Assalamualaikum. Tujuan aku tulis confession ni tak lain tak bukan aku nak share sebab-sebab kenapa hantar beratus job applications tapi 1 pun tak pernah sangkut. Sharing ni berdasarkan pengamalan aku kutip kat semua kursus kerjaya & temuduga yang aku pergi. Aku hanya akan cakap pasal job application sahaja so aku assume part2 lain seperti resume, cover letter, interview preparation, solat sunat dhuha semua korang dah setel.
1. JOB REQUIREMENT / QUALIFICATION
Aku rasa sebagai fresh grad kita semua pernah lalui benda ni; buat resume lepas tu apply banyak-banyak kat jobstreet . Search nama position lepas tu scan je laju-laju dia punya job description & requirement. Tak baca betul-betul apa yang diperlukan untuk position tu. Aku rasa ni mistake paling besar bila korang apply kerja online. Kadang tu kalau apply kat Jobstreet korang terus tekan SUBMIT tanpa isi bahagian MAKE YOUR PITCH. Sebab aku pernah apply position yang sama kat company yang sama tapi sekali pun tak pernah dapat VIEW. Apply sebab dia tulis kat situ OPEN FOR FRESH GRADUATES.
Aku rasa satu benda yang most fresh grads tak tahu ialah employers guna macam-macam filter untuk optimizekan diorang punya potential candidates. Contohnya employer nak 2 orang mechanical engineer tapi yang apply tu mungkin 200 candidates. Jadi macam mana diorang nak dapatkan candidate yang betul-betul kena dengan requirement diorang?
Filter 1 = Gender: MALE
Filter 2 = Skill: Solidwork
Ni antara contoh ya. After 1st filter mungkin daripada 200 jadi 110 candidates. Then after 2nd filtration daripada 110 akan jadi 50 candidates dan seterusnya sampai list of candidates tinggal 10-15 baru diorang akan go through secara detail sikit. Kiranya kalau korang yang apply ni dah tak meet both requirements ni automatic nama korang masuk REJECTED list. Sebab tu penting untuk kita baca apa requirent untuk setiap position yang kita apply so that kita tak buang masa apply something yang kita takkan dapat.
Pernah jugak sebelum ni aku apply 1 position sebab aku yakin aku dah meet semua requirement yang dia state kat jobstreet. Berkali-kali apply (position sama iklan bulan berlainan) still juga masuk list rejected. So one day aku terus call HR rupanya dia nak cari male candidate due to nature of the job. Gila bengang weh sebab dalam iklan tak ada plak mention nak male candidate.
2. MISUNDERSTANDING BETWEEN DEPARTMENTS
Ada satu masa aku nak apply this one position kat company yang memang related dengan course aku. Sebab aku dah penat apply online tak pernah dapat respons aku terus call HR company tu untuk tanya is that particular position still open for application? Jawapannya YES dan dia suruh aku hantar application by email. The next week instead of calling the HR aku terus ke company untuk tanya update. You know what apa yang the boss (Production Manager) cakap?
“We are looking for someone really experience because right now we have only one vacancy. If we hire fresh grad we afraid no one is available to guide bla bla bla… But we do have other position ….”
Bila dah cakap sendiri both dengan HR person & Manager for that department barulah aku sedar sebenarnya apa yang HR post kat Jobstreet tak sama dengan apa yang dikehendaki oleh Manager tu that’s why sangat sampai ke sudah tak jumpa candidate yang sesuai. Now that aku dah pun diambil bekerja kat company ni and sampai sekarang pun still tak ada lagi yang fill in position yang aku apply through emel tu.
3. LOKASI
Sebelum ni pernah aku pergi walk in interview memang diorang sendiri cakap priority untuk orang yang tinggal berhampiran (tapi bukan semua company macam ni). Mainly sebab dia nak make sure once dia dah ambik orang tu keje mesti boleh bagi full commitment contohnya kalau tiba-tiba kena OT sampai lewat malam. In fact, ada juga jenis yang memang tak select terus untuk interview kalau lokasi candidate sangat jauh seperti berlainan negeri. Sebab banyak sangat kes HR invite untuk interview tapi bila sampai hari kejadian bayang pun tak nampak dengan alasan apa tak ada. Jadi boleh bayang tak berapa banyak diorang bazir masa kat situ tapi end up tak dapat apa-apa. Kalau korang betul-betul nak cari kerja better walk in terus ke company sebab kat situ dh nampak kesungguhan korang nak apply kerje.
Lepas ni aku harap sangat especially untuk fresh grads jangan putus asa keep on applying keje yang korang rasa best suit your interest sebab rugi pulak rasanya dah la susah gila nak landing 1 job, tetiba dah dapat taknak pegi pulak sebab jauh. Ataupun tak nak accept sebab tetiba rasa macam tak kena ngan passion korang. Harap post ni sedikit sebanyak membantu korang yang tengah job hunting. Selamat berjuang semua. Sorry kalau tulisan ni cacamarba sebab memang jenis tak reti menulis.
Thank you admin sudi post.
– Ex Seeker
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit