Sebab Aku Juga Berfikiran Seperti Ika

https://iiumc.com/dia-suamiku-hanya-pada-jasad-ii/

Berdasarkan luahan di atas. Aku terpanggil untuk meluah juga. Macam dalam tajuk, aku pemikiran macam Ika instead of Aira.

Aira, laki aku pernah cakap dia sedang menyukai dan mencintai perempuan lain. At the same time, dia sayang aku. Aku bukan nak cerita bertapa remuknya hati aku.

Tapi aku nak cerita macam mana aku dengan laki aku selesaikan masalah ni. Laki aku cakap banyak kali, kalau dia perlu ceraikan aku untuk bersama orang lain. Dia rela tolak perempuan tu.

Dia taknak hilang aku yang selalu manjakan dia, dengar luahan dia, bagi support kat dia. Dia taknak hilang aku, tapi dia tgh pendam rasa kat perempuan lain.

Apa yang aku buat, aku minta 3 hari untuk urus emosi aku. Untuk urus pros and cons. Aku minta masa untuk react dengan luahan dia sebab aku taktau nak rasa apa bila dia luah benda tu. Sumpah numb weyh.

Aku jarang deep talk dengan laki aku, so bila dia luah mcm tu, aku rasa kehilangan tapi tidaklah begitu terkesan. Maksudnya aku takdalah emo mana.

And laki aku yang terkesan dengan reaksi aku, sebab dia tak jangka pun yang aku akan jawab dengan tenang dan senyum. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Aku tanya habis, nak kawin dengan dia ke? Apa plan awak dengan dia? Ada nak mencuba-cuba ada hubungan belakang aku ke nanti? Dia kata dia luah sebab nak minta aku tolong doakan dia agar perasaan tu hilang dari hati dia.

Tapi aku tak doa untuk benda tu, aku doa Allah bagi yang terbaik untuk aku dan laki aku. Sebab bab hati ni Allah ja yang boleh ubah.

Kalau Allah bagi ketetapan tu sebagai ujian untuk aku, aku terima. Kalau Allah bagi perasaan tu kat suami aku supaya aku dapat yang lebih baik pun aku terima.

Aku cakap dengan Allah, andai kata perasaan yang laki aku ada sekarang, ini baik untuk kami berdua, jangan hilangkan perasaan tu.

Kalau perasaan tu datang sebagai ujian untuk menguatkan ikatan perkahwinan kami, maka tepat pada waktunya hilangkanlah segala perasaan tu.

Andai kata aku ni cumalah jodoh sementara, maka kuatkanlah dan redhakanlah hati aku.

Pada aku Ika tak selfish mcm Aira. Dia fikir diri dia, keluarga dia. Aku pernah ada dalam situasi Aira, tapi aku sentiasa set limit aku.

Masa bercinta dulu pun, suami aku pernah ada org lain dia sayang gila nak mati dan tak boleh nak move on. Aku cakap bagi aku last chance untuk spend time dengan dia. Kalau dia still nak kat perempuan tu, takpalah aku undur diri.

Aku fight untuk dia aira, tapi aku tak guna orang sekeliling dia. Aku tak paksa dia. Aku minta peluang.

Kalau dia tak bagi, aku mungkin akan single seumur hidup sebab aku tak boleh move on dengan dia. And aku tak kisah pun single. Aku siap set matlamat lagi kalau aku single aku nak buat apa.

Maksudnya, kalau suami aku kata dia nak kawin lain. Kawinlah. Kalau aku rasa aku takleh nak taat, selepas 3 bulan dia kawin baru.

Then aku minta jasa baik dia lepaskan aku. Sebab aku mungkin akan berlaku nusyuz dan tak lagi bersyukur. Aku mungkin akan tertinggi suara dan sebagainya.

Aku faham Aira nak fight untuk perkahwinan dia. Tapi, sampai bila kau nak makan hati? Sampai bila kau nak seksa hati kau sendiri? Orang dah taknak weyh. Peluang pun dia tak bagi. Kau je terhegeh-hegeh. Siap cakap Ika red flag.

Belajarlah bahagiakan diri Aira. Bukan semua berputar disekeliling kau je. Bina ruang kau sendiri, bina kebahagiaan kau sendiri, kau ada family mak ayah, ramai lagi sayangkan kau.

Apa kata kau hargai orang yang sayangkan kau dulu, instead of nak orang yang kau sayang, cintai dan hargai kau.

Sorry kalau confession ni agak kasar. Tapi it’s for your own good. Aku tak boleh nak drop komen kang nanti terbuka pulak aib suami aku. So aku komen melalui confession lain. Sekian.

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *