Assalamualaikum. Aku tertarik nak reply post bertajuk, Isteri Pukul Diri Sendiri. Sebelum bercakap lebih lanjut, sedikit latar belakang aku. Aku seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata, juga seorang surirumah dan tinggal bersama mertua.
Kenapa tinggal bersama mertua? Situasi lebih kurang sama dengan confessor berkenaan tapi lebih kepada kerana suami aku jarang ada dirumah atas faktor kerja. Mampu untuk menyewa tapi atas sebab keselamatan, suami minta aku tinggal bersama mertua semasa ketiadaan dia yang keluar bekerja.
Pengalaman tinggal bersama mertua? Tak lah horror seperti yang sentiasa digembar gemburkan ramai wanita, mungkin rezeki saya dapat mertua yang ok. Kecik hati, tak sependapat itu perkara biasa. Tapi sebagai menantu, kita kena bijak menangani. Bukan nak membandingkan diri akubdengan isteri confessor, lain orang lain cara pengurusan stress tu. Tapi bayangkan, aku tinggal dirumah mertua bersama anak sahaja. Suami jarang balik, seminggu sekali je. Lagiiii banyak yang akubpendamkan. Bukan taknak ajak berpindah, tapi aku pun risaukan faktor keselamatan kami anak beranak, kerana pernah terjadi sesuatu tak lama dulu. Jadi aku akur dengan permintaan suami.
Ok apa yang aku nak share ialah serba sedikit nasihat buat confessor Darth Vader untuk memujuk seterusnya menangani masalah isteri. Pertama, suka atau tidak, ya, punca isteri encik berkelakuan begitu adalah kerana dia tertekan dan tidak suka tinggal bersama ibubapa encik. Dia tak pernah mengadu macamtu pun? Haha. Dia dalam dilemma encik, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Ketahuilah, isteri isteri ni bukan senang senang nak mintak itu ini dengan suami. Dia faham situasai kewangan encik sekeluarga sebab tu dia tak memaksa untuk kalian berpindah. Dia cuba bertahan. Tapi dalam masa yang sama dia tertekan. Kenapa tertekan?
Tinggal bersama mertua ni encik bukan sekadar tinggal sebumbung bersama ibubapa encik, bukan sekadar kena tolerate dengan ibubapa encik sahaja, tapi seluruh ahli keluarga encik. Name it, kakak, abang, adik ipar, biras, kakak ipar, abang ipar, anak buah, pakcik, makcik, atok, nenek. Yesss semua. Encik sendiri cakap setiap hari rumah ibubapa encik dipenuhi dengan anak buah encik. Aku juga melalui rutin yang sama setiap hari. Memang kadang jiwa aku juga memberontak. Kita nak berehat, anak buah ni datang conquer TV, sepahkan rumah, sepahkan dapur yang kita dah kemas. Penat encik. Belum kira anak kita bergaduh dengan sepupu mereka lagi. Fuhh. Kalau duduk berkurung dalam bilik je, nanti dicop menantu pemalas, sombong, tak pandai bawak diri. Yang paling penat ialah terpaksa fake depan semua orang setiap hari walaupun hati kita sakit, benci dan tak suka. Semuanya demi siapa? Demi suami. So, dah tau puncanya kan? Cubalah ikhtiar cari jalan penyelesaian kepada masalah itu.
Keduanya, berkenaan dia benci biras dia dan encik tahu mengenai ibu encik kerap memburuk burukkan dia dihadapan ahli keluarga lain. Ini 1 lagi masalah. Orang perempuan ni encik, emosi kami kompleks. Depan orang, kami mampu gelak gelak macam takde apa, tapi dalam hati Allah je yang tau betapa nak meletopnya tengok muka muka orang yang berkenaan. Cuba tanya kenapa isteri encik rasa macamtu. Pengalaman saya sendiri, ibu mertua saya pun ada ‘angin’ dia yang tersendiri. Dia tak suka menegur secara depan depan. Tapi dari cara dia, kita tau dia tak suka. Terutamanya dalam hal pengurusan rumah dan anak anak (cucu dia). Pernah je, kami berkumpul ramai2 mak mertua aku hanya bercakap dengan biras aku, sementara aku kat sebelah ni macam tak wujud. Pernah jugak mak mertua aku cakap benda yang tak betul pasal diri aku depan orang lain. Dan hampir setiap hari mak mertua aku akan mengadu perangai biras biras aku yang lain walaupun depan mereka mak mertua aku ok je. Jadi boleh faham tak?
Kami perempuan, memang boleh jadi ‘poker face’ semata mata taknak perkara jadi lebih buruk. Itu sahaja. Bayangkan kalau aku cerita semua hal remeh temeh tu pada suami aku, apa jadi? Encik nampak kakak ipar encik tu baik, tapi antara mereka apa yang jadi hanya mereka yang tahu. Macam kes aku, kakak suami aku rupanya selalu jadi spy dan reporter tak berbayar pada mak mertua aku. Apa yang aku post di FB, dia akan report kat mak mertua aku. Selalunya aku akan post berkaitan anak, contohnya cara pembelajaran untuk anak, tapi entah apa yang dia ceritakan pada mak mertua, sampaikan dia dan mak mertua memerli aku berkali kali kononnya macam pandai sangat jaga anak. Kes yang sama juga terjadi pada biras aku, sehinggakan mereka hampir bercerai. Alhamdulilah jodoh mereka masih panjang. Nauzubillahminzalik. Apa yang dia nak, kami pun tak tau. Jadi encik, nasihat aku dalam rumahtangga, sebagai ketua keluarga, pertahankanlah isteri encik daripada dibuli secara emosi dan mental oleh sesiapa sahaja. Jadilah pendengar yang baik buat isteri encik dan fahamilah dia.
Ketiga, berkenaan marah isteri encik pada anak anak. Pada saya puncanya bukan kerana penat, tapi lebih kepada ‘takut’ yang membawa kepada stress. Tinggal bersama mertua ni encik, macam tinggal kat bawah mikroskop tau. Setiap inci, setiap gerak geri kita akan dinilai dan diperkatakan. Macam aku, pernah marah anak aku menangis masa dalam pantang, sampai aku pun menangis sekali, sebab? Sebab setiap kali anak aku menangis ketika dalam pantang, mak mertua saya akan cakap susu akubtak cukup, paksa bagi susu formula, paksa bagi makan nestum. Sebagai ibu, aku takut kalau anak aku diapa apakan (bagi nestum sbg contoh). Jadi, aku dalam ketakutan, sebab tu aku bertindak macamtu. Aku tak klasifikasikan diri akubsebagai meroyan, sebab perkara tu terjadi dalam 2 kali saja sepanjang tempoh itu. Bila tersedar, aku cepat2 berzikir dan minta perlindungan dari Allah. Alhamdulilah, tiada lagi kejadian seperti itu. Jadi encik, bantulah isteri encik untuk hidup dengan lebih tenang dan aman.
Keempat, berkenaan isteri encik yang tidak gemar menolong ibu encik memasak dan melakukan kerja rumah pada waktu malam disaat semua orang tidur. Aku faham sangat kenapa. Dulu, masa mula mula kahwin, aku rajin menolong didapur dan melakukan semua kerja rumah. Tapi kerana setiap kali aku masak, mak mertua aku takkan jamah dan rumah bersih macamana pun kakak ipar aku masih persoalkan akubbuat apa je kat rumah ni setiap kali dia balik, aku jadik malas. Bukan kecil hati, tapi malas. Rasa macam tak ada guna aku buat apa pun, orang tetap nampak yang buruk. Baik aku jaga hati, jaga diri sendiri je. Aku hanya akan masak kalau suami aku ada kat rumah. Lagi satu encik, dapur dirumah keluarga encik tak sama dengan dapur dirumah keluarga isteri encik. Macam aku, keluarga aku tak berkira bab makan. Sekali masak memang akan ada ayam, ikan/seafood dan sayur, 3 jenis lauk.
Belum kira buah dan dessert lagi. Tapi dirumah mertua aku ni, memang akan makan ikan sahaja hari hari. Dapat jumpa ayam dalam seminggu tu, memang bertuahlah. Lepastu setiap kali nak masak, memang mak mertua aku akan tanya dengan nada agak tinggi, nak masak apa tu? Hah masak ni je, tu nak makan esok. Tu nak makan hujung minggu bila semua orang balik. Lama lama, mood nak masak pun kelaut. Tu belum time aku keluar pegi beli lauk sendiri, setiap ikan, ayam, sayur yang saya beli tu dia akan tanya kenapa beli, beli kat mana, kenapa tak beli kat sana, harga kenapa macamni, orang kat rumah ni tak makan benda benda ni. Tak ke jenuh nak menjawab. Oh lagi satu, tinggal kat rumah mertua ni tak boleh keluar suka suka hati tau. Walaupun kau nak pergi kedai beli pad. Haha! Semua dia tanya, siasat, macam polis pencen. Nak keluar pegimana? Buat apa keluar? Nanti nanti jelah beli. Kalau kau cakap saje nak keluar makan angin, bersiar siar, jelingan mautlah kau dapat. Tapi aku keluar je, buat dek je. Kesihatan emosi aku lagi penting daripada soalan kau. HAHA.
So apa kau boleh buat sebagai suami? Buat macam laki aku buat, haha. Time cuti, bawak anak isteri kau keluar pergi jalan jalan. Walaupun mak kau akan membebel sebab tak melekat kat rumah time cuti, tapi kau kena faham, itu jelah masa isteri kau nak mesra mesra, bebas buat apa dan cerita apa je kat kau. She needs that. Tolonglah jadi considerate. Kalau dia boleh bertahan tinggal kat rumah keluarga kau, takkanlah kau tak mampu nak hiburkan hati dia seminggu sekali. Kedua, bagi isteri kau time off. 2-3 bulan sekali, hantar dia balik kampung dia, duduk sana dalam seminggu dua. Biar dia lepas rindu puas puas kat mak ayah dia, adik beradik dia. Biar dia lepas rindu dekat cara hidup dia yang dulu. Kau tak payah lah cuti sama, kau hantar dia dengan anak2 cukuplah. Bukan sebulan sekali pun. Sekali sekala. Penting tau untuk dia refresh balik mind, emotions and body dia. Kalau kau nak dia sihat, dengar cakap aku ni. Kang kalau suruh kau bawak pergi bercuti kang, kau tak mampu pulak. Hah, tu je cara jimat dan senang. Confirm dia happy je nanti. Ketiga, usahakanlah jugak untuk berpindah. Pada yang bagi cadangan pindah kebilik sewa dulu sementara jumpa rumah yang mampu untuk disewa tu, aku kurang setuju. Sebab dah beranak pinak. Tak selesa. Lagi pulak bab aurat, baik kau jaga aurat kat rumah mertua kau, dari jaga aurat dengan orang yang tak dikenali. Maaf, tapi cara tu aku sangat tak setuju. Akan mendatangkan lagi banyak masalah nanti.
Nasihat aku pada isteri isteri yang berdepan situasi serupa, anda tidak keseorangan. What you can do to play your part? First, tutup mata, pekakkan telinga dan butakan hati dari mulut2 orang. Baik mulut keluarga mertua kau, mulut mulut orang yang menggesa dan mempersoalkan kenapa kita tinggal bersama mertua dan mulut mulut mereka yang konon nak bagi nasihat acah pakar rumahtangga dan agamawan. Look, kami dah sedia maklum dengan masalah kami. Tak perlu highlight lagi apa yang kami sedang hadapi. Ingat kami suka ke hidup macamni? Ingat kami tak usaha ke untuk hidup dirumah sendiri? Belum sampai masanya. Mesti ada hikmah kenapa Allah uji kami macamni. Bahagian masing masing. Satu hari nanti, pasti kami juga akan hidup dirumah sendiri macam kalian yang suka kecam kami ni, huhu. Second, focus on making yourself and your kids happy. Well, happy mom means a happy life. Toksah duk stress, makan hati sangat pikir masalah kita. The problem is still there whether we like or not. Abis kau nak mengenang nasib seumur hidup ke macamana? Rugi weh, hidup bukan lama sangat. Kau jangan terbawak bawak dengan emosi sangat,happy je. Chill ok. Kau ingat apa reaksi aku terhadap semua masalah yang aku cerita kat atas? Aku flip hair don’t care je diknon. Buang masa aku je nak layan semua drama tu. Aku buat hal aku, happykan diri aku, ngempeng ngan anak aku, layan laki aku. Diorang nak buat papepun, cakap papepun lantaklah. Tak jadik kudis pun buat aku. Buat je apa yang kau rasa boleh buat kau happy, lupakan masalah. Tak payah makan hati sangatlah. Boring.
And last but not least, belajarlah berkomunikasi dengan betul bersama suami. Luahkan apa yang terbuku dalam hati tu. Tapi janganlah main sembur je, belajar teknik, masa yang sesuai nak cakap dan pujuk suami. Eh time bercinta boleh pujuk memujuk, rayu merayu, takkan dah kahwin buat buat lupa, hilang ingatan pulak. Suami kita kot, kita patut tau mana soft spot dia. Apa yang boleh buat dia berfikir dan cuba berubah. Jangan banyak sangat pendam perasaan, luahkan. Cakap , cakap bak kata director Ahmad Nisfu. Itulah tujuan kita berumahtangga, supaya ada tempat nak berkongsi. Ni semua telan sendiri, hmm belon pun boleh meletop. Jujurlah dengan suami tu, bagitau apa yang kita rasa. InshaaAllah dengan izin Allah, dia faham. Yang pasti, guna rasional bukan emosi. Faham? Tapi bagi aku semua pun berbalik kepada nasihat nombor satu. Mulut mulut longkang ni lah yang buat emosi kami isteri isteri ni selalu tak stabil. Betul. Jauhkan diri dari mulut longkang kalau kau tak mampu nak tepis godaan tu.
Panjang dah aku bebel ni, harap adalah manfaat sedikit sebanyak buat kita semua. Aku doakan encik Darth Vader sekeluarga dipermudahkan urusan untuk pindah kerumah sendiri dan mulakan hidup sebagai satu family yang harmoni tak lama lagi. Doakan perkara yang sama buat aku jugak ye. Doakan keluarga kecil aku sentiasa bahagia dan diperkenankan doa aku untuk pindah kerumah sendiri tak lama lagi. Aminnn. Adiosss!
– Princess Fiona
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit