Sebab Kenapa Kita Tak Sepatutnya Hantar Anak Pada Ibubapa Kita

Assalamualaikum pembaca setia IIUMC. Terima kasih sangat kalau admin approve post ni. Untuk pengenalan, cukuplah saya kenalkan diri sebagai Nurul. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Dari tajuk anda dah tau apa saya nak tulis. Sekarang ni macam dah jadi kebiasaan untuk menghantar cucu kepada atuk dan neneknya untuk dijaga. In fact, ramai dalam kalangan rakan saya yang berbuat demikian. Ada yang hantar anak pagi ambil petang, dan ada juga yang hantar terus kepada atuk neneknya dan hanya melawat pada hujung minggu.

Ni saya senaraikan kenapa anda TIDAK SEPATUTNYA MENGHANTAR ANAK ANDA KEPADA IBU/BAPA ATAU IBU/BAPA MERTUA ANDA:

1. MEREKA SUDAH BERUSIA DAN LETIH

Walaupun mereka tak pernah complain, percayalah yang sebenarnya mereka sangat penat. Cuba tanya pada orang yang menjaga budak, betapa penatnya kerja tu. Sedangkan kudrat yang muda pun tak larat, apatah lagi orang yang sudah berusia. Patutnya pada usia senja macam ni diorang dah boleh rehat. Dah penat membesarkan anak masa usia muda. Kenapa kena besarkan cucu pulak.

2. MEREKA NAK FOKUS BERIBADAH

Jaga budak tak boleh nak beribadah ke? Bukan tak boleh, tapi susah nak fokus. Baru nak solat fardhu pun tiba-tiba cucu melalak. Sebelum jaga cucu si atuk dan nenek boleh ke kelas agama, bebas ikut segala kelas mengaji, kelas tajwid, tapi kini tidak lagi. Takkan nak di angkut bayi ke hulu ke hilir. Takkan ni angkut budak yang tengah aktif membesar lari sana sini ke kelas mengaji. Kalau cucu dia mendengar kata Alhamdulillah. Kalau jaga cucu yang aktif macam mana?

3. KALAU SESUATU TERJADI KEPADA ANAK ANDA, ADAKAH ANDA MAMPU MEMAAFKAN IBU/BAPA ATAU IBU/BAPA MERTUA ANDA?

Malang tidak berbau. Kemalangan bayi dan kanak2 ni boleh jadi di mana2 sahaja dan tak kira di jaga oleh sesiapa pun. Sedangkan ibu sendiri jaga pun macam2 benda boleh jadi. Kalau perkara tak diingini berlaku ketika di bawah jagaan diri sendiri, paling teruk kita takkan maafkan diri sendiri. Orang keliling masih ada untuk support dan silaturrahim masih terjaga. Kalau anak anda dibawah jagaan pengasuh, anda akan marah dengan pengasuh.

Bayangkan anak anda dijaga oleh ibu anda sendiri. Ibu anda tengah masak sup kat dapur. Sambil tunggu di ruang tamu dia tertidur. Trust me orang berusia cepat letih dan kadang2 sampai boleh tertidur duduk tanpa sedar. Tiba-tiba anak anda pergi dapur tarik periuk sup, tumpah melecur. Mampukah anda memaafkan ibu anda tanpa sedikit pun menyalahkan kecuaian ibu anda?

4. MEREKA TIDAK MENDAPAT GAJI UNTUK MENJAGA ANAK ANDA

Kalau ada yang bagi banyak sampai ribu2, Alhamdulillah. Kalau setakat RM100-RM200… Kalau hantar nursery/pengasuh, jaga seorang pun dah RM450.

Saya rasa cukuplah 4 sebab ni untuk anda berfikir balik tentang keputusan menghantar anak kepada ibu bapa anda. Jangan zalim sangat nak jimat, nak mudah, tak nak hantar kat pengasuh. Jangan gunakan alasan tidak percaya orang lain melainkan ibu sendiri untuk menjaga anak anda, walhal sebenarnya you nak jimat sebab nak pakai tudung itik kannn?

Sekian, wassalam…

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *