak nak balik kampung sbb buang keluarga. Aku kurang ajar dan banyak lagi.

Allahu. Ujian aku. Aku cuba bersuara, tapi bapak aku kata tak perlu cakap apa apa. Tak perlu minta simpati. Hidup aku ibarat kucing kurap.

Mak aku tambah panas kata aku memang anak kurang ajar. Benci mak dan adik adik.

Sekarang semua aku rasa gelap sangat. Aku berkurung sendiri kat rumah dengn harapan tersimpan aib Suami orang tak nampak aku bersama 4 anak sendiri.

Aku tak cerita apa apa pada bapak aku sebab aku tak nak Mak dan Adik2 aku marah kata aku cuba spoil kan mood Bapak aku.

Tiada siapa percaya pada aku.

Seperti confession yang lepas, aku tekankan aku tak minta simpati. Yang aku minta ada sedikit kekuatan untuk aku terus melangkah.

Aku sendiri. Ditinggalkan dgn sakit kemurungan, tiada apa apa. Yang tinggal hanya Anak anak.

Mungkin ini bahagian aku. Rezeki kami dah tertulis begini.

Aku nak pesan satu sahaja, Kepercayaan adalah tiang dalam rumahtangga. Sebagaimana Solat dalam Agama.

Kita solat sebab kita percaya Allah itu ada.

Jika tiada kepercayaan hancur segalanya.

Memang syurga bawah kaki Ibu. Tapi ke Syurga kah kita saat kita menyakiti dan menganiaya Isteri, amanah dari Allah.

Islam itu Indah. Jangan ambil kesempatan atas keindahan Islam itu.

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *