Sebab Kenapa Pelajar Kurang Berdisiplin

Salam semua, aku Mat.. 30an.. dah kahwin. Selalu jadi reader sahaja kat sini sejak penciptaannya beberapa tahun lepas. Jadi banyak jugaklah aku baca confession disini. Banyak ambil ibrah dari confession-confession yang ada.

So here’s the thing.. aku banyak juga baca tentang perkahwinan toksik melibatkan suami isteri. Terutamanya masalah dari si-suami. Bom jangka bagi anak-anak.

Ya, jadi penulisan ni aku sebenarnya nak fokus kepada anak-anak, bukan kepada kamu suami isteri yang dah dewasa. Sebab?

Aku cikgu, aku warden dan aku guru disiplin. Baru beberapa tahun jagung dalam arena pendidikan dan kewardenan. Tapi oleh sebab cikgu-cikgu senior tak layan IIUM Confession ni.. jadi kau baca jelah apa aku nak tulis.

(Sape nak luah perasaan pasal warden-warden tak guna zaman dia disekolah dulu simpan di post lain).

Jadi baru-baru ni kami pasukan disiplin sekolah ni sudah jatuhkan hukuman terakhir bagi pesalah-pesalah yang tak serik buat masalah di asrama dan sekolah.

Hukuman pertama, rotan.. tak jalan, buat onar lagi.. gantung.. tak jalan jugak maka terpaksalah buang. Lama kami simpan mereka-mereka ni.

Bibit-bibit masalah disiplin mula dari tingkatan 2 lagi. Dengan harapan mereka berubahlah. Tak nak label ‘pelajar dibuang’ tu mengekori mereka sepanjang zaman belajar di sekolah.

Jadi, apa yang aku nak sampaikan disini?. Latar belakang keluarga anak-anak ni. Kalau 10 pelajar dibuang, 6 ada masalah keluarga. Masalah keluarga tu bukan pasal kewangan pun, tapi hubungan mak ayah.

Kebanyakan kes, ayah lah.. tak function. Baran, kaki pukul, kaki langar undang-undang dan kes biasa, mak ayah cerai. Mak kahwin lain, ayah kahwin lain.. anak hilang perhatian. Sentiasa cari peluang untuk fly asrama.

Padahal keluarga dalam bandar sama saja, tapi nak anak kekal asrama.

Ayah kaki langar undang-undang. Haha, ini kalau ingat balik soalan dia masa dalam kelas.. (sebab aku pun mengajar budak ni).

“Cikgu.. kalau ayah saya selalu kena saman polis dengan jpj lama-lama masuk jail ke?”

Jujurnya soalankan?. Tanya juga, “saman kenapa?” “Bawak laju cikgu”. Ya, anak-anak menilai dan ingat. Maknya dimana? PJJ, hanya jumpa hujung minggu sahaja. Ayah yang jaga.

Dibuang sebab Vape.. kali ke berapa dah tangkap. Yang ini keluarga okay saja.. Cuma bapak.. bapak kaki hisap rokok. Hisap depan anak, tempat-tempat terbuka.. dan jadi perkara biasa. Dah kena tangkap pun masih nak backup anak.

Yang ini payah untuk dihujahkan, sebab kebanyakan bapa dah normalisasikan menda ni. Macam aku, masih memandang vape dan rokok tu perkara haram. Jadi susah aku nak bagi orang faham. Paling tak pun hormatlah undang-undang setempat.

Jadi, apabila aku baca banyak confession dari mak-mak muda ni.. aku risau kesan dia pada anak. Ambil masa berbelas tahun baru nampak hasil.

Sekarang? Dia sedut dan serap. Ayah baran? Kau tunggu anak kau jadi kaki pukul dan menurun barannya. Mak ayah selalu bergaduh depan anak?

Kau tunggu anak kau fly sekolah tanpa sebab. Begitulah.. macam aku ni seorang guru yang sangat judgmentalkan? Haha. Setiapkali urus dan nak jatuhkan hukuman ni, soalan pasal family masing-masing wajib tanya.

Kami bukan nak menghakimi..tapi nak memahami. Apabila faham, KAMI TAK SALAHKAN MEREKA. Mereka ni adalah hasil akhir sebuah perhubungan.

Jadi para isteri dan mak-mak.. selalu aku baca pada komen-komen bagi masalah dengan suami tak function ni.. “cari kebahagian diri”.. “keluarlah dari hubungan toksik..”

Betul dah semua tu. Cuma lagi kuat untuk korang keluar dari hubungan yang rosak apabila kau pandang anak kau.. kau nak dia jadi apa?

Macam bapaknya atau kau sendiri develop anak tu jadi elok. Tiada masalah anak tiada ayah, tapi kalau mula ikut perangai ayah.. yang ni susah lentur. There’s no turning back.

Walau ko sorang jaga pun, jadi ibu tunggal ke, janda ke.. tapi kalau kasih sayang complete set, tiada masalah. Dan yalah.. typical tanggapan dalam masyarakat tu..hurm. Yang ini kau kena kuat semangat la sikit.

Dan sudah tentulah, bukan semua anak-anak ni akan melalui jalan berliku macam tu. Ada je yang mak ayah masalah pun, tetap matang berfikir tanpa buat masalah disiplin.

Cuma seperti aku tulis kat atas lah.. kebanyakan kes akan sangkut bab keluarga itu sendiri.

Okay lah.. itu saja coretan dari aku.

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *